SIFAT sopan santun di kalangan masyarakat majmuk negara ini memang sudah terkenal di seluruh dunia, malah sudah menjadi amalan turun temurun sejak sebelum merdeka lagi.
Apatah lagi jika seseorang individu itu bekas seorang Pegawai Penjawat Awam yang telah bersara sudah tentu sifat-sifat mulia itu menjadi teras dan amalan rutin sehariannya apabila bertemu rakan dan taulan di mana sahaja.
“Bagaimana pun kita terkejut kerana kekasaran itu berlaku apabila seorang mantan Pengetua Sekolah yang dipinjam oleh kerajaan dalam tugas-tugas Bancian 2010, yang seolah-olah tidak bertolak ansur ketika menemubual pelanggannya; malah perkara peribadi pelanggan turut disoal. Apa kaitan perkara peribadi dengan bancian penduduk?,” tanya Ketua LDP Tenom, Kapitan Ng Tet Hau.
Kapitan Ng berkata demikian kepada Sabahkini.net sebagai mengulas tingkahlaku pegawai terbabit yang tidak disenangi masyarakat di sini, di mana beliau akan mengutarakan perkara tersebut kepada pihak atasan untuk tindakan lanjut termasuk menyingkirkan pegawai itu daripada tugasannya.
Perilakunya pegawai itu telah mencemar imej kerajaan selain bersifat ganas dengan mengasari pelanggan (orang awam) yang sememangnya tugasannya itu mendapat imbuhan daripada kerajaan, dengan harapan bahawa kelicinan tugasan itu berjalan dengan lancar dan sempurna berdasarkan pengalaman lalu pegawai terbabit.
Umum telah mengetahui bahawa tugas bancian penduduk suatu tugasan yang rumit dan senantiasa mendepani karenah masyarakat yang kurang fasih berbahasa Malaysia; tetapi seseorang pegawai yang berpengalaman harus peka tentang persoalan itu sebelum menerima tugas dan tanggung jawab tersebut.
Kapitan Ng kesal dengan sikap pegawai terbabit kerana kejadian mencerca pelanggannya itu telah berlaku di hadapan matanya, lebih-lebih lagi ia berlaku di tempat awam iaitu sebuah restoran terbuka di sini.
“Saya cuba menghalang pegawai itu daripada terus mengeluarkan kata-kata hinaan kepada pelanggannya seorang berbangsa Cina, tetapi tidak dipedulikan oleh pegawai terbabit,” tambah Kapitan Ng Lagi.
Tuesday, July 27, 2010
PEGAWAI BANCI KASARI ORANG AWAM?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tanggungjawab seorang Pegawai kerajaan adalah berkhidmat kepada rakyat. Mereka perlu sentiasa sopan dan ramah bukan bersikap kasar dan biadap. Lagipun, gaji mereka juga dibayar rakyat, rakyat barulah majikan mereka. Diharapkan ketua jabatan akan memantau prestasi pegawai dibawah mereka.
ReplyDeletekesopanan ketika melakukan bancian perlu diamalkan oleh pegawai yang melakukan bancian. harap pekara seperti ini tidak berlaku. kita semua perlu mengamalkan nilai-nilai murni dalam menjalankan tugas.
ReplyDeletedia sebagai pegawai yang berpengalaman tak seharusnya bersikap kasar seperti itu. ia hnya mencemarkan imej kerajaan.
ReplyDeletetidak patut mereka mengasari orang awam. menanyakan sesuatu yang tidak berkenaan pun tidak boleh. Pembanci hanya perlu metoal apa yang patut sahaja.
ReplyDeleteInilah orang kasar yang berpendidikan. Tahap pendidikan itu tidak membawa perubahan dalam tingkalakunya
ReplyDeletepegawai banci tidak patut bersikap begitu, ia harus bersedia mnhadapi karena penduduk, tak perlulah nak berkasar. jika begini lebih baik tak payah jadi pembanci.
ReplyDeleteaahh, betul ka ni?
ReplyDeleteSaya rasa hal ni patut disiasat dan kalau disahkan betul, kenakan tindakan yang sepatutnya - biar jadi pengajaran.
ReplyDeleteBagi saya sendiri, saya memang tak suka orang berkasar dengan orang awam.. Tambahan lagi kalau time berurusan ataupun jalankan tugas. Kekasaran yang timbul akan memburukkan nama baik kerajaan. So saya harap para pembanci yang telah diamanahkan utk membanci buatlah kerja dengan sabar ya.
ReplyDeleteIngat budi bahasa budaya kita. hehe
ReplyDeleteBekas pengetua sekolah? Tidak faham budi bahasa?
ReplyDeleteBerpendidikan tinggi tidak bermakna bermoral dan bersopan.
ReplyDeleteMalang bekas-bekas anak murid beliau kalau terserap gaya beliau.
ReplyDeleteMantan pegetua sekolah yang mana satu?
ReplyDeletekalau dakwaan ini benar, diharapkan kes ini adalah yang pertama dan terakhir. kerajaan perlu menitik beratkan soal disiplin atau tingkah laku terhadap setiap pegawai yang dilantik selepas ini bagi menjaga imej kerajaan.
ReplyDeleteBetul kata TED, biarlah kes ini adalah yang pertama dan terakhir.
ReplyDeleteNasib baik mantan pengatua ini sudah bersara, jika tidak, nanti ramai pelajar terpengaruh dengan sikap buruk beliau.
ReplyDeleteInilah segelintir pegawai kerajaan yang tidak berkualiti tetapi mencemarkan reputasi kerajaan.
ReplyDeleteJika benar penuduhan ini, hentikan perkhidmatan mantan pengetua itu supaya tidak mencemari reputasi pegawai lain yang berbudi bahasa.
ReplyDelete