Friday, August 6, 2010

Lima wanita tempatan ditipu RM22,000

LABUAN: Lima wanita tempatan kerugiaan kira-kira RM22,000 selepas ditipu oleh seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai pegawai kerajaan dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang mempunyai hubungan rapat dengan sebuah kilang menjahit baju sekolah.

Modus operandi suspek ialah mencari beberapa wanita tempatan untuk dijadikan sebagai rakan kongsi bagi membeli baju sekolah berkenaan dengan harga yang murah dan kemudian dijual kembali kepada kerajaan Malaysia dengan harga yang tinggi untuk diagihkan kepada pelajar sekolah di Labuan dan Sabah.

Menurut Ketua Polis Daerah Labuan, Superitendan Saiman Kasran, kesemua wanita berkenaan terpedaya apabila lelaki berkenaan menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga dua kali ganda selepas sebulan membuat pelaburan.

Bagaimanapun kata Saiman, lelaki berkenaan berjaya ditahan pada Selasa berdasarkan maklumat oleh kelima-lima wanita yang membuat laporan polis baru-baru ini.

“Suspek yang berumur awal 40an itu ditangkap kira-kira jam 5.15 petang di kawasan pusat bandar petang Selasa,” katanya kepada media di pejabatnya di sini kelmarin.

Katanya, suspek dari Hilltop Luyang Kota Kinabalu itu kini ditahan reman selama empat hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan polis.

Suspek disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kegiatan menipu. -NST

19 comments:
Write comments
  1. sia-sia.. jangan ambil jalan mudah, kerja menipu susah mau cari makan sekarang.

    ReplyDelete
  2. makin banyak kes penipuan sekarang ni. nasib baik suspek berkenaan dapat diberkas. semua kena berhati-hati sekarang ni. jangan sampai jadi mangsa penipuan.

    ReplyDelete
  3. makin byk kes penipuan didedahkan, makin ramai pula yang tertipu, kita harus berhati dari sindiket penipuan ini. suspek ini perlu diberi hukuman berat jika didapati bersalah.

    ReplyDelete
  4. janganlah tertipu dengan memperolehi kekayaan dengan cepat. berfikirlah sebelum berlaku perkara yang tidak diingini.

    ReplyDelete
  5. bukan senang mahu menjadi kaya dalam hidup ini, memerlukan usaha lebih dan senang mahu jadi miskin dengan cara yang mudah.

    ReplyDelete
  6. Let this be a lesson to those who intend to take short cut to richness.

    ReplyDelete
  7. Hopefully more conman will be caught.

    ReplyDelete
  8. Sama juga seperti biasa. Kita kenalah berhati-hati setiap masa. Terutamanya bila berdepan dengan hal yang melibatkan wang yang besar.

    ReplyDelete
  9. Kena berhati-hati dalam membuat sebarang perniagaan tambahan perniagaan tersebut mempunyai unsur-unsur penipuan.

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada pihak berkuasa kerana berjaya menahan suspek.

    ReplyDelete
  11. Naa padan muka.. Nasib baik kena tangkap, kalau tak makin berleluasa la si penipu ni.

    ReplyDelete
  12. Kenapa juga manusia sekarang ni oo... suka betul mahu menipu.. ingat senang ka mahu cari duit??? huhuhu

    ReplyDelete
  13. Jangan hanya menyalahkan penipu, tapi mangsanya juga ada tanggungjawab sendiri untuk berwaspada. Bila tertipu, diri sendiri juga yang rugi.

    ReplyDelete
  14. Jika tidak tamak atau ingin cari kaya dengan cara mudah, kes begini tidak akan terjadi.

    ReplyDelete
  15. Nasib suspek kena tangkap, kalau tidak nanti lebih ramai lagi yang kena tipu.

    ReplyDelete
  16. Jangan tamak dan terlalu mudah diperdaya oleh kata-kata manis. Cari nafkah halal tiada jalan mudah. Berusaha.

    ReplyDelete
  17. Berhati-hati berurusan, wang ringgit hasil peluh terjamin.

    ReplyDelete
  18. Easy come, easy go. Wang datang dengan mudah, hilang dengan mudah juga.

    ReplyDelete
  19. Jika benar menjanjikan pulangan begitu lumayan, lelaki itu tidak perlu cari rakan konsi, dia boleh pinjam wang dari ah long untuk membuat perniagaan ini. Kerana pulangan yang dikatakan itu cukup untuk membayar bunga ah long dan masih mendapat untung yang banyak.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.