Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bercadang menawarkan status penduduk tetap (PR) kepada pelajar asing cemerlang yang mendapat biasiswa kementerian bagi menggalakkan mereka berkhidmat di negara ini selepas tamat pengajian.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata langkah itu antara usaha menarik bakat dan tenaga kerja berkemahiran tinggi dari luar negara memberikan sumbangan kepada pembangunan Malaysia.
Beliau berkata, pemberian insentif termasuk PR itu dijangka diberi kepada pelajar tajaan kementerian dan sedang melanjutkan pengajian dalam peringkat sarjana dan doktor falsafah (PhD).
"Cadangan dan langkah ini sedang diteliti kerajaan. Daripada semua pelajar asing yang mendapat biasiswa kementerian, kita akan pilih yang terbaik dan menawarkan mereka pelbagai insentif menarik termasuk memberikan status PR.
"Di negara lain, pelajar asing yang masih mengikuti sarjana dan doktor falsafah, sudah lama ditawarkan status PR dan ini fenomena biasa di seluruh dunia apabila negara lain mengambil bakat atau tenaga kerja mahir dari negara lain.
"Kita juga kehilangan ramai tenaga kerja mahir ini yang menyumbang kepakaran di tempat lain. Justeru, kita perlu bersaing dengan negara lain untuk menawarkan kepada mereka ini kekal di sini dan memberi sumbangan kepada negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penganugerahan Biasiswa Antarabangsa KPT di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini, semalam.
Biasiswa yang diperkenalkan sejak 2008 itu diwujudkan bagi memberi peluang penajaan kepada pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian di peringkat ijazah pertama, sarjana dan PhD di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Tahun ini, seramai 125 pelajar pelbagai negara seluruh dunia menerima biasiswa berkenaan untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat sarjana.
Pada majlis itu juga, beliau turut melancarkan laman Facebook alumni penuntut antarabangsa yang mendapat biasiswa kementerian.
Mohamed Khaled berkata, Jabatan Pengajian Tinggi akan mengeluarkan kertas kerja untuk mengkaji perkara itu bagi menarik lebih ramai pensyarah, penyelidik dan profesor yang terbaik.
"Ini sama seperti Talent Corporation yang diumumkan Perdana Menteri baru-baru ini, bagi menarik lebih ramai tenaga kerja mahir ke negara ini tetapi kita lebih fokus kepada sektor pengajian tinggi," katanya. -BH
Wednesday, July 7, 2010
Pelajar asing cemerlang akan diberi PR: Khaled
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Jika ini dilakukan dengan adil dan diteliti dengan baik, cara ini boleh laku, tapi jika ada isu rasuah, ataupun salahguna pemberian insentif ini, teruk padah nya.
ReplyDeletepekara ini membawa kebaikan kepada negara bagi menarik tenaga kerja berkemahiran tinggi...diharap penelitian akan dilakukan dengan baik..semoga langkah seumpama ini akan membawa kebaikan kepada semua..
ReplyDeleteAda baik dan ada yang buruk, kita boleh cuba dulu, dan jika ianya lebih membawa keburukan, usul ini boleh dikaji semula.
ReplyDeletejangan terburu2 melaksanakan cadangan ini, minta pandangan dari pelbagai pihak terlebih dahulu. tidak semua negara menggunkan tenaga kerja asing untuk maju, terdapat juga negara2 yang hanya menggunakan tenaga pakar tempatan.
ReplyDeletesebaiknya perkara ini perlu ditimbangkan sedalamnya, risau ia akan memberi kesan terhadap pelajar tempatan.
ReplyDeletejangan membuat keputusan tanpa perbincangan semua pihak. ini tetang pemberian penduduk tetap, ini perkara serius.
ReplyDeletepekara ini memerlukan penelitian yang mendalam sebelum dilaksanakan. kajian dan perbincangan perlu dibuat terlebih dahulu. sekiranya ia benar-benar menjadi keperluan dan membawa kebaikan kepada negara barulah ia dilaksanakan.
ReplyDeleteharap cadangan ini akan dibincangkan sepenuhnya sebelum keputusan muktamat dikeluarkan.
ReplyDeletejgnlah begitu mudah memberikan hak PR kepada warga asing, Malaysia kini masih lagi dibelenggu oleh masalah kebanjiran warga asing, pendapat orang ramai perlu diambil.
ReplyDeleteCadangan ini boleh dilaksanakan hanya jika pemanantauan yang tegas serta pemberian yang mematuhi segala peraturan. Tidak dipengaruhi unsur lain seperti rasuah, pilih kasih ataupun penyalahguna kuasa.
ReplyDelete