Sunday, July 4, 2010

MP Tawau Pertikai Penyerahan Blok L Dan M Kepada Brunei

Ahli Parlimen Tawau Chua Soon Bui menggesa disediakan satu ‘Kertas Putih’ mengenai penyerahan tiga juta ekar kawasan perairan maritim yang kaya dengan minyak dan gas kepada Brunei.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Progresif Sabah berkata rakyat Malaysia masih keliru dan ingin tahu kebenaran disebalik penyerahan dua blok berikutan pelbagai kenyataan yang dibuat oleh berbagai wakil kerajaan.

Kenyataan-kenyataan itu bagaimanapun gagal menjawab pelbagai keraguan yang timbul membabitkan kerugian sebanyak RM320 bilion hasil minyak dan gas kepada Malaysia.

"Kita bukan sahaja kehilangan sumber minyak dan gas yang berharga, malah juga kehilangan wilayah perairan untuk tujuan pengangkutan, hidupan marin dan sumber makanan," kata Chua.

"Kertas Putih itu bertujuan untuk faedah dan memelihara kepentingan semua rakyat Malaysia, terutamanya di Sabah dan Labuan.

"Saya timbulkan persoalan ini kepada Jabatan Perdana Menteri untuk menjelaskan segala kesangsian yang timbul agar hak dan kepentingan rakyat senantiasa dilindungi," katanya dalam satu ucapan penangguhan di Parlimen baru-baru ini.

Chua menegaskan rakyat selama ini mempersoalkan kesahihan penyerahan dua blok itu, terutamanya sama ada kawasan maritim Sabah (utara Labuan) disempadankan semula, atau langkah ini melanggar Artikel 2 Perlembagaan Persekutuan hingga boleh menyebabkan ianya terbatal dan tidak mengikut perlembagaan.

Kalau Malaysia boleh merujuk kes Pulau Sipadan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan memenangi kes itu pada Disember 2002, kerajaan harus melakukan perkara yang sama dalam kes ini.

Saya yakin tiga juta ekar Blok L dan M dengan minyak dan gas bernilai RM320 bilion adalah sangat bernilai dan mendatangkan manfaat sama seperti Pulau Sipadan.

Jika benar wujudnya pertikaian dalam hal ini dengan Brunei, kenapa kes ini tidak dirujuk ke ICJ memandangkan Malaysia mempunyai kepakaran dalam undang-undang perairan antarabangsa? soal beliau.

Chua berkata, rakyat Sabah hairan kerajaan sanggup bersusah payah menuntut pulau Batu Putih dan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menuntut perairannya, tetapi langsung tidak berani untuk menuntut blok-blok itu yang kaya dengan minyak dan gas.

18 comments:
Write comments
  1. Saya setuju mendapatkan penjelasan dalam kertas putih, ia lebih baik daripada pihak tertentu menunding jari tanpa bukti. Rakyat juga perlu mengetahui perkara yang sebenar supaya boleh mengurangkan salah faham.

    ReplyDelete
  2. Blok L dan M telah sah adalah milik Brunei, namun masih ramai lagi rakyat Sabah yang tidak berpuas hati mengenai hal ini. kerajaan perlu memberi penjelasan mengenai perkara ini kepada rakyat. dengan penjelasan yang diberikan, rakyat dpt memahami situasi sebenar mengenai penyerahan Blok L dan M tersebut.

    ReplyDelete
  3. sebenarnya pembangkang tahu hal sebenar tapi sengaja mengunakan peluang ini untuk menimbulkan kekeliruan untuk kepentingan politik mereka. jika pembangkang yang berhadapan dengan masalah ini, mereka juga akan melakukan perkara yang sama.. apa2pun diharapkan kerajaan akan mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan kekeliruan ini.

    ReplyDelete
  4. isu ini sebenarny tak perlu ditimbulkan lagi, tetapi pembangkang tetap juga mengungkitkan isu ini. ini hanya akan mengelirukan rakyat sahaja.

    ReplyDelete
  5. Obviously the opposition is taking advantage of this issue for their own political interest.

    ReplyDelete
  6. Setuju dengan jonny. Penjelasan yang telus harus diberi jika terdapat pertikaian tentang sesuatu isu. Terutamanya dalam isu ini yang melibatkan sempadan negara yang berjuta ekar keluasan yang kaya dengan sumber minyak. Dengan hasilnya yang dapat menjaminkan kemakmuran negara.

    ReplyDelete
  7. Jangan mudah menunduk, ini berkait dengan hak dan maruah negara.

    ReplyDelete
  8. penjelasan secara lebih terperinci perlu dibuat bagi memastikan semua pihak tahu dan faham akan situasi sebenar mengenai penyerahan blok L dan M kepada Brunei. dengan ini semua pihak akan berpuas hati.

    ReplyDelete
  9. blok L&M memang hak milik brunei sepenuhnya. kerajaan haruslah memberikan bukti yang betul tentang hal ini untuk menyakinkan semua pihak. selagi bukti itu belum ada selagi itu ramai pihak tertanya-tanya.

    ReplyDelete
  10. bagi menyekat isu ini dari terus berlarutan, kerajaan perlu memberikan respon terhadap setiap kenyataan pembangkang. kerajaan tidak boleh terus berdiam diri kerana tindakan tersebut hanya membuka ruang untuk rakyat berpihak kepada pembangkang.

    ReplyDelete
  11. Sekagi tidak ada jawapan yang konkrit untuk menjawab semua persoalan yang ditimbulkan selagi itu kes ini akan diperkatakan, terutama dari pihak pembangkang.

    ReplyDelete
  12. kita haruslah bersabar tentang isu ini. kerajaan akan memberikan juga nanti apa yang dimahukan oleh pihak tertentu itu. jadi tunggu dan lihat khabar tentang kedua-dua blok ini.

    ReplyDelete
  13. First "white paper" on SAS, now this? How much more "white paper| should be produce on certain issues? To be honest? The 2 blocks are align with Brunei. So yes, they have the right with the two blocks and we are just "renting" it from them. Sheesh

    ReplyDelete
  14. Kenapa perkara ini masih lagi dipertikaikan sedangkan Blok L & Blok M adalah sah milik Brunei...

    ReplyDelete
  15. hahaha penat sudah dengar pasal ini isu. dari dulu lagi ini. sudah senyap-senyap sedikit pasal ini blok pembangkang lagi p buka ini isu. memang pembangkang ini suka jaga tepi kain oranglah.

    ReplyDelete
  16. saya rasa pembangkang akan tutup mulut jika Brunei yang buat penjelasan.. tapi tidak mustahil mereka akan menggugurkan usahasama dengan Malaysia keatas kedua2 blok tersebut.

    ReplyDelete
  17. Daripada sesetengah pihak membuat spekulasi atau tuduhan yang tidak berdasar, ia lebih baik jika pihak yang berkaitan boleh menjelaskan perkara ini secara memerinci.

    ReplyDelete
  18. semua pihak perlu memahami isu yang telah dijelaskan...tiada keperluan untuk mempertikaikan pekara ini kerana ianya sudah dijelaskan dari awal lagi..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.