Sunday, July 4, 2010

LDP TERUS KEKAL BERSAMA BN


MESYUARAT Tahunan Bahagian Liberal Demokratik Parti (LDP) kawasan Tenom baru-baru ini telah meluluskan empat resolusi bahagian itu yang ada kepentingan dengan kebajikan rakyat jelata supaya diambil perhatian serius sesuai dengan slogan ‘Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.

Resolusi itu diluluskan oleh para perwakilan LDP dengan sebulat suara, selain resolusi menyokong penuh kepimpinan Presiden LDP, Datuk V.K. Liew; mereka turut minta kerajaan supaya serius dalam hasratnya untuk menaiktaraf kemudahan awam yang meliputi pancaran telekomunikasi di mana masih terdapat banyak kawasan yang sukar mendapat akses internet.

Masalah kelembapan pusat klinik kesihatan, pertambahan kos rawatan perubatan dan cadangan membina hospital baru termasuk kekurangan doktor juga turut tersenarai di dalam resolusi tersebut.

Setiausaha Agung LDP, Datuk Teo Chee Kang telah merasmikan mesyuarat tahunan itu yang diadakan pada Khamis turut menerima seramai 200 ahli baru menyertai LDP.

Ketika berucap, Teo menggesa ahli ahli LDP agar terus bersatu dan memperkukuhkan perpaduan parti itu untuk menghadapi sebarang cabaran yang mendepani parti itu dan seterusnya mengekalkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Barisan Nasional (BN).

Tegasnya lagi, meskipun ada yang menganggap LDP sebuah parti kerdil namun dalam konteks perjuangan ia tetap kukuh dan bersuara lantang untuk mempertahankan hak- hak ahli agar tidak mudah diperlekehkan oleh mana-mana pihak.

“Kita terus bersatu bersama parti-parti komponen BN yang lain dalam memastikan BN tidak mudah digugat oleh pembangkang pada pilihanraya umum akan datang,” jelas Teo.

Terdahulu, Ketua LDP Tenom, Kapitan Ng Tet Hau membaharui sokongan tekad dan azam untuk terus berdiri di belakang kepimpinan LDP dalam mempertahankan hak-hak rakyat mengikut lunas-lunas demokrasi.

Kapitan Ng turut menolak persepsi masyarakat lain yang mendakwa kononnya LDP mengamalkan kepimpinan mengikut kaum tertentu; sebaliknya LDP adalah sebuah parti untuk semua kaum di Malaysia.

“Kita menghormati semua kaum yang ada di negara ini, malah kita berulangkali menekankan peri pentingnya perpaduan terus diamalkan dalam semangat 1Malaysia,” tegasnya lagi.

Oleh: MAIL MATHEW

16 comments:
Write comments
  1. Tidak kira parti yang mana, diharapkan semua komponen akan bersatu hati memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  2. bgslah jika LDP terus bersama BN, parti2 komponen BN perlu bersatu, jika ada permasalahan ia perlulah diselesaikan dngn segera!

    ReplyDelete
  3. teruskan semangat seperti ini dan lakukan yang terbaik jika ingin terus kekal pada PRU13 nanti.. gudlak

    ReplyDelete
  4. semangat bersatu padu seperti inilah yang perlu ada dalam sesebuah parti. ini akan mengukuhkan lagi kekuatan BN bagi menghadapi pilihanraya umum kelak.

    ReplyDelete
  5. LDP ought to unite with BN and together find ways to tackle the issues which rakyat is currently facing. Best of luck in the upcoming election!

    ReplyDelete
  6. cabaran harus diteruskan, semangat harus dikekalkan. rintangan tidak harus dijadikan alasan mengundur diri.

    ReplyDelete
  7. Kekuatan maksimum berhasil jika bersatu hati.

    ReplyDelete
  8. harap selepas ini, BN akan menjadi semakin kuat.

    ReplyDelete
  9. ini berita baik untuk semua. LDP dan BN akan terus berjuang untuk rakyat. bersatu kita teguh bercerai kita roboh. itu pepatah yang sesuai untuk LDP dan keompenan BN yang lain.

    ReplyDelete
  10. LDP untuk semua kaum dan bukan untuk kaum tertentu saja. ini cuma khabar angin yang mahu melemahkan LDP. oleh itu, janganlah mudah terpedaya dengan semua itu.

    ReplyDelete
  11. The key to be stronger is teamwork.

    ReplyDelete
  12. Semangat berjiwa rakyat inilah yang diharap2kan dalam mempertahankan hak rakyat.

    ReplyDelete
  13. betul tu Dayang.. walaupun dibarisi dengan pemimpin2 yang berkaliber, tanpa semangat berpasukan mereka akan tetap jatuh..

    ReplyDelete
  14. Apa-apa pun, yang penting mereka bersatu. Jika ada konflik dalaman, pasti akan menjejaskan prestasi.

    ReplyDelete
  15. LDP terus kekal dalam BN. ini sesuatu yang amat baik dan memberikebaikan kepada semua pihak terutamanya penduduk Sabah..

    ReplyDelete
  16. Memang baguslah kalau macam ni.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.