Majoriti ahli-ahli Umno di kawasan DUN Kunak berpendapat mereka lebih suka jika calon Barisan Nasional (BN) di kawasan itu dipilih dari kalangan anak tempatan Kunak dan bukan calon 'import'.
Ketua Cawangan Umno Kg.Hampilan, Abdul Rahim Wahab berkata, pucuk pimpinan parti Umno wajar memberikan mandat dan peluang kepada penduduk asal Kunak yang boleh dipercayai dan mendapat sokongan padu daripada kalangan ahli parti itu di sini.
"Sebagai anak tempatan daerah Kunak, ahli-ahli parti dari cawangan di sini masih menyokong dan mendukung kepimpinan Ketua Bahagian Umno Silam, Datuk Nasrun Datu Mansur untuk menerajui Bahagian Silam yang meliputi kawasan DUN Kunak, Lahad Datu dan Tungku", kata Abd. Rahim.
Nasrun ketika ini merupakan Adun Lahad Datu yang mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli Umno di Kunak, Lahad Datu dan Tungku menerajui kepimpinan sebagai Ketua Bahagian di kawasan Silam.
Beliau juga seterusnya berkata, pucuk pimpinan juga perlu mengutamakan suara majoriti pengundi di Kunak khususnya ahli Umno agar calon BN bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 di sini dipilih dari kalangan anak tempatan Kunak.
Sementara itu, seorang kakitangan awam, Marasli Mordan, turut berpendapat calon BN Kunak dan BN kawasan Parlimen Silam sewajarnya anak tempatan.
Memberi alasan berhubung pandangan beliau itu, Marasli berkata jika calon tempatan dipilih, mereka (calon) tentu lebih komited untuk menggalas tugas yang diamanahkan dengan mengutamakan kepentingan masyarakat setempat.
"Jika dinilai, calon tempatan lebih fokus kepada persekitaran semasa dan mengutamakan kebajikan semua kaum dan agama dengan memberi tumpuan kepada kehendak semasa yang diperlukan oleh masyarakatnya kerana calon tempatan itu sendiri tentu tahu sejarah tempatan di tempat sendiri, berbanding calon import atau 'parasit', jelas Marasli.
Menurut Marasli, sejarah politik di DUN Kunak dan Parlimen Silam sebelum ini sudah jelas memberi banyak pengalaman dan pengetahuan yang mana calon tempatan yang dipilih untuk DUN atau Parlimen menjalankan tugas dengan gigih serta berjaya, berbanding calon import.
http://kunakpress.blogspot.com
http://kunakpress.blogspot.com
Sebetulnya adalah lebih baik jika pemimpin adalah berada dari kalangan mereka sendiri supaya mudah untuk mereka berunding. Lebih baik jika tidak ada kes rasuah langsung.
ReplyDeletesebaiknya biarlah calon BN Kunak yang dipilih adalah dari kalangan anak tempatan kawasan Kunak, anak2 tempatan lazimnya lebih mendapat sokongan dan memahami keadaan sebenar penduduk Kunak.
ReplyDeletecalon tempatan lebih memahami keadaan dan keperluan masyarkat. sebab itulah calon tempatan lebih digemari.
ReplyDeleteLebih baik jika calon yang dipilih adalah orang tempatan, disebabkan hanya orang tempatan yang paling jelas apa yang orang Sabah memerlukan.
ReplyDeleteSaya yakin calon tempatan juga berkemampuan, anak-anak tempatan perlulah diberikan peluang untuk membuktikan diri. Kita tidak memerlukan calon import.
ReplyDeletepermintaan yang bagus dari ahli UMNO kunak yang mahukan calon BN adalah calon tempatan. Ini lebih baik untuk memahami lebih keadaan penduduk setemapt.
ReplyDeleteInilah masa untuk anak bangsa sendiri berjuang! Mari anak2 Sabah semuanya! Bukan hanya Kunak, tetapi Sdk, Twu, KK dan semuanya!
ReplyDeleteHarap permintaan ahli umno ini akan dipertimbangkan.
ReplyDeleteMajoriti ahli2 Umno di kawasan DUN Kunak yang mahukan calon BN tempatan pasti mempunyai alasan yang kukuh dan rasional untuk menyokong pendapat mereka. oleh itu, pucuk pimpinan parti wajar menunaikan permintaan mereka kerana mereka lebih tahu apa yang patut mereka lakukan untuk kebaikan bersama.
ReplyDeletecalon tempatan aadalah lebih baik berbanding calon import, calon tempatan lebih memahami keperluan penduduk dan semangat cintakan kawasannya wujud. oleh itu, utamakan anak tempatan untuk mentadbir.
ReplyDeletejika ada penduduk tempatan yang layak maka lebih baik calon tempatan diberikan peluang atau keutamaan..
ReplyDeleteSatu cadangan yang baik, dan saya amat menyokong untuk meletakkan anak jati daerah sendiri untuk memegang jawatan tersebut. Hal ini kerana, mereka akan lebih mengetahui keadaan dan mana2 tempat yang perlukan lebih perhatian..
ReplyDeleteOrang tempatanlah yang paling sesuai untuk menjadi calon berbanding dengan calon "import"..
ReplyDeleteDiharapkan orang tempatan diberi peluang untuk menjadi calon. Saya rasa dengan cadangan ini, BN akan menjadi lebih kerana ramai akan sokong.
ReplyDeleteMemang bagus idea ini. Sekurang-kurangnya mereka lebih arif tentang perkembangan politik di Sabah.
ReplyDeleteFair and square. Importation is nothing but hell.
ReplyDeleteseharusnya anak jati yang dipilih sebagai calon..
ReplyDeletebiarpun begitu, calon yang dipilih haruslah seseorang yang bukan sahaja boleh dipercayai oleh parti malah haruslah seorang yang bertanggungjawab dan tidak angkuh..
ReplyDeletejika calon atau wakil rakyat sebelum ini dikekalkan biarpun merupakan anak jati bagi sesebuah kawasan tetapi tidak produktif dalam penyelesaian kepada isu2 rakyat tidak seharusnya dikekalkan/dicalonkan semula..apa yang rakyat mahu adalah seorang wakil rakyat yang faham akan erti konsep wakil rakyat..oleh itu pucuk pimpinan parti harus bijak memilih calon mereka..
ReplyDelete"Jika dinilai, calon tempatan lebih fokus kepada persekitaran semasa dan mengutamakan kebajikan semua kaum dan agama dengan memberi tumpuan kepada kehendak semasa yang diperlukan oleh masyarakatnya kerana calon tempatan itu sendiri tentu tahu sejarah tempatan di tempat sendiri, berbanding calon import atau 'parasit', jelas Marasli.
ReplyDeletenamun, biarlah calon tempatan itu benar2 layak dan memenuhi kriteria2 yang diharapkan oleh rakyat.
yang pasti, jika rakyat tidak puas hati dengan seseorang wakil itu, pasti akan disingkirkan pada pemilihan yang seterusnya..tidak semestinya jika calon itu anak tempatan, maka akan lebih fokus dan komited terhadap isu rakyat setempat..yang penting calon itu mestilah bertanggungjawab, bersih, amanah, rajin turun padang dan mampu menyelesaikan isu2 rakyat..
ReplyDeleteSaya pun lebih suka kalau anak jati yang dipilih jadi calon... Bukan apa la tapi sekurang-kurangnya kalau anak jati, dorang lebih tahu keadaan tempat tu sepenuhnya :)
ReplyDeleteBetul tu mandau. kalau tempat saya, saya suka sokong orang sendiri, sekampung la katakan.. hehehe
ReplyDeleteCadangan atau permintaan ahli umno di Kunak patut diberi perhatian. Pertimbangkan sewajarnya supaya semua pihak gembira dengan individu yang bakal dicalonkan :
ReplyDeleteYa sonia. Semua kawasan pun kalau boleh harus anak jati tempat tu bah. Tapi kalau calon dari luar dipilih sebab benar2 berkelayakan, saya OK juga la. hehe
ReplyDeleteApapun, saya harap hal ni dapat ditanggani dengan baik. Saya yakin yang dicalonkan itu adalah yang terbaik dan biarlah rakyat yang buat keputusan mo sokong ka tak :)
ReplyDeleteJika benar layak, rakyat pasti akan sokong sepenuhnya:)
Nampaknya kebanyakan pengomen di atas juga lebih suka jika calon tempatan digunakan. Tak salah jika calon tempatan yang berkelayakan dan berkemampuan dipilih kerana orang Sabah tidak kurang hebat berbanding calon import.
ReplyDeleteSelamat berjuang dan selamat mengundi semua.
ReplyDeleteCalon tempatan adalah lebih baik daripada orang luar yang belum tentu dapat memajukan sistem politik di tempat itu.
ReplyDeleteI agreed. Even the DPM post should be held by locals, why won't this one?
ReplyDeletediharapkan permintaan ahli2 umno di kawasan DUN Kunak ini dapat ditunaikan untuk kebaikan bersama antara ahli2 parti dan rakyat.
ReplyDeleteDiharapkan calon tempatan akan diberikan peluang kali ini.
ReplyDeleteBiarlah orang Sabah berjuang demi Sabah!
ReplyDeletekami sebagai warga kunak lebih suka jika Encik Rahim Wahab menjadi calon di dun N51 kunak,berbanding Encik Balnama kauluh.semoga Encik Rahim Wahab menjadi YB di daerah kunak.HIDUP YB!
ReplyDelete