Tokoh agama di negara ini mendakwa amalan mempercayai ramalan atau tilikan adalah haram di sisi agama Islam dan boleh merosakkan akidah.
Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsudin, berkata ramalan bagi menentu keputusan perlawanan bola sepak juga adalah haram dan umat Islam yang mempercayainya melakukan dosa besar kerana syirik terhadap Allah.
“Dalam hadis ada menegaskan ramalan, tekaan atau tilik menilik yang dilakukan manusia adalah satu pembohongan. Maka, jika manusia yang meramal pun dipanggil pembohong, apatah lagi jika haiwan yang meramal.
“Jika setiap ramalan itu betul, ia hanya kebetulan, bukan kerana kepandaian dimiliki manusia atau haiwan, sebaliknya hanya kebetulan. Oleh itu, haram bagi umat Islam percaya kepada ramalan. Ia akan merosakkan akidah, diri, keluarga dan masyarakat kerana mendorong kepada amalan bertaruh dan berjudi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Sebelum ini, masyarakat dunia dikejutkan dengan ramalan keputusan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang dilakukan seekor sotong kurita bernama Paul. Bagi pertemuan akhir antara Belanda dengan Sepanyol sotong berkenaan meramalkan kemenangan bakal memihak kepada Sepanyol.
Selain sotong kurita, seekor burung nuri yang dipelihara di Singapura, dikenali sebagai ‘Mani Si Nuri’ pula meramalkan Belanda akan menewaskanSepanyol bagi menjuarai Piala Dunia 2010.
Tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din, berkata umat Islam yang mempercayai sesuatu ramalan itu perlu sedar bahawa solatnya tidak akan diterima oleh Allah selama 40 hari.
“Jika seseorang itu perca ya kepada sesuatu ramalan, maka Allah tidak akan menerima solatnya selama 40 hari. Umat Islam tidak boleh percaya kepada ramalan seperti itu dan ia salah di sisi Islam,” katanya.
Sementara itu, bagi pendakwah bebas, Datuk Md Daud Che Ngah, berkata perkara yang akan berlaku pada masa depan terletak di tangan Allah dan manusia atau haiwan tidak boleh meramalkan apa yang bakal berlaku.
“Kita hanya boleh merancang, tetapi Allah yang menentukan dan tidak boleh meramalkan sesuatu bakal berlaku, hanya Allah berhak meletak jawapannya (apa yang akan berlaku) dan kita tidak boleh mendahuluiNya,” katanya.
Katanya, perbuatan mempercayai ramalan dan juga lebih mengutamakan sesuatu perlawanan bola sepak sehingga mengabaikan solat adalah perbuatan syirik dan dimurkai Allah. -BH
Monday, July 12, 2010
Percaya ramalan boleh rosakkan akidah: Mufti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ramalan-ramalan tidak kira merpati ke ataupun sotong ke, semua hanyalah untuk menjadikan acara bola sepak ini lebih menarik. Janganlah terlalu mengambil hati.
ReplyDeletetak perlulah kita percaya pada ramalan2 seperti ini. ia hnya merosakkan akidah dan merugikan kita.
ReplyDeleteramalan-ramalan seperti ini tidak boleh dipercayaai..apa yang penting, jangan sampai akidah kita menjadi rosak..
ReplyDeleteIts just coincidence! Don't get too serious about it. I find this Paul to be quite the entertainer. He put the spice in the game. Hope to see Paul prediction again the next world cup....if he is still alive.
ReplyDeletebagaimana dengan soalan ramalan? atau jika sesebuah parti mengatakan bahawa 'kita yakin akan menang pru13?.. apa2 pun masing2 mempunyai persepsi dan penjelasan, oleh itu ikutlah mana2 yang terbaik..
ReplyDeletejanganlah terlalu percaya dengan semua itu. anggap saja itu adalah kebetulan.
ReplyDeleteMufti ini bercakap ibarat c ketam mengajar anak2nya berjalan lurus . . rupa2nya mufti ini terikut2 juga ramalan c sotong korita... kita semua yang bermacam2 ugama hanya enjoy untuk melihat sukan bola sepak dunia dan c sotong kerita itu hanya menambah memeriakan lagi sukan bola sepak dunia dengan ramalan2nya yang tepat..pak mufti pun banyak buat ramalan2 ! ! !
ReplyDeleteBetul tu, itu semua hanya untuk menambah kemeriahan sahaja.
ReplyDelete