Monday, August 30, 2010

Bilik hotel dikelilingi ikan


MALE - Sebuah hotel di Pulau Rangali, Maldives menyediakan sebuah bilik unik di bawah dasar laut dengan pemandangan dikelilingi ikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Bilik itu disediakan khas untuk pasangan yang mahu berbulan madu di pulau tersebut.

Penghuni bilik itu akan dapat melihat ikan pari, belut dan pelbagai jenis ikan lain pada harga £1,156 (RM5,681) untuk menginap selama satu malam.

Tempahan untuk menduduki bilik itu perlu dibuat 14 hari lebih awal daripada tarikh penginapan.

Bilik itu pada asalnya ialah sebuah restoran tetapi ia diubah suai sempena dengan ulang tahun kelima hotel berkenaan. - Agensi

1 comment:
Write comments
  1. Memang unik struktur hotel ini. Pasti pengalaman menginap akan bertambah menarik dengan adanya ikan-ikan ini sebagai teman.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.