Sunday, February 16, 2014

Tambahan kerusi di Sabah dan Sarawak tidak akan membantu rakyat

Dr Wong Chin Huat berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.Sebarang rancangan untuk meningkatkan jumlah kerusi di Sabah dan Sarawak akan hanya memberi kelebihan kepada ahli-ahli politik dari kedua-dua negeri tetapi bukan rakyatnya, kata seorang saintis politik, hari ini.‎

Sebaliknya Dr Wong Chin Huat berkata, perlu ada lebih desentralisasi dari Putrajaya dan lebih autonomi bagi Malaysia Timur dari segi pengawalan kewangan, penjagaan kesihatan dan pengawasan mereka.

"Ramai yang mahu melihat pemerkasaan bagi Sabah dan Sarawak dengan mengatakan ia akan membawa pembaharuan.‎

"Bagaimanapun, perwakilan yang berlebih akan mencacatkan mereka," kata beliau pada satu forum reformasi pilihan raya di Petaling Jaya, Selangor.

Beliau mengatakan, memberi Malaysia Timur lebih banyak kerusi sepatutnya menjadikan mereka penentu dalam menentukan siapa kerajaan persekutuan.‎

Wong berkata, bagaimanapun, desentralisasi akan menjadikan mereka berkuasa di negeri sendiri.‎

"Lebih banyak kerusi di Malaysia Timur hanya akan memberi manfaat kepada ahli-ahli politik di Sabah dan Sarawak dan lebih banyak kerusi kepada BN untuk terus berkuasa," katanya.

Wong menjelaskan bahawa di bawah Perjanjian 1963, persempadanan tidak adil berlaku bagi kerusi persekutuan untuk empat wilayah di Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura, di mana Sabah dan Sarawak mempunyai wakil yang terlalu ramai.

Justeru, Malaysia Timur mempunyai 57 kerusi iaitu satu perempat daripada bilangan kerusi, yang mewakili satu perenam pengundi di Sabah dan Sarawak yang menyumbang dua juta daripada 13 juta pengundi di seluruh negara. – TMI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.