Wednesday, July 7, 2010

Mudah.my jamin transaksi bayaran anda menerusi PayPal

PERNAHKAH anda membeli-belah di Internet? Mudah bukan, namun urusan tersebut pastinya mengundang sedikit sebanyak risiko ditipu oleh pihak ketiga mahupun pihak yang berurusan dengan anda.

Jika disebut mengenai laman web jual beli Mudah.my, rata-rata ramai daripada kita amat mengenali laman web yang menyediakan kemudahan urusan jual beli apa sahaja jenis produk.

Taip sahaja barangan yang ingin anda cari di ruangan carian laman web tersebut pastinya akan muncul produk yang dicari.

Mudah.my merupakan salah sebuah laman web membeli belah yang terbesar di negara ini yang mana perkhidmatannya menawarkan ruangan untuk mengiklan serta kemudahan membeli barangan dalam kaedah yang paling ringkas.

Sebagai sebuah ruang atau halaman jual beli maya, Mudah.my pada asalnya sememangnya ia memudahkan pengguna untuk membeli barangan terus dari rumah.

Namun, risiko ditipu ketika melakukan transaksi pembayaran kadang kala ‘merencatkan’ keghairahan membeli belah di laman web tersebut.

Menyedari kesulitan yang sering dihadapi pengguna, Mudah.my telah bekerjasama dengan sebuah syarikat pengurusan pembayaran dalam talian yang terkenal di dunia, PayPal.

Pengurus Besar Mudah.my, Shylendra A.S. Nathan berkata, ia bagi menjamin keselamatan transaksi pembayaran yang dilakukan oleh pengunjung setia Mudah.my.

“Para pengunjung yang sering mendapatkan perkidmatan pengiklanan, jualan dan belian di laman web ini kini boleh melaksanakan transaksi pembayaran menerusi PayPal.

“Ia sekali gus mampu menjamin keselamatan urusan yang dilakukan berdasarkan tapisan dan perkhidmatan yang diberikan,” ujarnya.

Kerjasama bersama PayPal dilihat mampu melonjakkan imej serta penggunaan laman web Mudah.my di kalangan pengguna.

Tambahan, laman web tersebut turut membantu para usahawan yang baru berjinak-jinak dalam bidang perniagaan untuk mengembangkan perusahaan mereka.

Sehingga kini, perkhidmatan tambahan seperti PRO Niaga yang dikhaskan untuk para usahawan kini telah mencatatkan sebanyak 20,000 pendaftaran.

Jelas Shylendra, Mudah.my bukan sahaja merupakan hos untuk aktiviti jual beli malah ia juga merupakan platform bagi para usahawan mengetengahkan perniagaan mereka.

Bagi yang berminat boleh melayari laman web tersebut di www.mudah.my untuk mendapatkan maklumat serta keterangan yang lebih lanjut. -Utusan

6 comments:
Write comments
  1. Namun begitu, tapi konsep membeli-belah menerusi internet ini masih belum berleluasa lagi. Ada juga kadang-kala sesetengah barangan disekat di kastam ataupun hilang bila mengirimkannya. Masih ada risiko-risiko tertentu, diharapkan semua pembeli akan berhati-hati.

    ReplyDelete
  2. yang penting laman web ini benar2 memudahkan..

    ReplyDelete
  3. Mudah.my memang amat dikenali bagi pelayar internet di Malaysia. satu perkara yang baik jika ia telah membuat sistem pembayaran melalui paypal. ia lebih mudah dan cepat. seiring dgn nama laman sesawang ini iaitu MUDAH.MY

    ReplyDelete
  4. ini lebih terjamin dan tidak mungkin tertipu dengan pembayaran melalui paypal.

    ReplyDelete
  5. diharap konsep ini memberikan lebih jamiman terhadap transaksi pembayaran dan menguruangkan risiko ditipu..apa yang penting urusniaga tiada sebarang unsur penipuan..

    ReplyDelete
  6. Mudah.my adalah satu laman web yang memudahkan pengguna untuk membeli barangan secara online. Dengan adanya Paypal, pembeli tidak perlu risau ditipu. Pembayaran menerusi Paypal adalah dijamin.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.