Tuesday, August 17, 2010

Bulan tidak akan jatuh lagi ke riba BN

Ekoran kenyataan akhbar TPM YAB.Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam akhbar tempatan daily mail Labuan keluaran Jumaat 23 Julai lalu yang berbunyi "jangan mengharapkan bulan jatuh keriba", satu pepatah yang begitu menghampakan rakyat Labuan dan Sabah bilamana cadangan pembinaan jambatan yang menghubungkan Pulau Labuan dengan tanah besar Sabah sebagai tidak berbaloi dengan kos yang mencecah RM2 ke RM3 billion

Saya dapat merasakan yang pepatah serupa itu tidak relevan lagi ketika ini,saya rasa Karam Singh Walia jauh lebih arif dengan pepatah yang lebih sesuai. Selama lebih setengah abad kami merdeka dan selama lebih dua setengah dekad kami dibawah naungan wilayah persekutuan,tidak dinafikan akan pembangunan yang hanya seberapa.

Labuan dijadikan sebagai pusat kewangan antarabangsa persisir pantai yang boleh dikatakan agak masyur juga,ditambah lagi sebagai zon pelabuhan bebas cukai. Tetapi malangnya hampir keseluruhan barang barang keperluan harian jauh lebih mahal berbanding ditanah besar Sabah iaitu di Kota Kinabalu.

Yang murah di Labuan hanyalah minuman arak,kereta dan segelintirnya. Sebab utama adalah kerana ketiadaan infrustruktur yang sempurna,kerana semua barangan keperluan datangnya dari tanah besar Sabah dengan cara pengangkutan laut yang mahal dan tidak konsisten.

Jambatan adalah satu satu nya jalan penyelesaiaan yang paling berkesan.Kami amat kecewa dengan kenyataan itu,kami merasakan yang segala pengorbanan kami selama ini hanya siasia sahaja walaupun kami di sini telah menyumbang kemenangan besar dalam PRU ke 12 lalu

Apa kah dalam PRU ke 13 nanti kami dapat mempertahankan BN sekali lagi?

Mungkin juga pepatah serupa akan kami kembalikan kepada YAB.Tan Sri

Oleh Nor Ahmad (detikdaily)

18 comments:
Write comments
  1. Labuan perlu dikembangkan. Penduduk di sana berhak mendapat kualiti hidup yang lebih baik, dan juga menjadikan Labuan sebagai penarik pelancong yang baik.

    ReplyDelete
  2. bagaimana dengan kajian yang mengambil masa 11 bulan untuk disempurnakan mengenai cadangan membina jambatan sepanjanag 11 kilometer yang menghubungkan Labuan dengan tanah besar Sabah menerusi Menumbok?? sia2lah hasil kajian selama 11 bulan jika tidak dilaksanakan. kerajaan perlu jelaskan kenapa ianya tidak berbaloi sedangkan hasil kajian menunjukkan ianya berdaya maju dari segi ekonomi.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya cadangan pembinaan jambatan antara sabah dan Labuan diteruskan. ia berbaloi bagi jangkamasa panjang kerna ia memudahkan urusan harian penduduk sabah dan labuan.

    ReplyDelete
  4. mungkin ada sebab kenapa pembinaan jambatan tidak diteruskan. sekiranya pembinaan jambatan dikatakan tidak berbaloi, harap penjelasan dapat diberikan.

    ReplyDelete
  5. keputusan ini amat mengecewakan orang labuan. mereka begitu mengharapkan perkara ini menjadi kenyataan. PRU12 sudah mereka tunaikan, tapi PRU13 ini tidak pasti apa jawapan untuk BN..

    ReplyDelete
  6. penjelasan perlu diberikan mengenai keputusan yang dibuat. ini akan membolehkan penduduk faham rasional mengapa pembinaan jambatan tidak dilakukan.

    ReplyDelete
  7. Sekiranya perkara ini tidak berbaloi kata kerajaan. Sebelum ini kenapa harus menjanjikannya perkara sebegini kepada masyarakat Labuan. Adakah hanya untuk menang PRU12 lepas. Rakyat rasa hampa sangat dengan keputusan itu.

    ReplyDelete
  8. pembatalan pembinaan jambatan ini telah mengecewakan penduduk Sabah dan Labuan. kerajaan seharusnya mengkaji semula perkara ini, kerana pembinaan jambatan tersebut byk kebaikannya kepada sabah dan labuan.

    ReplyDelete
  9. sebenarnya banyak faedahnya jika pembinaan jambatan itu diteruskan, antaranya: sewa rumah mungkin lebih murah malah boleh menyewa di Menumbok, pekan Menumbok secara tidak langsung akan menerima tempias pembangunan, sistem pengangkutan lebih berkesan kerana tidak bergantung sepenuhnya dengan penggangkutan laut, harga barang Labuan akan lebih murah terutamanya barang runcit, dan saluran paip boleh disambungkan terus ke Labuan melalui jambatan itu untuk memenuhi keperluan air di Wilayah itu yang sering menghadapi masalah bekalan air.

    ReplyDelete
  10. mungkin kerajaan ada alasan lain kenapa cadangan projek tersebut dibatalkan, tapi penjelasan itu perlu jelas dan terperinci supaya rakyat mudah memahami keadaan sebenar. saya akui perbelanjaannya terlalu tinggi iaitu mencecah 3 bilion malah jika berlaku kelewatan atau masalah2 lain ianya mampu mencecah sehingga 6 bilion. nilai yang banyak itu jika disalurkan ke Sabah cukup untuk membangunkan Sabah atau membasmi kemiskinan yang mungkin disifatkan lebih berbaloi. apa2pun, cadangan itu tidak patut diwar2kan jika begini keputusannya kerana tindakan itu sudah tentu mengundang kekecewaan dikalangan rakyat sabah dan labuan.

    ReplyDelete
  11. No bridge, no talk. Kalo hanya setakat mengecewakan harapan orang Labuan dan Sabah, it's better for not to suggest at all. How disappointing.

    ReplyDelete
  12. 1.Banyakkanlah bersabar terutama di bulan Ramadan yang mulia ini dan terus kita mendoakan semoga hak 'negara' Sabah seperti termaktub dalam Perkara 20 sebagai syarat Sabah bersetuju bergabung dengan Tanah Melayu membentuk Malaysia ditunaikan kerajaan, walaupun hakikatnya Perkara 20 ini terus dipandang sepi.
    2. Labuan kini telah menjadi hak Persekutuan, mungkin negara Sabah tidak lagi mampu membantu pulau ini. Apa yang kita harapkan, kerajaan Persekutuan melakukan kemajuan yang terbaik kepada tanah merdeka ini
    3. Tetapi Labuan telah merdeka di bawah negara Sabah pada 31 Ogos 1963. Antara pemimpin-pemimpin negara yang turut hadir menjadi saksi kemerdekaan sabah ialah ialah Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew, Donald Stephen, Mustafa Harun, Stephen Kalong Ningkan, pemimpin-pemimpin British dan lain-lain lagi. Bagi mengumumkan kemerdekaan sabah, maka Gabenor Borneo Utara (Sabah) ketika itu iaitu Sir William Goode, menyatakan secara rasmi:

    “ …..Hari ini adalah hari bersejarah untuk negeri sabah, ia menandakan bermulanya pemerintahan sendiri dan kemerdekaan serta berakhirnya perjanjian” (Sabah Times, Jesselton, 31 Ogos 1963.)
    4. Kerajaan Persekutuan perlu adil dan memperbetulkan ketidakseimbangan hubungan di antara Sabah dengan Kuala Lumpur .Walaupun Sabah kaya dengan sumber alam tetapi menjadi Negeri termiskin di Malaysia.

    5. Borneosasi dalam Perkara 20 bermaksud peluang kerja dalam jabatan dan agensi Persekutuan di Sabah/Labuan ini harus diberi kepada orang tempatan tetapi malangnya apa yang kita lihat pada hari ini ialah rakyat Malaysia dari luar menguasai jawatan-jawatan itu. Sistem penyampaian tidak akan berkesan jika rakyat tempatan tidak memahami Bahasa/dialek Negara Sarawak dan Negara Tanah Melayu.

    6. Saya tidak berniat mengulas panjang Perkara 20 ini kerana kuasa autonomi dan kata pemutus sangat bergantung dari Kerajaan tanah Melayu.
    7. Jambatan Labuan-Sabah tidak akan menjadi kenyataan jika rakyat negara Sabah tidak bangun bersuara. Setelah 47 tahun Negara Sabah merdeka, kita tidak lagi perlu mengharap ehsan negara lain.
    8. Kini sudah tiba masanya pemimpin Negara Sabah mengambil inisiatif sendiri berunding denga pelabur antarabangsa atau pembiayaan swasta bagi menampung projek Jambatan ini pada masa akan datang dalam waktu yang terdekat.

    ReplyDelete
  13. Negara Sabah telah merdeka pd 31 August 1963 dan memasuki Malaysia pd 16 Sept 1963. Sabah/Srwak sngaja dibiarkn trtinggal jauh dg Lebuhraya Borneo KK-Kuching sngaja dlambat2kn agar rakyt antara 2 ngeri ini tidak dpt berinteraksi dan bagun bersama2 mnuntut keadiln. Alasan Negri Sabah/Srawak brgunung-ganang/bnyak sungai tidak masuk akal dlm zaman moden ini. Kalau Trowong Pintar/KL-Karak, Jmbtn Pulau Pinang, Lebuhraya Utara-selatan(Pantai-Barat/Pantai-Timur Smnanjung)brjuta-billion dpt dibuat KENAPA TIDAK kpd Sabah/Srawak..? Janakuasa Elektrik/air sngaja dibiarkn brlarutan membelenggu klancaranya distiap ngri agar MNJAUHKN NIAT PELABUR ASING melabur di Sabah/Srwak buktinya brapa projek megah yg didirikn utk prtumbuhn ekonomi/pluang pkrjaan kpd belia Sabah/Srawak..??? sbilngn besar plabur diheret mlabur d smnjung. Knyataan media - Sabah, Sarawak akan terus jadi “simpanan tetap” BN mungkinkah akan mencair setelah janji manis Jambatan Labuan berkubur..? sama2lah kita tunggu ledakannya..

    ReplyDelete
  14. Berita Labuan, ya, Labuan dah lama menjadi tempat persekutuan, kerajaan Sabah tidak mampu lagi membantu. Diharapkan kerajaan pusat akan memberikan peruntukan kepada Labuan untuk dibangunkan ataupun menyerah balik Labuan kepada kerajaan Sabah supaya kita sendiri saja yang membagunkannya.

    ReplyDelete
  15. Yang mana lebih penting dan utama dalam soal pembinaan jambatan ini ? ? ?.... rakyat kah atau pengusaha Ferry Labuan. Jika sudah TPM kata begitu ini menunjukan bahawa TPM ini lebih mementingkan pengusaha Ferry tersebut daripada semua rakyat NEGERI SABAH.

    ReplyDelete
  16. Kadang2 terfikir juga sejauhmanakah keikhlasan Kerajaan Tanah Melayu terhadap usaha membangunkan Negara Sabah ini termasuk Labuan. Adakah merka ini juga sama seperti penjajah sebelum ini yang hanya gemar meluaskan empayar dan mengaut hasil bumi tanah jajahan untuk pembangunan kawasan mereka sahaja. Yang jelas, hampir 5 dekad kita bersama Persekutuan Malaysia ( Tanah Melayu sebagai Ketua Pentadbiran ), Negara Sabah dan jajahan mereka Labuan hanya mendapat pembangunan yang sangat perlahan. Hampir 5o tahun, harta warga sabah ditebang, dikorek dan sebagainya mungkin mereka telah membolot lebih 100 Bilion lebih utk pembangunan Lembah Klang. Jambatan Labuan - Sabah seharusnya telah wujud pada 2004, iaitu setelah 20 tahun labuan sebagai Wilayah Persekutuan. Sangat tidak logik jambatan ini memakan masa untuk didirikan. Hari raya semakin dekat, pastinya banyak kereta tersadai di Labuan tidak dapat pulang ke Sabah. Kita menantikan apakah tindakan pantas Perbadan Labuan mengatasi masalah ini.

    ReplyDelete
  17. ini adalah sbahgian contoh dihadapan mata..tpi ada lagi prkara yg lebih besar trsembunyi yg tidak nampak dg mata kasar (prjanjian, akta, pkeliling, agihan prjawatan/elaun dan seumpamanya)lebih mngutungkn penduduk tanah melayu drpd penduduk Sabah...

    ReplyDelete
  18. Apa-apa pun, diharapkan kita boleh nampak pembagunan yang nyata di Labuan selepas beberapa puluh tahun tanpa diberi perhatian oleh kerajaan pusat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.