Tuesday, August 10, 2010

Penganjur tidak bayar sewa punca masalah di Komtar

Para peniaga bazaar Ramadhan di Komtar tidak boleh berniaga tahun ini ekoran dari tindakan penganjur bazar itu tidak membayar sewa kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang (PDC) walaupun telah mengutip yurannya dari peniaga.

Demikian dijelaskan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam laman komuniti Twitternya.

"Mengapa penganjur tak bayar PDC wang sewa yang dkutip daripada 27 peniaga Melayu? Bazar Ramadan tunggu bayar sewa.Tahun depan deal terus dengan peniaga," tulis beliau dalam twiiternya.

Sementara itu, beliau juga berkata, satu surat kelulusan telah dikeluarkan kepada penganjur iaitu Persatuan Peniaga Komtar melalui naib pengerusinya yang bernama Ghani.

Utusan Malaysia, media Umno, hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya kerajaan negeri Pulau Pinang menyekat peniaga Melayu membuka bazar Ramadhan di Komtar.

Laporan bertajuk "Melayu terus ditindas" itu jelas cuba memainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng itu.

Ekoran itu, Guan Eng menyifatkan ia satu lagi siri mempermainkan isu perkauman terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, akhbar yang sama memainkan isu seorang peniaga Melayu yang mempertahankan kedainya yang dibina di atas pokok dari dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Guan Eng menjelaskan, tidak ada isu ia kedai Melayu atau tidak. Isunya adalah keselamatan kerana ia dibina di atas pokok, kata beliau. -HD

14 comments:
Write comments
  1. kalau tidak mahu masalah itu dikaitkan dengan isu perkauman, cari jalan penyelesaian untuk bazar itu dan sediakan tempat yang lebih sesuai untuk peniaga melayu yang membina kedai di atas pokok.

    ReplyDelete
  2. penganjur perlu membayar sewa bagi membolehkan peniaga bazar menjalankan perniagaan mereka. kerajaan negeri juga patut mencari penyelesaian agar peniaga terlibat dapat berniaga. jangan biarkan peniaga-peniaga tersebut tidak dapat berniga.

    ReplyDelete
  3. jgnlah nak bangkitkan isu perkauman. ia boleh menjejaskan kemakmuran dalam negara kita.

    ReplyDelete
  4. Salah sendiri, memerangkap diri sendiri...Jangan hanya kerana mereka melayu, semua pun ingin tersedia mewah... ingat di dunia ini hanya sementara..

    ReplyDelete
  5. Saya rasa perbuatan Guan Eng tidak ada kena mengena dengan isu perkauman. Memang patut kedai yang dibina di atas pokok dirobohkan kerana ia sememangnya tidak selamat. Beliau hanya 'concern' tentang keselamatan mereka.

    ReplyDelete
  6. Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan masalah ini dikaitkan dengan isu perkauman atau diperbesarkan, beliau haruslah mencari tempat yang lebih sesuai untuk peniaga melayu menjalankan business mereka.

    ReplyDelete
  7. jangan asyik membuat andaian sendiri. INI tidak bermaksud ada kaitan dengan perkauman. yang salah adalah penganjur tersebut kerana tidak membayar. Jadi ini memang ternyata sudah salah penganjur itu sendiri.

    ReplyDelete
  8. Penganjur yang tidak bertanggungjawab ini bagaikan melakukan penipuan ke atas peniaga yang telah pun membayar yuran kepada mereka, tapi tidak dibenarkan berniaga.

    ReplyDelete
  9. hal ini tak berkaitan dgn perkauman, jgnlah cuba nak mencetuskan isu perkauman.

    ReplyDelete
  10. sebenarnya tv yang mencetuskan isu perkauman. sengaja memancing kemarahan orang melayu sedangkn ketua menteri buat keputusan disebabkna kesalahan penganjur. bila tv kata orang melayu di larang berniaga di pasar ramadan sedangkan mereka tak beritahu pun cerita sebenar so orang yang tak baca internet akan ingat ketua menteri menindas orang melayu. tv lah yang sebenarnya memainkan isu perkauman

    ReplyDelete
  11. They should know what is their problem. Or else disappointment is too much to bear.

    ReplyDelete
  12. Tajuk akhbar UTUSAN ni menghasut kepada isu perkauman.. wait and see apa komen menteri KDN..

    ReplyDelete
  13. Buat apa membina kedai di atas pokok?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.