Saturday, July 10, 2010

Sepanyol, Belanda buka lembaran baru

DURBAN: Johan Cruyff menerangkan perbezaan antara budaya bola sepak Sepanyol dan Belanda daripada kaca matanya sebagai pengurus dengan berkata: Lebih mudah bekerja dengan pemain Sepanyol. Pemain Belanda pula akan sepantas kilat berkata ya, tetapi sebaik anda membuka mulut.

Cruyff cukup masak dengan situasi itu. Dia adalah hubungan utama antara kedua-dua negara berkenaan, tetapi bukan hanya dia seorang.

Sekiranya Jerman menang perlawanan separuh akhir awal pagi semalam untuk bertemu Belanda pada final Piala Dunia awal pagi Isnin ini, jalan cerita pertembungan itu mungkin mudah dibaca - seteru lama yang bermula sejak bertahun-tahun dulu.

Tetapi pertembungan Sepanyol dan Belanda membuka lembaran baru final Piala Dunia.

Menurut Cruyff, final Piala Dunia kali ini adalah antara dua pasukan yang melakukan hantaran lebih kemas berbanding pasukan lain di sepanjang temasya Afrika Selatan 2010.

Belanda memang handal melakukannya. Tradisi yang bermula dari Rinus Michels sehingga musim Steve McClaren menjuarai liga Belanda bersama FC Twente, berasaskan formasi 4-3-3 dan kehalusan teknikal permainan.

Masalah utama yang bakal dihadapi Belanda nanti adalah mereka tidak mengumpan bola sebaik Sepanyol, kata Cruyff.

Selepas kemenangan awal pagi semalam, Vicente del Bosque ditanya sama ada pasukan Sepanyol yang dikendalikannya bermain seperti Belanda. Saya tidak tahu, jawabnya. - Agensi

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.