MEMANG tidak dapat dinafikan bahawa setiap parti politik yang subur seperti UMNO/BN dan di pihak pembangkang pula PKR/PR sudah tentu tidak dapat mengelakkan daripada kegiatan lobi melobi menjelang pemilihan bahagian yang kemudiannya membawa kepada terhasilnya pembentukan kumpulan kumpulan untuk mencapai hasrat dan matlamat ingin menerajui kepimpinan bahagian secara sihat.
Bagaimanapun bekas Pengetua Sekolah Menengah yang telah bersara lebih 10 tahun lalu yang juga lulusan Sarjana dari UKM, Raymond Emus Gintod yang kini berada di barisan Ambrose Mail Mathew (AMM) optimis bahawa pemilihan ini akan dapat menghasilkan barisan kepimpinan bahagian yang baru di kalangan mereka yang berwibawa lagi berwawasan.
Apa yang dihajatkan dalam pemilihan ini lebih terarah kepada usaha para ahli PKR untuk menghasilkan seorang Ketua Cabang yang berwawasan, cekap dan berkepimpinan dinamik yang bakal bertanggung jawab jatuh bangunnya PKR ketika mendepani PRU13 dan bukan lagi berada di pergentingan simpang jalan yang masih samar-samar halatujunya khususnya dalam menentukan arah kegemilangan parti.
Namun apa yang perlu dielakkan tegas Raymond, kegiatan kempen demi kempen kumpulan masing-masing untuk meraih sokongan ahli perwakilan PKR hendaklah dijalankan secara sihat dan penuh kesopanan tanpa membangkitkan soal peribadi sebagai modal dan senjata untuk menjatuhkan pihak lawan dan termasuk juga kegiatan yang berunsurkan Rasuah atau lebih sinonim dengan nama ‘Politik wang’.
“Seseorang pemimpin yang bertanding harus membentangkan pelan perancangannya untuk memimpin PKR atau lebih mudah dikenali sebagai ‘blue print’ masing-masing untuk diteliti oleh para perwakilan adalah merupakan senjata yang paling tajam bagi meraih sokongan perwakilan kerana tiada guna menyokong atau mengangkat seseorang itu jikalau tiada pelan perancangannya untuk memimin PKR,” jelas Raymond.
Raymond Emus Gintod yang bakal mengetuai ‘Panel Penasihat PKR Tenom’ bersama 9 ahli panel terdiri dari golongan graduan yang diilhamkan oleh Ambrose Mail Mathew, berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja beliau bertajuk ‘Proses Demokrasi di Malaysia terus subur’ di majlis pemantapan PKR Tenom pada ahad lalu.
Di zaman dahulu, sekitar tahun 1960-an iaitu selepas Sabah membentuk kemerdekaan bersama Malaysia, Sabah dalam pertama kali mengadakan pilihanraya ‘Local Government atau Local Council’ untuk memilih perwakilan menduduki kuasa kuasa tempatan, meskipun ketika itu berlaku lobi melobi namun tidak sehebat apa yang berlaku hari ini.
Begitu juga pada seterusnya apabila kewujudan parti-parti politik sekitar tahun 1964 di mana parti-parti yang wujud ketika itu ialah USNO,UNKO (kemudiannya UPKO selepas parti itu bercantum dengan Pasok), SCA dan disusuli selepas itu parti-parti kecil seperti USAP manakala PEKEMAS satu-satunya parti dari Semenanjung pimpinan mendiang Tan Sri Dr Tan Chee Koon pada ketika itu.
Namun kelancaran aktiviti parti tersebut berjalan dengan teratur mengikut lunas lunas demokrasi meskipun ada berlaku insiden kecil namun ia dianggap suatu perkara remeh dalam politik, tetapi harus dibanggakan bahawa tatasusila dan kesopanan setiap pemimpin pada ketika itu terus terpelihara.
Dalam pada Itu, seorang pemimpin PKR kawasan Kuala Tomani, Daniel Kalingang ketika turut serta dalam percambahan minda dalam sesi soal jawab turut sependapat dengan hujah-hujah pemimpin lain terutamanya intipati kertas kerja yang disampaikan Raymond Emus Gintod amat berharga dan memberi inspirasi ke arah menakluki kualiti kepimpinan yang baik.
Daniel Kalingang yang merupakan seorang pemimpin Gereja Kristian Katholik di situ mengumumkan yang beliau sudah berada bersama-sama barisan kepimpinan Ambrose Mail Mathew kerana ingin melihat kepimpinan PKR di sini berlaku perubahan yang agresif sebelum PRU13 berbanding beberapa tahun sebelumnya ia kelihatan seolah-olah lesu dan jumud malah kemungkinan jika keadaannya berterusan tidak memberi erti langsung untuk menghadapi PRU13.
“Kita mahu cukup bersedia untuk menghadapi pilihanraya dan bukan sekadar mahukan glamor semata-mata untuk menjadi Ketua Cabang tetapi tidak tahu memimpin dan merancang strategi parti. Kita mahu mencapai kemenangan di dalam sesuatu pilihanraya dan sebab itu kita mahu buat kerja menerusi perancangan Ketua Cabang, tetapi jikalau Ketua itu tidak tahu merancang, apa keperluan memilih Ketua yang tidak tahu apa-apa atau apakah kita ibarat drama TV ‘Tipah tertipu lagi?’ jelas Kalingang.
Oleh: JACKSON LU (sabahkini)
Kemenangan adalah sesuatu yang diingini oleh semua orang, tapi diharapkan bila mengejari kemenangan, tolong memastikan cara mendapatkannya adalah cara yang sah dan betul.
ReplyDeleteapa pun formula yang akan digunakan untuk mencapai kemenagan dalam PRU13 pastikan persaingan adalah sihat dan adil...
ReplyDeletesaya mengharapkan persaingan yang bersih akan berlaku dalam PRU13...tidak perlu guna taktik kotor atau menyebarkan fitnah....
ReplyDeleteDiharapkan formula yang digunakan tidak melibatkan taktik yang kotor untuk menang PRU13. Biarlah menang dalam cara yang sihat dan adil!
ReplyDeleteyang paling penting sekali persediaan dari awal.. kempen tidak akan menjamin apa2 kemenangan tapi segala usaha2 sebelumnya yang akan menjadi pertimbangan rakyat.
ReplyDeleteSetiap perbuatan yang baik akan diberkati, semoga rakyat bijak untuk memilih. Jangan sekadar pilih disebabkan ugutan ataupun kata2 manis yang diberikan oleh individu tertentu.
ReplyDeletesetiap parti perlu bersaing dgn cara baik. apapun harap dlm PRU13 nanti, ia akan mencapai keputusan yang baik untuk rakyat.
ReplyDeletejanganlah formula dengan cara yang kotor pula mahu digunakan itu memang tidak sesuai. mestilah dengan cara yang baik untuk semua. PRU13 adalah rebutan semua Pihak BN dan juga PR jadi menang atau kalah itu terletak ditangan rakyat..
ReplyDeleteNamun apa yang perlu dielakkan, kegiatan kempen hendaklah dijalankan secara sihat dan penuh kesopanan tanpa membangkitkan soal peribadi sebagai modal dan senjata untuk menjatuhkan pihak lawan dan termasuk juga ‘Politik wang’. Jadi mestilah jujur, amanah, adil dan ikhlas...
ReplyDeleteyang penting adalah menjaga kepentingan bersama..diharap PRU13 nanti akan berjalan dengan aman dan harmoni sesuai dengan prinsip demokrasi
ReplyDeleteFair and square. No dirty tactics. Oh and also, once winning, be sure to do as promise during campaign.
ReplyDeleteRakyat juga ingin tengok persaingan yang adil serta bersih, jika keinginan rakyat adalah untuk mengundi sesuatu parti, itu pilihan rakyat, janganlah mengunakan taktik kotor.
ReplyDeleteSiapa dapat sokongan rakyat, siapa yang akan meraih kemenagan dalam PRU 13 akan datang.
ReplyDeleteParti yang peka pada kehendak rakyat dan berani membuat perubahan mengikut masa mempunyai pendahuluan.
ReplyDeleteJUJUR, IKLAS,AMANAH, MEMEGANG JANJI, BERKEMAMPUAN......!
ReplyDelete