Seorang lelaki tidak dikenal ditangkap petugas keselamatan setelah mencuba untuk mengambil trofi Piala Dunia dengan topinya sebelum pertandingan final Piala Dunia antara Belanda dan Spanyol di Soccer City di Johannesburg, Afrika Selatan, 11 Julai 2010.
Peristiwa ini adalah untuk kali keduanya, seorang peminat berjaya menyusup masuk ke final Piala Dunia 2010 antara Belanda menentang Sepanyol. Peminat itu juga mencuba mengambil trofi asli Piala Dunia. Insiden ini terjadi sebelum final Piala Dunia 2010 di Stadion Soccer City, Johannesburg. Sebelum perlawanan bermula, trofi asli Piala Dunia ditempatkan di tengah lapangan.
Tiba-tiba saja seorang peminat menyusup masuk ke padang. Sambil memakai topi berwarna merah, ia turut membawa kain berwarna merah dan berusaha menyentuh trofi asli Piala Dunia.
Tangan peminat itu sempat menyentuh trofi Piala Dunia, tapi petugas keselamatan bertindak cepat dan berhasil menggagalkan usahanya.
Insiden masuknya peminat ke tengah padang juga berlaku sebelum ini ketika perlawanan semifinal Jerman menentang Sepanyol. Seorang penyokong Itali sambil membawa Vuvuzela dan mengenakan pakaian 'Superman' masuk ke tengah padang untuk memprotes tersingkirnya pasukan Azzurri itu.
Tuesday, July 13, 2010
Cubaan Mencuri Piala Dunia Gagal
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
apalah pencuri ni.. kan ramai orang masa tu, piala tu pun dikawal ketat, napa dia nak mencuri, kan dah kena tangkap, padan muka.
ReplyDeletememang tak patut kalu nak mencuri piala dunia. moralnya, janganlah menjadi pencuri. diri sendiri juga yang malu.
ReplyDeleteIs this guy NUTS or what? ROFL!!!stealing in broad daylight and in a public place some more. Must be a physco fanatic fan of football.
ReplyDeleteGila sial, piala dunia pun mahu dicuri, sampai terdesak macam tu.
ReplyDeleteberani juga orang ini ya..sanggup mencuri didepan orang ramai..
ReplyDeletesingkat betul fikiran orang ni, mencuripun tidak pandai.. sia2 kena tangkap.
ReplyDeleteMemang kegilaan bola peminat ini.
ReplyDelete