Polis menahan pemilik akaun Facebook yang memuatnaik status menyentuh sensitiviti agama dalam akaunnya semasa sambutan perayaan Thaipusam Januari lepas.
Penangkapan suspek yang menggunakan nama Man Namblast dalam Facebook itu disahkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya petang semalam.
Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci didedahkan berkenaan tangkapan itu.
Pada 17 Januari lepas, suspek memuatnaik status yang menyentuh sensitiviti penganut Hindu semasa sambutan Thaipusam, dalam akaunnya.
Berikutan itu, pelbagai pihak menggesa polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengambil tindakan tegas terhdap pemilik akaun berkenaan kerana menggugat perpaduan dan keharmonian antara kaum dan agama di negara ini. – Bernama
Wednesday, February 12, 2014
Polis tahan pemilik akaun Facebook Man Namblast
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.