Thursday, August 19, 2010

Pemuda Umno Putatan bidas Ahli Parlimennya

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Umno Putatan kelmarin membidas Ahli Parlimennya, Datuk Dr. Marcus Mojigoh yang mengatakan Umno cenderung mendiskriminasi parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lebih kecil.

Ketuanya, Ir. Shahelmey Yahya mengingat- kan Ahli Parlimen Putatan itu supaya berhati-hati dalam membuat kenyataan bagi menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan lain dalam BN khususnya Umno.

“Faktanya, kenyataan yang dibuat oleh beliau (Mojigoh) adalah silap dan tidak selari dengan semangat kekeluargaan dalam BN,” katanya dalam satu kenyataan di sini, kelmarin

Shahelmey berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mojigoh yang meminta Umno supaya tidak terlalu angkuh dan di lihat mendis- kriminasi parti-parti komponen yang lebih kecil.

“Umno perlu diiktiraf sebagai amat kuat tetapi ia seolah-olah ‘memijak kepala’ adakah ini aspirasi Perdana Menteri,” soalnya ketika berucap pada Konvensyen Zon C Upko bertemakan Transformasi Melalui Tindakan di Dewan Tun Fuad Stephens, Penampang, kelmarin.

Mojigoh berkata, Upko masih lagi relevan dalam BN, tetapi apa sahaja yang mereka (Upko) katakan dan pohon perlu didengar, tidak banyak masa kerana kurang dua tahun lagi kita akan berdepan dengan rakyat.

Beliau yang juga Bendahari Agung Upko menegaskan kepada pemimpin Umno yang membuat permintaan terbuka dua kali untuk kerusinya di Putatan diserahkan kepada Umno berkata: “Kita beradab dan bermurah hati, kamu meminta dua kali dan saya katakan ini sekali lagi, jika kamu mahu ambil sahaja.”

Katanya, jangan perlekehkan isu itu, ini kerana isu sedemikian akan mencetuskan kemarahan dan ketidakpuasaan hati di kalangan masyarakat Kadazan dan Cina.

Shahelmey berkata, apabila merujuk mengenai Putatan, Mojigoh perlu sentiasa mengingati bahawa Umno bersama-sama parti komponen BN yang lain membantu beliau memenangi dua kali kerusi Parlimen Putatan dalam pilihan raya umum sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berkata, Pergerakan Pemuda Umno Putatan menasihatkan Ahli Parlimen Putatan itu berhati-hati dan tidak cuai dalam membuat kenyataan di masa akan datang demi kebaikan dan kepentingan Barisan Nasional (BN) khususnya di kawasan itu. -NST

9 comments:
Write comments
  1. sebarang konflik atau salah faham sepatutnya diselesaikan di meja rundingan bukannya didedahkan kepada media. tindakan ini sebenarnya tidak mampu mencapai penyelesaian sebaliknya mengundang kritikan dari pihak lain.

    ReplyDelete
  2. Semua komponen BN perlulah bersatu untuk sama-sama mencapai matlamat, iaitu berkhidmat untuk kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  3. All party must remember 1 thing; they are all in the same side...any dispute or misunderstanding should be settle in a closed door session & not by throwing accusation & releasing statement through media...this kind of circumstances is not only going to hamper their chances to repeat the success their achieves in the last GE, it will also give chances to the opposition to gain something from it, while the BN coalition lose tremendously from it....

    ReplyDelete
  4. piliharaya semakin dkat, parti2 komponen BN perlu bersatu dalam membentuk satu pasukan yang kukuh. segala permasalahan boleh diselesaikan dgn cara baik.

    ReplyDelete
  5. setiap ahli dalam BN perlulah bersatu dan saling bekerjasama. jika terdapat sebarang isu yang timbul, selesaikanlah melalui rundingan. yang penting adalah setiap pemimpin perlu mengutamakan rakyat.

    ReplyDelete
  6. jika ada sebarang masalah, ia perlu dibincangkan dgn cara baik, tk perlulah nak keluarkan kenyataan di media. ia akan menunjukkan lagi kelemahan mereka.

    ReplyDelete
  7. Ahli perliman putatan itu cuma diingati supaya berhati-hati supaya tidak cuai memberi penyataan pada akan datang. Tapi sebagai parti kompenan BN harusah kita bersatu hati untuk berjaya.

    ReplyDelete
  8. Kejayaan BN bergantung kepada kerjasama dan kesatuan semua komponen. Apa-apa penyelisihan faham ataupun konflik dalaman perlulah dijelaskan secepat mungkin supaya tidak menjejaskan prestasi BN.

    ReplyDelete
  9. Saya rasa jika ada yang xpuas hati mesti disuarakan, bukan untuk tujuan pergaduhan atau permusuhan... Jangan kerana terlalu ingin menjaga hubungan baik, hanya berdiam jika ada yang tidak kena. Lagipun cara mereka menyuarakannya bukan dengan cara tunjuk perasaan... Semuanya boleh dibawa berbincang tapi saya rasa jika bukan dengan bersuara secara terbuka hal ini akan lama mendapat perhatian dari pihak yang lain, Cuba jangan terus negative bila orang lain bersuara... cuba untuk faham apa yang ingin disampaikan dan lihat sekeliling adakah ianya sepadan dengan hujah yang telah dikeluarkan dan jika ya cuba untuk akui dan memperbaiki dan jika tidak bidas dengan fakta yang mana keadaan sekeliling tidak seperti yang dikatakan oleh beliau. Cara yang betul kita alu2 kan...

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.