Monday, August 30, 2010

Namewee cabar ketua Puteri Umno berdebat

Namewee atau Wee Meng Chee telah menarik balik video kontroversi terbarunya minggu ini, dan mencabar pengkritiknya, ketua Puteri Umno Datiuk Rosnah Rashid Shirlin untuk berdebat secara terbuka.

Sebelum ini Rosnah mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap Namewee kerana didakwanya telah mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali ini dengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Menurut Rosnah, klip video terbaru Namewee yang disifatkan berbaur perkauman dengan merujuk kepada kes seorang guru yang dikatakan membuat kenyataan berbaur perkauman.

"Saya ingin tahu daripadanya (Rosnah), kenapa dia menyerang mangsa (masyarakat Malaysia), sedangkan pelaku sebenar isu ini belum dihukum," kata Wee (kiri) dalam satu kenyataan di blognya hari ini.

"Jika dia merasakan saya tidak menghormati dan tidak mempunyai rasa tanggungjawab terhadap negara saya sendiri, maka sila terima pelawaan untuk berdebat secara terbuka tentang isu ini.

"Bantu kami rakya Malaysia untuk mendefinisikan, bagaimana untuk menjadi warganegara Malaysia yang patriotik, tolong ajar kami," katanya.

Wee bersungguh-sungguh mahu membela dirinya di arena awam dengan berkata: "Banyak tuduhan dilemparkan terhadap saya sejak 2007... tidak ada yang nampaknya membela diri saya di arena politik.

"Nama saya telah dipergunakan dalam banyak insiden oleh ahli politik sejak bertahun-tahun. Kali ini saya tidak akan membiarkan tuduhan kosong tanpa asas dilemparkan terhadap saya lagi.

"Saya hanya seorang individu tanpa agenda atau motif politik, yang ingin menyuarakan pendapatnya menentang sikap perkauman di negara ini," katanya. -MK

22 comments:
Write comments
  1. Saya menyokong Namewee walaupun videonya sering ada perbuatan dan kata-kata kesat yang kurang menyenangkan, tapi kali ini, karya terbarunya sebenarnya hanya menyuarakan ketidakpuasan mengenai isu racis yang timbul kebelakang ini. Dia sebenarnya ingin menyeru rakyat Malaysia untuk menghapuskan diskriminasi dan sikap racis bukan sengaja menimbulkan isu perkauman.

    ReplyDelete
  2. Tidak salah kalau mengeluarkan suara hati sendiri. Tapi saya berharap Namewee akan mengunakan bahasa yang lebih sopan lain kali.

    ReplyDelete
  3. namewee seharusnya menggunakan saluran yang betul jika nak menyuarakan pendapatnya, bukan dgn cara sedemikian, ia seharusnya menjaga sensitiviti kaum lain. harap dia akan menggunakan cara yang betul selepas ini.

    ReplyDelete
  4. namewee perlu menggunakan bahasa yang sopan. jika ingin menyuarakan pendapat pun janganlah menggunakan perkataan yang kesat. sebagai rakyat Malaysia kita perlu mengamalkan sikap sopan.

    ReplyDelete
  5. tidak perlu bedat dilakukan dan apa yang penting disini cuba untuk bersama-sama menangani sifat perkauman yang timbul pada masa sekarang ini. Jadi sebagai rakyat, kita cuba untuk bersama-sama menyatukan rakya kita dan bukan menambah perbelahan lagi.

    ReplyDelete
  6. Bila terlalu sensitif benda kecil pun boleh diperbesarkan... mungkin boleh kurangkan sedikit kesensitif-an.

    ReplyDelete
  7. Namewee video proves that he is just as racist as the headmistress. Fighting fire with fire will only make the problem bigger. However, I do support Namewee to challenge the Ketua Puteri Umno for a debate. But hopefully, Namewee would avoid using foul language.

    ReplyDelete
  8. Saya sokong Namewee kerana berani untuk menyuarakan ketidakpuasannya terhadap racis itu yang belum lagi dihukum. Walaubagaimanapun, Namewee tidak patut menggunakan perkataan yang kesat untuk menyampaikan ketidakpuasannya. Semoga puteri umno akan mengambil cabarannya untuk berdebat.

    ReplyDelete
  9. Looks like Namewee is getting all the attention. What a good publicity for him!

    ReplyDelete
  10. guru itu bertindak menghidupkan api, Namewee pula meniup api itu supaya lebih besar. walaupun niat Namewee baik iaitu untuk menentang sikap perkauman, tapi kalau penyampaiannya boleh menghidupkan kemarahan dan kebencian dikalangan rakyat, tindakan beliau itu tetap salah.

    ReplyDelete
  11. Ketua Putri UMNO ini masih mentah lagi belum ada pengalaman yang cukup sebagai Timbalan Menteri .... masih seperti budak2 kecil cuma badan sahaja besar .. saya pasti dia tidak berani berhadapan dengan namewee, napaknya namewee lebih matang dari Datuk Putri ini...

    ReplyDelete
  12. namewee tak seharusnya menyemarakkan lagi api perkauman di negara ini. biarlah kerajaan mengambil tindakan sewajarnya terhadap guru tersebut, jika namewee nak menyuarakan pendapatnya, biarlah ia menggunakan saluran yang betul dan gunakanlah bahasa yang lebih lembut.

    ReplyDelete
  13. Lain orang lain cara, itu cara yang digunakan oleh namewee untuk menyuarakan pendapat beliau, jadi saya rasa jika ada yang betul apa yang telah beliau sampaikan kenapa tidak kita perbaiki daripada menuding jari kepada apa yang telah ditayangkan dalam video tersebut. Jangan terus melenting, kaji betul2 apa yang telah dikatakan oleh beliau.... Jika ada kebenaran terima kritikan itu dan bersedia untuk membuat perubahan.

    ReplyDelete
  14. namewee mungkin ingin menyuarakan pendapatnya. Namun, dalam menyuarakan pendapat, sesiapapun perlulah menggunakan bahasa yang sopan.

    ReplyDelete
  15. Saya belum mendengar nyanyian namewee. Kalau kamu kata namewee mesti menggunakan bahasa sopan, cuba kamu fikir apa yang dikatakan oleh Guru Besar sekolah itu terhadap orang lain "Hanya anjing sahaja yang memakai barang yang kamu pakai". Bahasa sopan kah itu? Fikir-fikir kan lah.

    Walaubagaimanapun, saya menyokong apa yang patut dan tidak menyokong yang tidak patut.

    ReplyDelete
  16. Saya kagum lah dengan kreativiti si namewee ni.. Memang berbakat.

    ReplyDelete
  17. Soal sopan atau tak tu, sendiri mahu ingatlah.. Mungkin penggunaan ayat guru tu agak kasar tetapi kita tak perlu guna ayat yang kasar utk luahkan ketidakpuasan hati kita.. Kerana akhirnya nanti, apa beza kita dengan guru yang bercakap kurang sopan tu (sehingga dianggap rasis)?????

    ReplyDelete
  18. Saya tak sokong mana2 pihak, saya cuma menyokong kepada semangat 1Malaysia:P hehehe

    ReplyDelete
  19. Negara kita ni negara majmuk dan setiap perlakuan kita haruslah terkawal dan jangan sampai timbul kontroversi pula.

    ReplyDelete
  20. Tetapi kalaupun kontroversi timbul, jangan mudah melenting. Ingat lain orang lain ragamnya.. So teliti dahulu setiap perkara ytang berlaku dan cari jalan tanggani hal itu secara aman tanpa perlu menunding jari.

    ReplyDelete
  21. Apapun, selamat menyambut hari kemerdekaan!!

    ReplyDelete
  22. Pasti menarik jika puteri Umno menerima cabaran Namewee itu.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.