TUNTUTAN Kawasan Pilihanraya di antara parti-parti Komponen Barisan Nasional (BN) adalah merupakan senario baru menjadi tekanan dan ketegangan yang melanda dalam gabungan tersebut di Negeri Sabah, terutama apabila tercetusnya pandangan Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun DR Mahathir Mohammad yang memberi gambaran bahawa pilihanraya di negara ini boleh diadakan lebih awal pada ketika pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terus mendapat sokongan rakyat melebihi 75 peratus.
Adakah tindakan secara terbuka yang disuarakan semasa Persidangan Umno Bahagian oleh Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Ghapor Salleh yang meminta Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) untuk menyerahkan semula Kawasan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Merotai Tawau merupa gegaran pilihanraya semakin dekat; sehinggakan keinginan melampau mendapatkan kerusi di kalangan parti dalam komponen BN semakin ghairah tanpa mengunakan saluran yang lebih tertib.
Ghapor seorang pemimpin veteran Sabah, tentu sedar pemberian Kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai kepada LDP adalah menggambarkan semangat setiakawan dalam BN terus hidup dan meskipun majoriti kawasan itu terdiri daripada pengundi bumiputera Islam.
Bukankah UMNO perlu berkorban demi menepati persafahaman BN itu sendiri. Mengapa kelantangan ini meluap-luap pada ketika pilihanraya dikhabarkan akan mengejut pada masa terdekat ini?
Kelantangan parti tunjang UMNO untuk meminta semula kawasan pilihanraya secara terbuka tercetus lagi di Kawasan Putatan apabila dalam Persidangan UMNO bahagian tersebut; Ketuanya yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Yahya Hussin meminta rakan gabungannya, UPKO yang memiliki kawasan Parlimen itu yang diwakili Datuk Marcus Makin Majingoh, menyerahkannya semula kepada UMNO yang mendakwa parti ini mempunyai banyak kelebihan dari segi sokongan rakyat. Apakah UPKO yang menang dalam pilihanraya lepas tidak mendapat sokongan rakyat?
Bertolak dari permintaan UMNO yang amat terbuka untuk DUN Merotai dan Kawasan Parlimen Putatan, menjelaskan benar wujudnya pergeseran dan pergolakan sehingga krisis kerajaan campuran BN di Sabah yang dianggap sebuah negeri ‘Simpanan Tetap’ semakin nampak susut?
Apakah hanya kerana gambaran pilihanraya semakin hampir maka menyebabkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan secara jelas bahawa beliau belum membuat keputusan mengenai pengagehan kawasan pilihanraya di Sabah.
Ternyata semasa berada di Kota Kinabalu Merasmikan Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah meyakinkan kepimpinan negeri bahawa tidak ada apa-apa perubahan yang telah dan akan dibuat terhadap kepimpinan Sabah dalam jangka masa terdekat ini.
Jika demikian tegasnya pemimpin negara itu menyatakan pendiriannya demi mengurangkan ketegangan terhadap pelbagai perkara dan keadaan politik di Sabah, sewajarnya suasana ribut dek perebutan kerusi tidak disuarakan secara terbuka yang akibatnya boleh menyinggung dan melukakan perasaan rakan komponen sendiri.
Atas prinsip setiakawan dan kerjasama yang terjalin semasa pilihanraya umum ke 12 lalu, kekuatan Barisan Nasional (BN) Sabah yang terdiri daripada UMNO, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Pasok Momogun Kebangsaan Sabah (PASOK), MCA, MIC, Gerakan, Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), ternyata telah memberikan kemenangan besar kepada BN sabah yang berjaya menumbangkan cubaan parti-parti pembangkang yang diketuai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan parti serpihan seperti Bersekutu dan Bebas.
Dengan kemenangan besar BN di Negeri Sabah dan Sarawak telah memberikan sumbangan besar terhadap pembentukan kerajaan BN di negara ini, meskipun keseluruhan sedar bahawa BN di Semenanjung telah mengalami kekalahan yang memalukan dalam pilihanraya lalu dan ianya satu cacatan hitam dalam sejarah parti memerintah negara ini sejak sekian lama memegang tampuk pentadbiran negara.
Namun perkembangan dan pergolakan politik terbaru di Sabah tidak akan menjadi penyakit yang akan mengakibatkan ‘Tsunami Politik’ melanda sehingga mengakibatkan tenang negeri di bawah bayu ini akan berkocak dan sebaliknya,
Sebenarnya bukan sembunyi lagi, pergolakan politik Sabah terus berkocak dan bergelora meskipun pimpinan peringkat pusat turut menyimbahnya dengan tiupan berbentuk ingatan bahawa suasana tidak stabil itu harus dihentikan.
Namun ia tidak boleh menyekatnya dari terus berlaku, satu lagi pergeseran di kalangan ahli-ahli parti UMNO dan LDP terjadi di Kudat apabila ada di kalangan ahli-ahli gabungan BN saling bergeseran tentang pemberian jawatan politik di antara satu sama lain.
Pergeseran ini memaksa satu aduan kepada kerajaan negeri oleh Setiausaha Agong LDP, Datuk Teo Chee Kang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor Kudat tentang berlakunya pemecatan terhadap kakitangan berjawatan politik oleh pemimpin UMNO kawasan itu.
Seperti yang dimaklumi, pemimpin-pemimpin yang dilantik sebagai Ketua Anak Negeri atau Ketua Masyarakat Cina adalah penjawat awam meskipun mereka lantikan politik. Oleh kerana penjawat awam ini menerima gaji dari kerajaan maka mereka akan tertakluk kepada tindakan disiplin oleh pihak yang berkenaan. Namun bagi pihak LDP, pemecatan ini adalah berbaur politik yang sengaja dilakukan sekadar untuk melemahkan kedudukan pimpinan LDP di kawasan itu.
Nampaknya bukan hanya kekecohan mendapatkan Kawasan pilihanraya di kalangan parti-parti komponen BN terutamanya UMNO dan pemecatan pemegang jawatan politik di Kudat semata-mata, selebihnya terdapat khabar angin yang berhembus kencang yang diakibatkan oleh laporan internet yang banyak menyebut mengenai beberapa ahli perniagaan dan juga peguam yang dikatakan mempunyai hubungan dengan beberapa pemimpin utama dalam BN disebut disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Semua keadaan ini meresah dan merimaskan suasana politik di Sabah, jika sekiranya tidak bijak untuk ditangani ia boleh menjejaskan peluang mengekalkan ‘Simpanan Tetap’ bagi BN di Sabah.
Merasakan kestabilan politik Negeri Di bawah Bayu ini tidak ketentuan, walaupun tindakan menyuarakan hak masing-masing tetap dibolehkan, namun Ketua Perhubungan Umno Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman memberi amaran dan menasihatkan agar permintaan-permintaan politik tidak disuarakan secara terbuka terutamanya melalui siaran-siaran akhbar yang boleh memyebabkan sebarang ketidak sefahaman dengan mana-mana ahli Komponen BN.
Tindakan dua pemimpin terkemuka UMNO di Sabah yang meminta Kawasan pilihanraya yang dimiliki oleh parti komponen lain diberikan kepada UMNO dalam pilihanraya akan datang; sesungguhnya bukan menunjukkan semangat setiakawan yang dipupuk dalam BN selama ini
Sehubungan itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa mengharapkan agar ia tidak ditimbulkan lagi kerana pilihanraya masih lagi jauh walaupun kedua-dua pemimpin ini sudah terlanjur membuat permintaan mereka.
Seorang pemimpin Veteran dan bekas pemimpin Sabah, Tan Sri Herman Luping yang menulis di sebuah akhbat tempatan menyatakan ketidak sefahaman di kalangan ahli-ahli komponen dalam sesebuah gabungan adalah agak lazim dan dijangka berlaku dari masa ke semasa.
Kata Herman, Ia adalah satu perkara sihat yang boleh menjadikan pemimpin politik kita sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga sejajar dengan amalan demokrasi yang diterima pakai di negeri ini sebagai trend politik semasa.
"Hanya apabila ketidak sefahaman itu menjurus kepada perpecahan dalam gabungan tersebut, ia boleh dianggap sebagai malang dan dapat membantutkan kemajuan dan pembangunan Negara," kata Tan Sri Herman lagi.
Kerancakan cerita di kedai kopi yang memasuki fasa akhir iaitu ramalan pilihanraya mengejut di Sabah atau Malaysia, sudah tentu ianya semakin hampir dan suka tidak suka apabila tempohnya berakhir lima tahun pilihanraya pasti diadakan jua.
Oleh yang demikian kekusutan dan kekalutan dalam politik Sabah perlu segera dileraikan dan semua pemimpin kembali kepada pokok pangkal rumpun BN yang menjadikan semangat setiakawan sebagaii asas kepada perjuangannya.
Oleh: HAJI GHULABDIN ENJIH (sabahkini)
seperti saranan PM baru2 ini, semua parti komponen perlu berkerja secara berpasukan jika ingin menang. oleh itu elakkan konflik dikalangan parti dan sebaik2nya jika ada salah faham selesaikannya melalui rundingan.
ReplyDeleteDan juga segala janji2 yang belum ditunaikan segeralah selesaikannya. Jika tidak, kepercayaan rakyat akan terbantut dan perubahan besar akan mengejutkan seluruh malaysia!
ReplyDeleteApa yang direbut-rebut ini?
ReplyDeletesemangat berpasukan perlu ada bagi menghadapi PRU. namun apa yang lebih penting adalah kepentingan rakyat. rakyat amat mengharapkan keharmonian dan kemajuan di negeri Sabah dapat diteruskan.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteparti2 komponen BN seharusnya bekerjasama, tak perlulah nak berebut kerusi, ia akan menampakkan kelemahan BN.
ReplyDeletekerjasama penting jika nak menjadi kuat. harap BN dpt selesaikan masalah mereka.
ReplyDeleteRakyat menentukan pilihan mereka..oleh itu, parti harus berkerja keresa untuk rakyat.
ReplyDeletesiapakah yang bakal duduk dikerusi itu aa..BN atau pembangkang..pemilihan untdi ditangan rakyat..
ReplyDeleteFight for seats? Adeih, it's not even election yet sudah gaduh pasal kerusikah? Let the people decide lah weih..
ReplyDeletejika ingin terus kekal sebagai parti pemerintah, elakkan sebarang konflik dikalangan parti komponen dan teruskan usaha dengan memberi keutamaan kepada kehidupan rakyat dan ekonomi negara. PRU13 semakin hampir dan patut ada kesedaran awal untuk megukuhkan kedudukan sebelum PR melebarkan sayap mereka.
ReplyDeleteSemua ada potensi, tapi hanya rakyat yang boleh menentukannya.
ReplyDeleteHarap setiap calon yang dipilih pada PRU akan datang adalah calon yang terbaik dan dapat membawa manfaat pada rakyat.
ReplyDeleteMereka yang merebut, rakyat yang menentukan. Pandai kita memilih, Manfaat kita terjamin.
ReplyDelete