Friday, July 16, 2010

Osama masih hidup?

Omar bin Laden yang merupakan anak pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden menyatakan bapanya masih hidup, lapor sebuah akhbar semalam.

"Bapa saya berada di bumi tetapi saya tidak mengetahui di mana dia berada. Dia masih hidup. Jika orang seperti itu (Osama) meninggal dunia, anda tidak boleh merahsiakannya. Dunia akan berubah jika dia meninggal dunia," lapor akhbar The Sun.



Omar, 29, bersetuju untuk diwawancara oleh akhbar itu bagi menceritakan kehidupannya selepas dia berpisah dengan isterinya, Jane Felix-Browne berumur 53 tahun yang merupakan seorang rakyat Britain.

Jane yang memeluk agama Islam selepas mereka mendirikan rumah tangga pada September 2006 di Mesir mengumumkan perpisahan dengan Omar pada awal bulan ini.

Wanita itu yang menggunakan nama Zaina selepas memeluk Islam menyatakan Omar menghidap penyakit skizofrenia dan kerap mendengar suara Osama di dalam kepalanya sebagai alasan perpisahan mereka.

Menyentuh mengenai bapanya, Omar berkata: "Saya masih meyaya- nginya, pastinya saya sayang pada- nya. Dia adalah bapa saya.

"Saya merinduinya sebagai bapa tetapi kami saling berlainan. Saya mahukan keamanan."

Tempat persembunyian Osama tidak diketahui dengan tepat sehingga kini menyebabkan terdapat dakwaan bahawa dia telah meninggal dunia.

Namun, Osama kerap dikatakan bersembunyi di kawasan pergunungan di Afghanistan dan Pakistan.

Omar turut menyatakan bahawa dia mahu memberi nama Osama kepada bayi yang dikandung oleh se- orang ibu tumpang dari Britain sempena nama bapanya.

"Jika bayi itu seorang lelaki, saya akan memanggilnya Osama. Namun, saya berharap dia (anaknya) akan mempunyai sikap pentingkan ke- amanan.

"Adalah sesuatu yang tradisi untuk menamakan anak dengan nama datuk," katanya.

Namun, Zaina yang tidak boleh melahirkan anak mahu memberikan nama Elizabeth jika ibu tumpang ter- sebut melahirkan anak perempuan sempena nama pemerintah Britain, Ratu Elizabeth II.

Wanita itu juga mahu memberi nama William jika anak yang dilahirkan itu lelaki.

Menurut Omar, dia akan menjaga anaknya itu dengan baik termasuk wanita yang bersetuju menjadi ibu tumpang untuk anak mereka, Louise Pollard dari Britain.

BARRYMORE

Pollard hamil dengan menggunakan teknik persenyawaan tabung uji.

Menyentuh mengenai perpisahannya dengan isterinya, dia berkata: "Saya telah berkahwin selama empat tahun dan kami amat gembira.

"Namun, saya memberi- tahu dia (isterinya) saya tidak boleh meneruskan lagi. Saya mahu berpisah, saya tidak mahu kembali semula ke alam perkahwi- nan."

Omar melarikan diri dari Afghanistan pada April 2001 sebelum bapanya menjadi lelaki yang paling dikehendaki di dunia kerana didakwa menaja keganasan.

Pada Mei 1996, Osama meninggal- kan kawasan pergunungan Tora Bora di Afghanistan dan memilih Omar untuk menemaninya dan mewujudkan kem latihan pengganas.

Omar menjadi tukang pembuat teh peri- badi bapanya dan tinggal dalam pondok yang sejuk.

Semasa itu, dia yang masih remaja diberi tunjuk ajar cara untuk menggunakan raifal Kalashnikov dan belajar memandu kereta kebal Rusia.

Omar dilahirkan di Arab Saudi oleh isteri pertama Osama, Najwa.

Dalam wawancara itu, Omar menyatakan bahawa dia meminati penyanyi Madonna dan pemain bola sepak Piala Dunia Argentina, Lionel Messi.

Omar menyatakan impiannya untuk keluar bersama pelakon terkenal Hollywood, Drew Barrymore.

"Saya bujang sekarang dan dia (Barrymore) merupakan wanita paling cantik di Holly- wood," katanya. - Agensi

7 comments:
Write comments
  1. Diharapkan Omar tidak mengikuti langkah bapa dia, baguslah kalau dia lebih menginginkan keamanan.

    ReplyDelete
  2. sehingga kini Osama belum dapat dikesan. nampaknya mmg sukar nak mengesannya.

    ReplyDelete
  3. harap dunia akan jadi aman dan damai tanpa ada keganasan dan penindasan..

    ReplyDelete
  4. Its obvious that this man wants to be known. He doesn't care about Osama, he only wants the world to know he is the SON of Osama and he is SINGLE. And, he wants Drew Barrymore to know his existence. Simple as that.

    ReplyDelete
  5. Hopefully, we will not hear of Osama again.

    ReplyDelete
  6. janganlah mahu peperangan, jauhkanlah rakyat yang menderita. pilihlah keamanan.

    ReplyDelete
  7. Kenapa la bah kalau masih hidup pun.. Takut lah dgn Tuhan dan bukannya sesama manusia :)
    Apapun aku harap dsunia akan sentiasa aman, Amen!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.