Sunday, August 29, 2010

Umno tentang Majlis Fatwa

Tindakan Umno mengapi-apikan isu bukan Islam memasuki Masjid dilihat menentang keputusan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan, mempolitikkan kunjungan Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching ke Surau Al-Huda di Kajang Ahad lalu.

Muzakarah Kali Ke-90 jawatankuasa tersebut yang bersidang pada 1 Mac 2010 lalu telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Walaubagaimanapun, mengikut keputusan itu, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

"Nyatalah histeria Umno dan konco-konconya itu memalukan umat Islam dengan tindakan mereka yang bukan-bukan sehingga perkara yang diputuskan halal pun diharamkan oleh mereka," kata Mahfuz.

Keharusan tersebut juga sebagai cara menunjukkan keindahan Islam kepada bukan Islam.

Keindahan Islam

Umat Islam juga dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya.

"Umat Islam janganlah mengizinkan diri mereka diperbodohkan oleh politik perkauman Umno," jelasnya.

Dalam pada itu Teo Nie Ching menjelaskan beliau hanya mahu menyampaikan sumbangannya bagi memperbaiki pagar seperti yang diminta oleh pihak pengurusan surau tersebut.

Mengenai tindakan memasuki ruang solat utama di surau itu, Teo berkata, beliau hanya memenuhi jemputan.

"Pada hari tersebut mereka menjemput saya masuk.

"Saya tidak dinasihatkan oleh (pengurusan) surau untuk memakai tudung. Saya (pun pada mulanya) tidak menyangka saya boleh masuk surau itu," jelasnya.

7 comments:
Write comments
  1. jangan lihat reaksi umno, tapi lihat reaksi seluruh rakyat Malaysia. jika PAS boleh memasukkan unsur2 politik dalam doa, tidak mustahil ucapan dalam masjid itu juga berunsur politik. jika tidak mahu rakyat diperbodohkan dengan politik perkauman, jangan buat sebarang tindakan yang menjurus kearah itu.

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tiada apa yang salah jika orang bukan Islam memasuki masjid.

    ReplyDelete
  3. hal ini hnya salah faham sahaja. lagipun Teo Nie Ching telah membuat permohonan maaf atas hal ini.

    ReplyDelete
  4. sebarang tindakan yang boleh menyebabkan kontroversi perlu dielakkan.

    ReplyDelete
  5. Rasanya bukan umno mengapi-apikan ba tu... Cuma mereka sampaikan pandangan keseluruhan rakyat Malaysia. Lagipun tak salahkan menegur utk tujuan kebaikan.. Bukannya kena marah pun... huhu

    ReplyDelete
  6. Betul tu eika. Kalau boleh cubalah elakkan daripada menimbulkan kontroversi k. Apapun yg penting si Teo da minta maaf, so sudah2 lah tu :)

    ReplyDelete
  7. Pihak masjid perlu memberitahu pelawat-pelawat dahulu mengenai peraturan yang ada sebelum memasuki masjid. Teo bukan orang Islam, maka tidak boleh menyalahkannya kerana dia tidak fasih dengan peraturan yang ada. Lagipun, banyak isteri-isteri menteri yang beragama islam juga tidak menutup aurat bila memasuki masjid.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.