Wednesday, August 11, 2010

Aduan: Nasib orang kampung yang Miskin

Sekumpulan kakitangan perbadanan labuan telah mengugut orang-orang tua kampung dan miskin yang menjajah buah-buahan hasil tanaman mereka ditepi jalan Sg. Kinabenua - Kg. Bebuluh, tanpa memikirkan masalah dan kesusahan yang mereka hadapi.

Keluhuan mereka telah disampaikan kepada pihak-pihak bertanggungjawap namun tiada apa-apa tindakan yang dibuat.amatlah dikesali dengan apa yang berlaku orang-orang tempatan bagaikan pendatang ditempat sendiri, sedangkan di Pasar Peladang Labuan, mereka yang memonopoli penjualan sayur2 dan buah2an adalah orang luar yang berbangsa bugis.

Kiriman : Romai bin salaiman

23 comments:
Write comments
  1. sebelum menyalahkan pihak berkuasa, lihat dulu diri sendiri samada tindakan itu mematuhi undang2 dan peraturan atau tidak.. sudah tentu lah ianya satu kesalahan jika berniaga di tepi jalan, orang bugis tu berniaga di Pasar Peladang Labuan yang memang telah diluluskan. disini nampak bezanya orang luar lebih tahu dan mematuhi undang2 berbanding dengan orang tempatan. jangan disebabkan Labuan itu adalah wilayah anda jadi anda boleh buat sesuka hati dan bersikap manjakan dengan kerajaan.

    ReplyDelete
  2. apa2pun kerajaan patut menyediakan tempat yang lebih baik kepada mereka bagi meneruskan aktiviti perniagaan mereka. saya harap keluhan mereka tidak diabaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  3. berniaga di tepi jalan adalah melanggar peraturan yang ditetapkan. harap pihak yang berwajib dapat menyediakan tempat atau lokasi untuk membolehkan golongan peniaga ini menjalankan perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  4. pihak berwajib juga perlulah memberikan keutamaan kepada penduduk tempatan berniaga di Pasar Peladang Labuan. ini bagi membantu penduduk tempatan dari segi peluang ekonomi.

    ReplyDelete
  5. jika nak berniaga, biarlah ia mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

    ReplyDelete
  6. Pihak2x yang bertanggungjawab haruslah mencarikan tempat yang lebih sesuai untuk mereka meneruskan perniagaan mereka dan untuk mengelakkan sebarang masalah baru tertimbul.

    ReplyDelete
  7. Diharapkan masalah ini diberi perhatian daripada pihak berkuasa. Tolonglah membuat penyiasatan yang wajar serta membuat tindakan untuk melindungi orang kampung ini daripada ancaman orang luar.

    ReplyDelete
  8. pihak berkuasa, berikanlah mereka tempat yang tersedia untuk menjual barangan mereka supaya dapat mencari rezeki.

    ReplyDelete
  9. seharusnya kerajaan menyediakan tapak untuk penduduk tempatan berniaga, keutamaan perlu diberi kepada penduduk tempatan.

    ReplyDelete
  10. Semoga selepas pendedahan ini akan adalah pihak berwajib menjalankan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  11. kita kena tahu juga kenapa kakitangan perbadanan labuan menghalang mereka berniaga di kawasan itu. pasti ada sebab lain selain dari sekatan undang2. mungkin juga untuk keselamatan mereka kerana keadaan jalan disitu boleh mengancam keselamatan mereka..

    ReplyDelete
  12. Seharusnya mereka memberikan keutamaan kepada orang tempatan berbanding orang lain.

    ReplyDelete
  13. undang-undang mesti kita ikuti. sekiranya dilarang untuk berniaga ditepi jalan jangan langgar undang-undang kerana itu yang jadi seperti sekarang.

    ReplyDelete
  14. kenapa orang luar pula berniaga dipasar paladang dan tidak diutamakan kepada orang tempatan terlebih dahulu. Utamakan orang tempatan terlebih dahulu baru orang luar.

    ReplyDelete
  15. sekiranya pun dirobohkan, tolonglah sediakan tempat untuk mengantikan tempat mereka berjual itu. bina tempat baru untuk mereka meneruskan perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  16. Jika benar pasar Peladang dimonopoli orang luar, pekara ini mesti dikutuk sedangkan anak tempatan dipinggirkan dan tidak diberi ruang untuk mencari nafkah.

    ReplyDelete
  17. Undang-undang mesti dilaksanakan tetapi mereka juga perlu dibantu terlebih dahulu. Peluang untuk cari makan mesti dibekal.
    Segala polisi atau undang-undang tiada lain melainkan untuk manfaat rakyat.

    ReplyDelete
  18. Keutamaan perlulah diberikan kepada orang tempatan dan bukan orang luar. Kerajaan tempatan perlulah menjaga kebaikan rakyatnya.

    ReplyDelete
  19. sebenarnya bukan mereka mengutamakan orang luar. mungkin juga peniaga2 tepi jalan ini tidak mahu dikenakan bayaran atau sewa dan memilih tepi jalan sebagai lokasi mereka kerana tidak perlu terikat dengan sewa seperti di Pasar Peladang Labuan. oleh itu jangan ambil jalan mudah kalau mahu serius berniaga.

    ReplyDelete
  20. Bagaimana orang luar boleh berniaga di Pasar Peladang? Adakah orang luar dibenarkan memohon lesen perniagaan?

    ReplyDelete
  21. Rakyat tempatan mesti diberi keutamaan. Siasat kenapa orang luar diberi kebenaran berniaga di Pasar Peladang Labuan.

    ReplyDelete
  22. Ada udang di sebalik batu. Kalau kepentingan orang tempatan diabaikan, kita bawa pekara ini ke peringkat yang lebih tinggi sehingga dilayan.

    ReplyDelete
  23. Bukankah Pasar Peladang dibina untuk memberi peluang kepada rakyat tempatan mencebur diri dalam perniagaan?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.