Sunday, February 16, 2014

Persempadanan semula tak adil boleh makan diri

Cara persempadanan semula kawasan pilihan raya di Malaysia dilakukan adalah berunsur diskriminasi dan memecahbelahkan, dan akhirnya boleh menjejaskan legitimasi kerajaan jika ia berterusan, tegas ahli akademik, Bridget Welsh.

"Sekiranya apa yang kerajaan pelajari daripada pilihan raya umum
ke-13 ialah bahawa kita perlu menggunakan persempadanan semula untuk mengukuhkan kuasa politik kita dengan cara polarisasi, ia akhirnya akan menjadi lemah sendiri ...

"Jika anda terus menurut corak yang memecah-belahkan itu, yang eksklusif, yang mengurangkan hak; semua ini - saya pada asasnya percaya - akan menjadi makan diri sendiri," katanya di satu seminar di Petaling Jaya hari ini.

Beliau bercakap mengenai persempadanan semula di Malaysia sebelum ini dan membandingkannya dengan amalan terbaik antarabangsa, yang berdasarkan kepada prinsip-prinsip kesaksamaan, kesamarataan, ketelusan, kerepresentatifan, dan bukan diskriminasi.

Welsh menambah ia tidak boleh diandaikan bahawa persempadanan semula boleh digunakan untuk menyesuaikan diri dengan landskap politik yang berubah-ubah, kerana para pemain politik juga akan turut berbuat demikian.

Sebagai contoh, katanya, tsunami politik 2008 merupakan "akibat yang tidak diingini" daripada pewujudan kerusi campuran pengundi. -MK

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.