Sunday, August 22, 2010

PEMIMPIN RASIS BELA SETINGGAN?

SEORANG Ketua Menteri berbangsa Cina yang dimomokkan sebagai rasis, komunis dan berbagai cercaan telah memperlihatkan dirinya lebih adil dan prihatin terhadap nasib setinggan yang rata-rata terdiri daripada bangsa Melayu atau bumiputera.

Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang komited mengadakan forum tanah demi mempertahan hak permukiman turun-temurun orang Melayu, Cina dan India atas tanah bukan milik mereka hendaklah dipuji oleh semua pihak yang cintakan keadilan.

Forum tersebut diadakan secara kecil-kecilan sebagai langkah berhati-hati dengan inisiatif pemaju atau pemilik tanah yang acap kali menggunakan perintah mahkamah untuk mengusir mereka yang terbabit. Lim Guan Eng telah mengambil inisiatif berjumpa dengan penduduk-penduduk yang terjejas, sekalipun tidak dibuat secara besar-besaran kerana ada perintah mahkamah.

Tindakan Lim Guan Eng ini berbeza dengan tindakan Ketua Menteri Sabah yang beragama Islam dan bermazhab UMNO yang terus menerus menindas setinggan yang merupakan rakyat Sabah.

“Tindakan demikian dilakukan bagi menjaga dan melindungi kepentingan pembesar UMNO dan kroni mereka,” demikian luahan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Sabah, Hj Hamzah Abdullah.

Menurut Hj Hamzah yang juga YDP PAS Batu Sapi, pendekatan Lim Guan Eng yang mesra setinggan menepati ciri-ciri Khalifah Umar yang menjadi idola beliau iaitu mengasihi rakyat bawahan yang dipimpin.

Hj Hamzah yang begitu kecewa dengan tindakan UMNO Sabah yang melaungkan slogan 1 Malaysia, yang kononnya, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan tetapi dalam masa yang sama telah bertindak ala Yahudi, meroboh rumah rakyat miskin di Parlimen Batu Sapi seperti Kg Lupak Meluas, Kg Sundang dan Kg BDC.

Berlainan dengan Lim Guan Eng, sekalipun digambarkan jijik oleh media arus perdana tunggangan UMNO, beliau telah membela tanah-tanah mukim seperti Kampung Mutiara dan Kampung Cetti (di Batu Feringghi), Kampung Sungai Tumai, Kampung Dodoi, Kampung Sungai Pinang, Kampung Pokok Asam, Tanah Jelutung, Jalan Lembah Permai, Kampung Said @ Koci (di Kelawai) dan Tanah Tanjung Tokong.

Tindakan Kerajaan Pakatan rakyat yang lebih prihatin dan mesra setinggan dan kerakusan pemimpin Barisana Nasional yang menjadikan golongan miskin sebagai alat mengaut keuntungan politik dan kemewahan hidup patut menjadi kayu ukur kepada rakyat dalam memilih kepimpinan negara.

Hj Hamzah menyeru dan merayu supaya rakyat Sabah bangkit menghukum dan menjulang kuasa rakyat dalam pilihanraya ke 13 nanti. Pakatan Rakyat mesti diberi peluang sekalipun sepenggal pilihanraya untuk memerintah Malaysia bagi membersihkan noda-noda Barisan Nasional seterusnya menyelamatkan Malaysia.

Pengundi Sabah, kata Hj Hamzah harus membuktikan sekali lagi bahawa rakyat Sabah menjadi penentu kepada sesebuah kerajaan Persekutuan sepertimana rakyat Sabah telah menyelamatkan Barisan Nasional dalam Pilihanraya umum ke 12 lalu!

Oleh: FAIZAL OKADAU (sabahkini)

18 comments:
Write comments
  1. bagaimana dengan kes dua ahli PAS Kawasan Tanjung ,Arif Ibrahim dan Ramli Ahmad melepaskan geram kerana tertipu oleh Guan Eng mengenai isu tanah Kampung Jalan Pokok Asam yang kononnya berjanji mahu selamatkan tanah melayu. dan bagaimana dengan isu dimana DAP Pulau Pinang telah mengerahkan pihak keselamatan dan MPPP untuk merobohkan gerai gerai orang melayu yang berniaga di KOMTAR? dan banyak lagi gerai2 orang melayu yang dirobohkan berlaku di PP, tetapi gerai2 yang mendapat perintah mahkamah untuk dirobohkan tidak pula disentuh oleh KM PP disebabkan pemiliknya penyokong kuat DAP.

    ReplyDelete
  2. isu setinggan di Pulau Pinang dan isu setinggan di Sabah tidak sama kerana Sabah berhadapan dengan isu PATI dan tindakan merobohkan adalah satu tindakan tegas seperti yang dituntut rakyat bagi mencapai sifar setinggan, menghapuskan penyambungan paip dan letrik haram serta membawa keluar PATI.

    ReplyDelete
  3. setinggan di Sabah di huni oleh PATI. disebabkan itu tindakan perlu diambil.

    di Pulau Pinang, Akibat gerai mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan, terdapat peniaga kecil di Pulau Pinang dikatakan menghadapi kesukaran untuk membayar balik pinjaman mereka kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga atau Tekun.

    ReplyDelete
  4. Lim Guan Eng seorang pemimpin yang baik, tapi sering diserang oleh pihak yang tidak seronok dengan cara pimpinannya. Tapi tak apa, asalkan seorang itu berusaha berkhidmat pada rakyat, jasanya pasti akan dikenang.

    ReplyDelete
  5. Kalau diikutkan setinggan Sabah dengan Pulau Pinang memang berlainan. Tambahan lagi yang sabah dihantui oleh masalah PATI yang ramai jadi tidak mustahil mereka akan membuat rumah setinggan. Tapi sekiranya ia adalah penduduk tempatan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Hajiji Mohd Noor, berkata menjadi dasar kerajaan untuk memberi peluang kepada penduduk memiliki rumah sendiri.“Usaha menangani ketiadaan rumah yang dihadapi penduduk Sabah menjadi agenda utama kerana kerajaan sedar masalah itu menyebabkan wujud setinggan di tanah kerajaan atau menumpang tanah orang lain. pembinaan lebih banyak rumah untuk dijual atau disewakan kepada penduduk yang belum memiliki kemudahan itu.

    ReplyDelete
  6. setingan di Sabah dan Pulau Pinang tak sama, Sabah dipenuhi oleh PATI. jgnlah cuba nak bandingkannya. Ketua Menteri Sabah byk membantu rkyat sabah untuk terus maju.

    ReplyDelete
  7. kalau kita rujuk isu setinggan di Sabah, bila kerajaan tidak ambil tindakan, penduduk sekitar akan bising. bila dirobohkan, ahli2 politik pula yang bising.. jadi dalam kes ini, sudah tentu suara rakyat lebih diutamakan berbanding dengan suara2 sumbang ahli politik parti lain. Lim Guan Eng tidaklah begitu baik seperti yang disangkakan kerana rakyat PP sendiri tidak berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

    ReplyDelete
  8. kalau setinggan yang diduduki oleh PATI, ia mmg patut dirobohkan tanpa sebarang pampasan, ini berlainan dgn di pulau pinang. tak perlu disamakan keadaan di Sabah dan di Pulau pinang.

    ReplyDelete
  9. Setiap orang ada kebaikkan dan keburukkan dan tidak perlu la mengukur dan membanding orang2 kerana keadaan tidak semua sama...

    ReplyDelete
  10. Mungkin setinggan di PP senang diselesaikan kerana kebanyakkan yang tinggal di setinggan itu orang tempatan. Mungkin senanglah bagi KM PP untuk memberikan mereka peluang sebagai keistimewaan orang tempatan. Jadi tidak perlu membandingkan orngan lain sekiranya tidak tahu apa isi utama dalam cerita.

    ReplyDelete
  11. Apa-apa pun, diharapkan isu yang melibatkan Lim Guan Eng kebelakang ini akan diselesaikan dengan baik.

    ReplyDelete
  12. Isu PATI diSabah amat berlainan dengan negeri lain diMalaysia. Sebagai Rakyat Malaysia yang cintakan Wawasan Kepimpinan Negara amat menyokong mana-mana tindakan yang dilakukan oleh penguatkuasa. Seharusnya Isu Setinggan kalau ianya majoriti diduduki oleh PATI seharusnya dibersihkan. Tidak perlu lagi kita mempertahankan kedudukan mereka. Kita berbudi sejuta tahun pun pada mereka mungkin ianya tidak dikenang. Tanya pada diri kita APAKAH SUMBANGAN KITA PADA NEGARA, NEGERI, DAERAH dalam menangani isu PTI @ PATI yang seringkali membelakangkan peraturan dan undang-undang negara ? Kesianlah pada mereka yang bertugas, Hormatilah mereka dan sokonglah tindakan mereka. Jalan terbaik kita beli sebidang tanah dengan keluasan anggaran boleh menampung mereka berstatus PATI dan beri percuma tidak perlu bayar sewa. Selesai Isu.

    ReplyDelete
  13. Biasalah tu.. namanya juga pemimpin pasti ramai yang mahu buat gosip samada baik ataupun buruk. hehe

    ReplyDelete
  14. Tapi yang Datuk Musa dikaitkan tu apa cerita??? Bukankah keadaan sabah dan s'jung agak berbeza??? aiks..

    ReplyDelete
  15. Betul 2718. Setinggan di sabah banyak pati jadi mahu tak mahu harus juga dirobohkan. Bagi saya mmg munasabah juga kalau dirobohkan.

    ReplyDelete
  16. Betul tu Badrul. Rasanya kerajaan negeri pun telah berusaha utk sediakan rumah mampu milik kpd rakyat tempatan. Jadi rebutlah peluang yang ada.

    ReplyDelete
  17. Apapun, semoga hal ni dapat diselesaikan dengan baik dan tolonglah jangan suka membanding-banding k...

    ReplyDelete
  18. Diharapkan semua masalah ini boleh diselesaikan secepat mungkin. Tak baik kalau ditangguh.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.