Thursday, August 5, 2010

Hukum Hakam Puasa-Bahagian 1

1.Hukum berpuasa di Bulan Ramadhan?

Wajib dengan Dalil Qur’an , Sunnah dan Ijma’ Ulama’. Barangsiapa yang menafikannya boleh jatuh kafir murtad kerana ia termasuk dalam perkara “ma’lum minaddin biddharurah” iaitu perkara yang diketahui hukumnya dalam agama secara dharurat/umum.

http://dblogger.blogdetik.com/files/2009/08/puasa.jpg

Daripada Ibnu Abbas radhiallahu anhu; “ Simpulan Islam dan Kaedah-kaedah agama itu ada tiga. Ketiga-tiga perkara inilah menjadi asas kepada Islam. Barangsiapa yang meninggalkan salah satu daripadanya(tiga perkara tadi) maka dia dengannya((Islam) Kafir yang halal darah itu(boleh dihukum bunuh: Penyaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, solat yang difardhukan, dan puasa Ramadhan.” (riwayat Abu Ya’la, ad Dailami dan disahihkan oleh az Zahabi).

2.Macam mana nak tahu masuk bulan Puasa?

Masuk bulan Puasa itu dengan melihat anak bulan Ramadhan sebagaimana Hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud, “ Puasalah kamu kerana nampak anak bulan(Ramadhan), dan berbukalah(beraya syawal) kerana nampak anak bulan(syawal). Maka sekiranya kamu tidak nampak, hendaklah kamu sempurnakan bilangan sya’aban 30 hari”.(al Bukhari dan Muslim).

3.Kalau yang nampak anak bulan itu seorang sahaja?

Ulama’ fiqh bersepakat bahawa barangsiapa yang melihat anak bulan Ramadhan seorang diri, maka wajib ke atasnya berpuasa. Adapun anak bulan Syawal, ulama’ berbeza pendapat. Pendapat yang benar ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syafie bahawa wajib ia berbuka(berhari raya) kerana melihat anak bulan.

4.Siapa yang wajib puasa?

Ijma’ ulama’ mengatakan bahawa puasa wajib ke atas orang yang Islam, Berakal, Baligh, bermukim, dan perempuan yang suci daripada haidh dan nifas.

5.Sahkah Puasa orang yang murtad?

Tak sah puasa bagi orang kafir, termasuklah yang murtad. Tak kira murtad kerana tolak Islam semua ke, separuh ke, hina hukum Islam ke, sama sahaja... Kalau puasa juga pun, tiada ganjaran pahala bagi mereka kerana aqidah sudah rosak.

6.Orang gila macam mane?

Yang gila pun tak payah puasa lah. Tapi yang gila asalnya Muslim, maka ini lebih baik daripada kafir atau murtad kerana mereka(orang gila) tak wajib puasa dan tak dapat dosa kerana meninggalkannya.

7.Budak-budak sahkah puasa mereka?

Yang belum baligh tak wajib puasa. Kanak-kanak la tu…Kalau puasa juga? Maka kata ulama’ kanak-kanak yang mumayyiz tapi belum baligh, sah puasa mereka dan diberi ganjaran pahala oleh Allah. Yang belum mumayyiz tidak sah puasanya.

8.Ada lagi ke yang tak payah puasa?

Ada……yang sakit, yang musafir, wanita dalam haidh dan nifas, yang dah tua sangat sampai tak larat nak puasa, yang hamil dan bimbang kesihatan bayi dalam kandungan, dan yang menyusu anak kalau bimbang takut bayi kelaparan kerana takde susu ibu.

9.Bestnye Orang yang dah tua tak payah puasa…..?

Orang tua yang tak berupaya untuk puasa, yang takde harapan dah jadi gagah balik, yang terlantar atas tilam, sakit tua yang takde harapan nak baik, maka wajib bagi mereka beri makan orang miskin dengan kadar satu cupak makanan ruji(beras la tu) bagi setiap hari yang ditinggalkan. Tapi tak wajib qadha atau ganti puasa mereka.

10.Tak payah qadha’/ganti puasa ke?

Yang kena ganti puasa ialah orang sakit yang kemudiannya sembuh daripada sakitnya; wanita haidh dan nifas setelah mereka suci daripada keduanya.

11.Yang mana lebih baik untuk orang musafir, berbuka atau puasa?

Kata Imam Abu Hanifah, Syafi’e dan Malik, Puasa adalah lebih baik sekiranya ia mampu mengerjakannya. Tapi kata Imam Ahmad bin Hanbal, Berbuka adalah lebih baik.

12. Kalau orang pergi umrah, dia puasa awal sehari daripada Malaysia. Macamana kalau dia balik Malaysia nanti? Kena puasa sampai Raya di Malaysia ke, nak raya ikut Arab Saudi?

Mengikut pendapat mazhab Syafi’e, barangsiapa yang berpuasa 28 hari, kemudian dia tiba di negeri yang sudah berhari raya, maka hendaklah dia berbuka pada hari raya di negeri itu, kemudian menggantikan baki puasa sehari lagi selepas raya.

Adapun barangsiapa yang berpuasa sudah cukup 30 hari, kemudian dia sampai di negeri yang masih berpuasa hari ke 30, maka wajib dia berbuka untuk berhari raya walaupun masyarakat tempatan sedang berpuasa. Tetapi yang sunatnya ialah dia menahan diri daripada makan dan minum di hadapan orang ramai.

Sifirnya ialah sekurang-kurang hari bulan Ramadhan ialah 29 hari dan yang sempurna ialah genap 30 hari.

13.Betulkah mandi di siang hari bulan Ramadhan makruh hukumnya?

Tak betul tu. Sahabat-sahabat nabi pernah meriwayatkan bahawa ‘Sesungguhnya aku pernah melihat Rasulullah sallallahu alaihi wasallam mencurah air ke atas kepalanya sedangkan baginda sedang berpuasa, daripada kehausan dan kepanasan.”(riwayat Ahmad, Malik, Abu Daud dengan sanad sahih).

Aisyah radhiallahu anha pernah meriwayatkan bahawa Nabi sallallahu alaihi wasallam sedang berjunub, sedangkan baginda berpuasa , kemudian baginda mandi.”(riwayat al Bukhari dan Muslim).

14.Boleh berbekam ke ‘time’ puasa?

Boleh kerana sabit pada hadis bahawa “ Sesungguhnya Nabi berbekam sedangkan baginda sedang berpuasa…”(al Bukhari). Tapi makruh hukumnya di sisi mazhab Syafie.

Sumber: Tranungkite

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.