Thursday, August 5, 2010

PEGAWAI BANCI TENOM NAFI MENGASARI ORANG AWAM

TENOM: Pegawai Banci yang juga mantan Pengetua Sekolah Menengah Raymond Emus Gintod (gambar), menafikan tuduhan Ketua LDP disini Kapitan Ng Tet Hau dalam laporannya disebuah Portal Sabahkini.net baru baru ini kononnya seorang Pegawai Banci bertindak kasar ketika menemuduga orang awam adalah tidak benar dan terpesong daripada fakta sebenarnya.



Katanya, besar kemungkinan pemimpin terbabit hanya mendengar penjelasan disuatu pihak ketika menerima aduan orang awam yang mungkin terdapat salah faham dari aspek komunikasi diantara Pegawai Banci dengan pihak terbabit (orang awam).

“ Kita khuatir ia suatu perkara salah faham yang boleh diselesaikan secara perbincangan tetapi kita kesal kerana pemimpin terbabit memilih media untuknya menyelesaikan kekalutan tersebut,” kata beliau ketika memberitahu Harian Ekspress pada Rabu.

Tegasnya, tidak mungkin Pegawai Banci terbabit boleh melakukan perkara sedemikian dimana selain sifat sifat mulia dan tatasusila yang sedia dimiliki oleh seseorang Pegawai Banci malah mereka juga telah diberikan kursus kursus intensif sebelum turun padang untuk menjalankan tugas sepertimana yang diamanahkan kerajaan.

Emus seterusnya berkata, Kapitan Ng seharusnya meneliti saranan daripada kerajaan yang disampaikan oleh Pesuruhjaya Banci Malaysia bahawa pengiraan penduduk dan stok perumahan diNegara amat penting dilakukan bermula dari Julai 6, hingga Ogos 22, tahun ini semata mata untuk keperluan Pembangunan Negara sepertimana mengikut peruntukan dibawah Akta Banci 1960.

Jelas Emus lagi, saranan itu turut mengandungi kata kata berikut, “ Untuk menjayakan projek raksasa ini maka kerjasama semua pihak khususnya para pemimpin masyarakat seperti Ketua Kampong, Pengerusi JKKK dan Kapitan Cina amatlah dihargai”.

Beliau menegaskan bahawa, umum telah tahu tentang tugasan setiap pembanci dimana mereka telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menemubual setiap individu atau keluarga penduduk tanpa mengira seseorang itu fasih berbahasa Malaysia atau sebaliknya.

Namun begitu tambah Emus, apa yang menjadi keutamaan adalah dari segi maklumat kependudukan, harta benda dan ada kalanya soalan itu seolah olah berkisar kepada soal keperibadian.

“ Saya menyarankan kepada Kapitan Ng Tet Hau selaku pemimpin LDP agar bertindak positif kearah menjayakan program kerajaan seterusnya mengarahkan penyokong penyokong beliau bertindak sedemikian supaya program ini dapat berjalan dengan lancar,” tegas Raymond.

Kenyataan Raymond Emus tercetus ekoran kenyataan Ketua LDP Tenom Kapitan Ng Tet Hau sebelum ini yang mendakwa terdapat Pegawai Banci yang juga mantan Pengetua Sekolah Menengah bertindak mengasari orang awam ketika menemuduganya.

Malah tegas Ng lagi, pegawai terbabit turut menyoal responden dengan soalan soalan lain yang tiada kaitan dengan tugas bancian seperti soal keperibadian suami isteri.

Oleh: Mail Mathew

21 comments:
Write comments
  1. http://sabahdaily.blogspot.com/2010/07/pegawai-banci-kasari-orang-awam.html

    "Kapitan Ng kesal dengan sikap pegawai terbabit kerana kejadian mencerca pelanggannya itu telah berlaku di hadapan matanya,"

    maknanya Kapitan Ng menyaksikan sendiri sikap pegawai itu.. bukan berdasarkan aduan orang lain.

    ReplyDelete
  2. saya harap selepas ini tidak ada pegawai2 kerajaan yang bertindak mengasari orang awam. kerajaan perlu mengambil tindakan terhadap mana2 pegawai yang bertindak sedemikian bagi menjaga imej kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Apa yang pernah dibuat, sendiri yang paling tahu. Walau apa-apa pun, diharapkan semua pegawai kerajaan akan sentiasa menjaga pertuturan sendiri.

    ReplyDelete
  4. pegawai banci kena bersedia menghadapi pelbagai karenah penduduk semasa bancian dilakukan. diharap tiada kejadian pegawai banci yang bertindak kasar semasa melakukan temubual.

    ReplyDelete
  5. kIta sabagai pembaca tentu tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Dan kedua2 pihak juga sudah memberikan penjelasan... semoga apa yang betul kita teruskan dan apa yang salah kita perbetulkan...

    ReplyDelete
  6. saya setuju dengan Bi. apa yang betul kita teruskan dan yang salah kita perbetulkan. semoga pegawai banci dapat melakukan tugas mereka dengan lancar dan mendapat kerjasama dari semua pihak.

    ReplyDelete
  7. inila masalahnya, sekiranya ada masalah pastikan kebenarnya terlebih dahulu. janga terus melaporkan kepada media. ini lagi memburukkan keadaan sedangkan masalah itu boleh dibawa dengan perbincangan.

    ReplyDelete
  8. oleh itu, LDP agar bertindak positif kearah menjayakan program kerajaan seterusnya mengarahkan penyokong penyokong beliau bertindak sedemikian supaya program ini dapat berjalan dengan lancar. kerjasama dari semua itu perlu.

    ReplyDelete
  9. sedangkan mereka sudah pun diberikan latihan sebelum turun padang dan itu sungguh mustahil mereka akan melakukan perkara sebegitu, tambahan lagi mantan ketua sekolah mustahil melakukan tuduhan tersebut.

    ReplyDelete
  10. apa pun harap tidak berlaku kejadian pegawai banci mengasari orang awam. semoga proses banci penduduk dapat dijalankan dengan lancar.

    ReplyDelete
  11. tidak tahu la mana satu yang betul, yang penting lakukan tugas yang diamanahkan dengan jujur, ikhlas dan berbudi bahasa.

    ReplyDelete
  12. Tidak hairan kalau benar kenyataan Kapitan Ng. Kalau Raymond Emus dapat mengemukakan bukti untuk menyokong kenyataan beliau, itulah cara terbaik untuk

    ReplyDelete
  13. Diharapkan pegawai lain akan sentiasa ingat menjaga pertuturan dan sikap masing-masing bila berhadapan dengan rakyat.

    ReplyDelete
  14. Bawa Kapitan NG dan pegawai tersebut duduk semeja dan berbincang. Salah silap kita bermaaf-maafan.

    ReplyDelete
  15. betul tu nunu, daripada berbalas2 pantun di media baik jumpa terus dan selesaikan face 2 face.

    ReplyDelete
  16. There are ways to solve every misunderstanding that happens.

    ReplyDelete
  17. Better to arrange both party to meet before someone who have good reputation.

    ReplyDelete
  18. Tak perlu berbahas penjang lebar disini, pihak yang berkaitan duduk lah semeja dan runding.

    ReplyDelete
  19. Beliau harus bersikap sopan dan sabar.

    ReplyDelete
  20. Belaiu harus bersikap tolak ansur dengan mereka.

    ReplyDelete
  21. Benar, sikap tolak ansur menggurangkan perselisihan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.