TAWAU: Sebanyak 8,113 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Sabah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini dan jumlah itu meningkat sebanyak 9 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sabah, Herdiansah Abd. Karim, berkata penunggang dan pembonceng motosikal dikenalpasti sebagai pihak yang paling ramai terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Beberapa sikap pengguna jalan raya juga katanya dilihat menjadi penyumbang kemalangan seperti pemanduan yang tidak mematuhi had laju, memotong di garisan berkembar, melanggar lampu merah, terlalu dekat dengan kenderaan lain serta tidak memakai tali pinggang atau topi keledar.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mengamalkan budaya keselamatan semasa berada di jalan raya, berhemah serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian pada Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran JKJR dan Puspakom di Kilometer 8, Jalan Apas di sini, kelmarin.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Tawau, Superintendan Imran Abdul Rahman, dalam kenyataannya pula berkata, pihaknya merekodkan 729 kes kemalangan jalan raya di daerah Tawau di antara Januari dan Jun 2010.
15 daripada kes-kes berkenaan katanya adalah kes kemalangan maut yang melibatkan 17 kematian.
“Kita dapati 40 peratus daripada kes-kes yang direkodkan adalah membabitkan kenderaan persendirian dan kebanyakannya berlaku di sekitar Jalan Apas,” katanya.
Berikutan hal itu, Imran mengingatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang, demi keselamatan diri serta pengguna jalan raya yang lain.
Kenderaan yang digunakan juga ujarnya hendaklah sentiasa diperiksa dan dipastikan selamat untuk digunakan.
Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa pihaknya kini giat memerangi salah laku pengguna jalan raya termasuk yang membabitkan kesalahan cermin gelap dan penggunaan telefon bimbit ketika memandu. -NST
Friday, July 16, 2010
Sebanyak 8,113 kes kemalangan direkod di Sabah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Untuk mengurangkan kes kemalangan jalan raya, hanyalah jika semua pengguna jalan raya akan bertanggungjawab dan mematuhi peraturan.
ReplyDeletepengguna jalanraya kena mematuhi peraturan jalan raya. UTAMAKAN KESELAMATAN, INGATLAH ORANG TERSAYANG!
ReplyDeleteStatistik tersebut membuktikan pengguna jln raya tidak mematuhi peraturan. Diharapkan pengguna jln raya memandu secara berhati-hati dan sentiasa mematuhi peraturan demi keselamatan di jalan raya.
ReplyDeleteberhati-hati lah ketika berada di jalan raya. kecuaian bukan sahaja membahayakan diri sendiri malah membahayakan orang lain. utamakan keselamatan..
ReplyDeletepemilik kenderaan yang menggunakan lampu hadapan jenis High-Intensity Discharge (HID) atau lebih dikenali lampu xenon juga perlu dikenakan tindakan... berkenaan dengan disiplin pemandu, mungkin mereka akan lebih berdisiplin jika kawasan2 kemalangan diletakkan signboard yang menunjukkan bilangan kemalangan dan kematian di kawasan tersebut..:)
ReplyDeletepengawasan jalan raya mestilah ketat. para pengguna diminta untuk lebih berhati-hati dan mengikuti peraturan yang telah ditetapkan.
ReplyDeleteMemang benar motosikal sangat bahaya. Mereka harus berhati-hati di jalan raya.
ReplyDeleteSemua pengguna jalan raya harus lebih berhati-hati. Sayangilah nyawa tu ba..
ReplyDeleteHarap2 dengan pendedahan fakta ni semua pihak akan lebih berhati-hati dan menjadi pengguna jalan yg berhemah. Malang tidak berbau, tapi kita boleh kurang risiko kemalangan dengan amalan berhati-hati di jalan raya.
ReplyDeleteDiharapkan dengan kerjasama bersama, bolehlah kita menurunkan kes kemalangan jalan raya di negeri kita.
ReplyDelete