SEJAK UMNO mengembangkan sayapnya ke Sabah, memang tidak dapat dinafikan bahawa parti ini telah membawa banyak perubahan yang amat ketara kepada rakyat dan negeri Sabah.
“Sebagai sebuah parti nasional, UMNO telah berjaya menyatupadukan masyarakat Bumiputera dalam wadah politik yang lebih kukuh dan terjamin, sekaligus menyumbang kepada kestabilan politik negeri Sabah sebagai ‘Simpanan Tetap’ UMNO dan BN,” jelas Ketua UMNO Bahagian Beluran, merangkap Pengerusi Barisan Nasional Beluran, James Ratip semasa berucap di majlis Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Beluran, Sandakan kelmarin.
Oleh itu tegas James, warga UMNO wajib mempertahankan kekuatan yang dimiliki ini, seperti mana yang sering ditekankan oleh Presiden Parti dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah agar jangan terlalu banyak membuang masa berpolitik dan menimbulkan isu-isu perebutan kerusi dan hal-hal dalaman menerusi media.
Kata James, apa yang penting ialah tumpukan perhatian untuk berkhidmat kepada rakyat, turun padang dan selesaikan masalah rakyat, barulah peranan dan sumbangan kepada parti, bukan sahaja akan dilihat; bahkan akan dirasai sesuai sebagai ‘Juara Rakyat’ yang terbaik untuk membela nasib rakyat, sesuai dengan mandat besar dan kepercayaan pengundi.
Dalam hal ini jelas James lagi, UMNO Beluran menyambut baik dan penyokong penuh pelbagai program pembangunan kerajaan untuk kepentingan rakyat.
Sementara dalam ucapan perasmiannya, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Hj Mohd Ali Mohd Rustam berkata beliau berasa bangga melihat kestabilan UMNO di Sabah jika di bandingkan UMNO di peringkat persekutuan.
Katanya lagi, adalah amat penting untuk kita bekerja sebagai satu pasukan atau teamwork dengan adanya semangat kerja sama serta komitmen yang tinggi khusus untuk memastikan nasib rakyat terus dibela dengan pelbagai pembangunan disalurkan oleh kerajaan BN.
Sebagai ahli UMNO yang setia jelas Ali Rustam lagi, ahli UMNO wajib membantu Ketua Bahagian untuk merealisasikan perjuangan UMNO agar jentera parti di setiap cawangan mahupun di peringkat bahagian akan bertambah mantap
“Kita sedar, sejak kebelakangan ini pihak parti pembangkang sering mengwar-warkan isu-isu dan sentiment-sentimen yang mengelirukan rakyat dengan pelbagai tohmahan dilemparkan kepada parti dan para pemimpin UMNO,” kara Ali yang menyifatkan rakyat sekarang sedar taktik culas pembangkang yang cuma pandai bercakap tetapi tidak dapat mengotakan apa yang dicakapkan.
Kata Ali lagi, apabila beliau datang ke Sandakan, beliau telah melihat banyak perubahan besar berlaku, terutama sekali jalanraya, pembangunan tumbuh seperti cendawan di sana-sini yang membuktikan kemampuan kerajaan BN yang sentiasa menitikberatkan dalam aspek pembangunan, ekonomi, pendidikan, sosial dan kebajikan terus terpelihara.
Mesyuarat yang diadakan di Ballroom Sanbay Hotel telah dihadiri seramai 396 perwakilan termasuk AJK Bahagian yang membabitkan 144 cawangan dan seramai 19 orang bertanding untuk merebut perwakilan 7.
Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah merangkap ADUN Labuk, Datuk Sri Michael Asang; Timbalan Speaker Dewan Rakyat merangkap Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee; Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Hj Samsudin Yahya; ADUN Gum-Gum Datuk Hj Zakariah Hj Idris dan Ketua Bahagian UMNO Sandakan Tan Sri Hj Ampong Puyun.
Oleh: SHAIMON S JUMADI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Walaupun dianggap UMNO Sabah stabil, tapi masih ada ruang yang boleh diperbaiki. Diharapkan UMNO akan membaiki kelemahan serta kesalahan supaya boleh berkhidmat pada rakyat dengan sebaik mungkin.
ReplyDeleteUMNO Sabah perlu memastikan perjuangan mereka untuk rakyat akan terlaksana. rakyat inginkan kepentingan mereka dijaga.
ReplyDeleteUMNO Sabah sememangnya stabil kerana menjaga kepentingan rakyat. namun usaha untuk memperbaiki setiap kekurangan perlu diteruskan.
ReplyDeleteApa yang penting adalah semangat kerja sama serta komitmen yang tinggi khusus untuk memastikan nasib rakyat terus dibela dengan pelbagai pembangunan disalurkan oleh kerajaan BN.
ReplyDeleteApa pun yang dilakukan oleh kerajaan BN sabah aspek pembangunan, ekonomi, pendidikan, sosial, kebajikan terus terpelihara dan menjadi keutamaan.
ReplyDeleteUNMO dan parti komponen BN lain perlu bersatu jika ingin terus stabil, segala permasalahan perlu diselsaikan dgn cara baik. yg penting adalah perjuangan parti untuk membela rakyat terlaksana.
ReplyDeletetidak dapat dipastikan sejauhmana kestabilan umno di Sabah kerana sejak kebelakangan ini, PKR aktif menerima ahli baru yang kecewa dengan pentadbiran kerajaan. oleh itu, jangan terlalu yakin dahulu malah mengkaji kelemahan2 serta mengambil langkah2 memperbaikinya sebelum terlambat. lakukan apa yang sepatutnya menjadi tanggungjawab dan sahut saingan parti2 pembangkang di Sabah.
ReplyDeletejika UMNO melakukan seperti yang disarankan James, pasti rakyat akan berpihak kepada UMNO dan berikan tumpuan kepada kawasan2 pedalaman dimana penduduknya benar2 memerlukan perhatian dari kerajaan.
ReplyDeletepemimpin haruslah lebih menumpukan perhatian kepada rakyat. itu yang sangat penting jika mahu UMNO kekal dan kukuh diSabah. sokongan rakyat yang menentkan segalanya untuk para pemimpin.
ReplyDeleteMereka haruslah keep up the good work.
ReplyDeleteThere is much more improvement to do. Buck up.~
ReplyDeleteTerusakan usaha untuk meningkatkan kebolehan diri supaya kekal relevan.
ReplyDeleteIf you know how to tackle ur people then you will win!!
ReplyDeleteSebaga sebuah parti politik yang ditubuhkan lebih dari setengah abad, UMNO tetah mantap dan stabil.
ReplyDeleteUMNO a back bone of BN who dominant the country politic arena will still strong and stable in Sabah.
ReplyDeletePengalaman lebih 50 tahun cukup bagi UMNO mangatasi segala cabaran dan akan terus stabil dan kuat.
ReplyDeleteJika BN menang pada pilihanraya akan datang maka ianya masih stabil!
ReplyDeleteKestabilan UMNO Sabah tidak dapat dinafikan. Setelah UMNO mengembang sayap ke Negeri Bawah Bayu, ia tumbuh dengan mantap dan kukuh dari sokongan rakyat.
ReplyDeleteSuara rakyat mesti didengar. Jangan fikir rakyar bodoh. Kalau suara rakyat didengar, UMNO tetap stabil.
ReplyDeletenampaknya begitulah. tidak tahulah pada pru akan datang. kalu pemimpinya masih sombong dan tidak berjiwa rakyat, rakyat yang akan gegarkan nya.
ReplyDeleteUMNO merupakan parti politik yang paling stabil di Malaysia termasuk Sabah. Siapa dapat menafikan hakikat ini?
ReplyDeleteUMNO stabil umpama Gunung Kinabalu di Sabah.
ReplyDeleteENTAHLAH DARI MANA DIA ORANG BOLEH BERTANGGAP BAHAWA UMNO SABAH TIDAK STABIL.
ReplyDeleteUMNO hidup, BN hidup. UMNO tetap unggul di Sabah.
ReplyDeletehaha....ya UMNO stabil atau orang-orang atasan UMNO yang stabil? orang bawahan masih 'maintain' tetap tak stabil......sama macam sbelum UMNO janji 100 hari. rumah2 usang, sekolah usang dan daif, jalan raya macam trail 4X4 semua masih 'maintain' dan rindukan 'kestabilan'...
ReplyDeleteUMNO Sabah stabil kerana banyak sokongan.
ReplyDeleteWalau kekadang ada sedikit perselisihan dalam parti, apabila menghadapi musuh, ahli UMNO akan bersatu mengacu pistol kearah musuh, tulah sebab UMNO sentiasa stabil.
ReplyDeleteUMNO sebuah parti yang pernah mengharungi segala cabaran dan sudah berdiri megah sejak zaman merdeka. Ia tetap stabil.
ReplyDeleteSudah setengah abad UMNO wujud dan akan terus hidup lima puluh tahun lagi.
ReplyDelete