Wednesday, October 6, 2010

UMNO Kebas Pungutan Wang Ihsan Di Pulau Pinang?

Mengikut laporan berita online Malaysiainsider hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, mengumumkan pada sidang media, Umno setakat ini belum lagi memulangkan satu sen pun dari duit ehsan yang dikutipnya dari warga tua.

Pemimpin Umno, Reezal Merican telah mendakwa duit ehsan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada warga tua Pulau Pinang adalah haram kerana duit itu adalah dari sumbangan dari kelab lumba kuda di Pulau Pinang.

Namun, kerajaan negeri Pulau Pinang telah menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa duit yang diberikan kepada warga tua adalah dari duit sumbangan judi tetapi dari duit kerajaan yang berjaya dijimatkannya.

Umno mula menganjurkan ‘program mengembalikan duit haram’ dari penerima-penerima wang ehsan tersebut. Dalam setiap program yang yang dianjurkan Umno, kelihatan warga tua sedang mengembalikan duit yang dikatakan haram itu.

Menurut TV3/4, Umno akan mengembalikan semua wang yang dikutip oleh mereka kepada kerajaan negeri. Tetapi, KM, Lim Guan Eng menafikan setakat ini ada menerima apa-apa wang dari Umno Pulau Pinang.

“Jangan berikan kepada Umno, bimbang mereka mempergunakan wang itu untuk tujuan yang tidak munasabah kerana sejarah telah membuktikan parti itu sering tidak amanah terutamanya peruntukan menjelang pilihan raya kepada para petugas,” kata Lim. – harakahdaily

Setakat ini dikatakan lebih dari 100 orang telah mengembalikan duit ehsan itu. Ini bermakna kutipan mereka sudah mencecah lebih dari RM 10,000. Siapakah yang sedang memegang duit ini? Reezal Merican Naina Merican?

Apakah duit ini akhirnya akan dikembalikan ke khazanah kerajaan negeri? Kita tidak tahu sebenarnya berapa ramaikah warga tua yang sudah mengembalikan duit mereka. Akaun berkaitan wang yang dikembalikan oleh warga tua yang disimpan oleh Umno tidak boleh dipercayai kerana Umno kita percaya tidak beramanah. Siapakah akhirnya yang akan menikmati semua kutipan dari warga tua ini?

Wang yang dikutip dari sumbangan orang ramai kepada tabung Tsunami suatu masa dulu, juga dikatakan tidak diagihkan dengan betul kepada mangsa bencana alam tersebut oleh Umno/BN. Ada mangsa yang mendakwa mereka tidak menerima apa-apa bantuan dari tabung Tsunami! Wang untuk mangsa bencana alam pun mereka ‘gasak’.

Jadi, apakah duit ehsan yang dikembalikan oleh warga tua akan selamat kembali kepangkuan khazanah negeri Pulau Pinang?

Lebih dari 100,000 warga tua telah menerima duit ehsan dari kerajaan negeri, namun 100 orang lebih sahaja yang telah mengembalikan duit tersebut.

oleh decapucino

32 comments:
Write comments
  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. I'm curious to know what happened to the "haram" money which were collected back.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. jangan lah pula asyik tuduh menuduh. apa pun tunggu dan lihat sajalah.

    ReplyDelete
  5. Mengapa pula wang ehsan itu dipulangkan kepada UMNO pula? Bukankah seharusnya dikembalikan kepada kerajaan Pulau Pinang?

    ReplyDelete
  6. Ada benda yang tidak munasabah dengan isu ini.

    ReplyDelete
  7. jangan risau, duit itu mungkin akan dipulangkan setelah semua dikumpul kembali. Tapi sebaiknya tidak perlulah asyik mencari masalah orang lain dalam hal ini. kerana itu tidak akan menemui penamatnya.

    ReplyDelete
  8. wang itu akan dipulangkan juga oleh UMNO kepada kerajaan Pulau Pinang. kerajaan pulau Pinang kena bersabar sedkit, jgn nak perbesarkan hal ini.

    ReplyDelete
  9. Kerajaan Pulau Pinang cuba untuk memperbesarkan isu ini untuk menumpukan kesalahan mereka kepada UMNO.

    ReplyDelete
  10. terlalu cepat puak PR melemparkan andaian negatif sedangkan baru 100 dari 100 000 orang yang mengembalikan wang itu. nampaknya mereka sudah mula tertekan dan tidak sabar menimbulkan isu walaupun ianya bersifat tuduhan.

    ReplyDelete
  11. umno tidak akan guna wang itu kerana mereka tahu kesannya. jangan meremehkan minda rakyat kononnya wang itu dikebas oleh umno.

    ReplyDelete
  12. PPR jgnlah nak menuduh UMNO kebas wang itu, UMNO takkan ambil wang itu, wang itu akan dikembalikan juga.

    ReplyDelete
  13. sekarang ni PR cuba pula mengatakan UMNO kebas duit tersebut. PR perlu bersabar dan jangan cepat menuduh..

    ReplyDelete
  14. Jika niat kita baik, semuanya juga akan beransur baik...yang penting tidak salahkan mana2 pihak....

    ReplyDelete
  15. Tidak sepatutnya berlaku!! rakyat berhak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku....Cepat perjelaskan!!

    ReplyDelete
  16. Macam lah UMNO ni bersih sangat? padahal pemimpin2nya begelumang dengan maksiat. Yang makan rasuah tu bukan duit haram kah?

    ReplyDelete
  17. seharusnya diberikan kembali kepada yang memberi iaitu kerajaan P.Pinang dan bukannya kepada pihak lain..kini timbul pelbagai spekulasi yang mana secara langsung telah menjejaskan UMNO itu sendiri berikutan tindakan yang dibuat itu.

    ReplyDelete
  18. kini giliran Reezal Merican pula untuk memberikan penjelasan kepada pihak berkenaan dan rakyat.

    ReplyDelete
  19. Baik tunggu perkembangan cerita sebelum membuat apa-apa spekulasi ataupun tuduhan. Kita tengok apa tindakan UMNO nanti.

    ReplyDelete
  20. Namun begitu, saya masih tidak memahami mengapa rakyat ini tidak terus mengembalikan duit itu kepada kerajaan Pulau Pinang?

    ReplyDelete
  21. bukankah kerajaan pulau pinang di peganag oleh DAP? kalau tidak silap la. mereka tidak terus mengembalikan duit itu kpd kjaan pp sbb umno yang menyedarkan mereka bahawa duit yang mereka terima itu adalah duit haram. persoalannya dari mana umno dapat maklumat tersebut? bagaimana pula dengan desas desus banyak menteri umno melabur di genting kasino?

    ReplyDelete
  22. hehhe jika kerajaan PR yang memberikan sumbangan,mereka akan kata bahawa wang itu adalah wang haram,tapi jika mereka yang memberikan sumbangan,meskipun wang itu wang haram,mereka akan kata itu adalah dakyah pembangkang.Kasihan orang tua d PP diperbodoh-bodohkan oleh Umno.Pernahkah BN memberikan sumbangan kepada orang warga tua PP selama ini? Dalam diri mereka cuma ada kedengkian.

    ReplyDelete
  23. siapa yang memperbodoh2kan? umno atau DAP? pendedahan itu dibuat oleh Blogger. ketahui ceritanya dari awal sebelum menuding jari kepada umno. kononnya sumbangan itu bertujuan untuk menarik undi. sudalah rakyat melayu PP dihalau dari kampung2, gerai melayu dirobohkan. Kini warga mas yang tidak bersalah dipergunakan maruah mereka dengan wang dari hasil judi.

    ReplyDelete
  24. benar, isu wang haram terlalu luas maksudnya malah kita boleh pertikaikan wang yang kita ada sekarang. tapi fikir2 lah, mahu ka kamu gunakan wang yang kamu perolehi secara haram samada curi, judi, pelacuran, etc untuk keluarga atau saudara mara kamu? wang yang kita ada sekarang tidak tahu dari mana puncanya tapi kita berkerja secara halal untuk dapatkannya, tapi DAP buat sumbangan yang diperolehi secara terus dari wang hasil judi.

    ReplyDelete
  25. Hipokrit la semua ni.Mainan politik.

    ReplyDelete
  26. Those money are theirs too.No need to return it back la.

    ReplyDelete
  27. Diorang ni saja nak burukkan kerajaan sendiri. Bukan semua pekerjaan halal mereka buat.

    ReplyDelete
  28. Why vote for DAP in the first place?

    ReplyDelete
  29. Kenapa isu ini ditimbulkan? Apa yang akan dijawap sekiranya kerajaan pusat BN/ UMNO ditanya bagaimana cara pengagihan cukai judi dari syarikat perjudian seperti sport toto, genting, tanjong dan lain-lain?
    UMNO Penang telah memburukan imej Kerajaan Pusat serta menyusahkan UMNO kerana apa jua jawapan dari kerajaan, UMNO dianggap hipokrik.

    ReplyDelete
  30. Menuduh UMNO mengebas wang ihsan yang dipulangkan warga emas tidak berasas.
    Jika dapat bukti, boleh buat laporan polis dan SPRM.

    ReplyDelete
  31. Banyak keraguan timbul setelah isu ini dibangkitkan. Ramai rakan bukan Muslim tertanya-tanya, jika wang ihsan penang tidak halal apa pula cukai dari genting toto dan lain-lain?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.