Sunday, July 18, 2010

Gay pertama kahwin di Argentina bulan depan

BUENOS AIRES - Selepas menjadi negara Amerika Latin yang pertama mewartakan undang-undang perkahwinan sesama jantina kelmarin, Argentina bakal menyaksikan pasangan gay pertama yang berkahwin secara sah pada 13 Ogos depan.


SEORANG lelaki menjerit bagi membantah undang-undang perkahwinan sejenis di Buenos Aires semalam

Pihak berkuasa semalam mengesahkan, aktor ternama, Ernesto Rodriguez Larrese, 60, dan kekasihnya, Alejandro Vanelli, 61, yang hidup bersama sejak 34 tahun lalu akan menjadi pasangan pertama di bawah undang-undang baru itu.

Ketua Persekutuan Lesbian, Gay dan Pondan Argentina, Maria Rachid berkata, dianggarkan 100 pasangan mahu melangsungkan perkahwinan mereka pada tarikh itu setelah Parlimen meluluskan undian selepas perdebatan panas 15 jam.

Presiden Cristina Kirchner yang memimpin kerajaan berhaluan sederhana kiri juga menyokong undang-undang itu meskipun dibantah keras pihak gereja yang bimbang ia akan menghancurkan institusi keluarga negara Kristian Katholik itu. - Agensi

3 comments:
Write comments
  1. Saya rasa sepatutnya mereka dibenarkan berkhawin jika mahu. Mereka ini tidak ada pilihan mahu menjadi Gay atau tidak, jika tuhan tidak menyukai perbuatan seperti ini, mengapa membuatkan sesetengah manusia macam tu? Ini bukan juga kemahuan mereka, mereka dilahirkan begini apa boleh buat?

    ReplyDelete
  2. Can't stop what the heart wants. They should be allowed to get married!

    ReplyDelete
  3. I don't agree. Every religion is never based on gays. It's against the humanity world.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.