Thursday, July 29, 2010

DULU PATI, KINI PADI; DULU LARI, KINI BERANI!

TINDAKAN nekad seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) Lanca Kace, yang mencabar Pentadbir Mahkamah Tinggi Sandakan (Belip) memotong badannya sebelum menebang tiang rumah yang didirikan secara haram di atas tanah Anak Negeri Sabah, dipercayai dirasuk kepercayaan bahawa dirinya ‘Kebal’ oleh MyKad yang diperolehi secara haram; sekaligus menukar statusnya kepada Pendatang Asing Dengan Izin (PADI).

Jika sebelum ini, Lanca dan suku sakatnya bertempiaran lari apabila melihat anggota polis, namun setelah mendapat Mykad melalui ‘Projek X-Files’ dan menjadi ahli UMNO, Lanca merasakan polis hanya sebagai ‘kawang’ dan berani menentang polis kerana percaya Mykad yang diperolehi membuatkan beliau ada ‘imuniti’ dan memiliki hak ‘Customary Right’.

Sebagai manusia istimewa kerana lahir dua kali (Indonesia dan Malaysia), Lanca menganggap dirinya sama taraf dengan Anak Negeri Sabah setelah memiliki Mykad (sebelum ini kad pengenalan biru dan KPT) dan boleh menceroboh tanah sesuka hati dengan keyakinan boleh memiliki hak ‘Customary Right’ setelah tiga tahun mengusahakan tanah berkenaan.

Menurut siasatan Sabahkini.Net, tanah NT 093102900 dan NT 093103014 telah dibeli dua beradik, Jenny A Bungkak dan Agnes A Bungkak, kedua-duanya berketurunan Kadazan, masing-masing daripada pemilik asal Eyong Bin Bak dan Hamisah Oloth dan proses pindah milik disempurnakan pada 30 September 2008.

Namun mereka gagal memasuki tanah berkenaan yang dibeli dengan pinjaman bank setelah mencagarkan rumah mereka dan sehingga kini terpaksa membayar ansuran pinjaman bank; sedangkan hasil tanah berkenaan dinikmati oleh PADI yang menghuni tanah mereka selama ini.

Menurut Jenny, beliau dan keluarganya telah putus asa kerana semua proses telah dilalui namun masih gagal memasuki tanah yang mereka beli secara sah kerana penceroboh enggan mengosongkan tanah berkenaan.

“Mereka dakwa tanah ini milik mereka walaupun kami menunjukkan geran tanah asal,” ujar Jenny yang memberitahu pihaknya menawarkan pelbagai alternatif termasuk menyewa tanah tersebut sehingga tiba waktu tanaman semula; membeli balik tanah yang mereka duduki secara tidak sah atau mengembalikan tanah tersebut kepada pemilik berdaftar.

Bagaimanapun kata Jenny, para penceroboh tanahnya enggan mendengar atau menerima tawaran yang dibuatnya, sebaliknya berkeras menyatakan tanah tersebut diberikan kepada mereka oleh seorang Wakil Rakyat dan akan tetap menjadi milik mereka sampai bila-bila.

“Oleh kerana perundingan menemui jalan buntu, maka saya terpaksa mengambil tindakan pengusiran di Mahkamah Tinggi Sandakan, tetapi mereka seolah-olah tidak mempedulikan perintah mahkamah dan enggan berganjak,” ujar Jenny yang kesal dengan sikap PADI yang menurunkan taraf Mahkamah Tinggi Sandakan sebagai ‘Kandang Kuda’.

Kata Jenny, mereka bukan sahaja enggan berganjak, malah mengugut akan mencederakan dan membunuh sesiapa sahaja yang berani memasuki tanah yang telah mereka usahakan secara haram selama ini.

Akibatnya, kata Jenny, beliau sekeluarga telah membuat laporan polis di Balai Polis Kinabatangan pada 16 Januari 2010 memaklumkan bahawa Perintah Evakuasi Mahkamah telah diserahkan kepada para penceroboh, namun mereka enggan berganjak.

“Polis pun hanya berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan terhadap laporan yang saya buat,” ujar Jenny yang memberitahu pihaknya terpaksa mengambil tindakan mahkamah untuk menjalankan perintah pelaksanaan mendapatkan tanah yang telah diceroboh.

Kata Jenny, pihaknya terpaksa mematuhi segala peraturan mahkamah termasuk memberi notis selama dua minggu kepada penceroboh untuk mengosongkan tanah berkenaan dan mengemukakan pelbagai dokumen tuntutan.

Selama tempoh dua minggu berkenaan, kata Jenny pihaknya masih bertolak ansur dan melantik juruperunding bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi, namun tidak ada sebarang keputusan dapat dicapai melalui wakil yang mereka hantar, Ibrahim Tiong.

“Setelah semua perundingan menemui jalan buntu, maka Mahkamah Tinggi Sandakan telah menjalankan Perintah Pelaksanaan pada 13 Julai 2010, namun Belif menghadapi masalah untuk melaksanakan perintah berkenaan sehingga memaksa campurtangan polis,” kata Jenny yang tidak dapat menyertai operasi berkenaan kerana bimbang dicederakan para penceroboh dan jiran mereka.

Dalam hal ini, kata Jenny, beliau amat kesal kerana mereka sekeluarga terpaksa menggadai nyawa untuk mendapatkan tanah mereka. Walaupun perintah mahkamah telah dilaksanakan, namun para penceroboh kembali ke tanah berkenaan dan membaiki rumah yang telah diroboh.

Dalam pada itu, siasatan Sabahkini.net, ketika menjalankan Perintah Pelaksanaan terhadap dua lot tanah tersebut, Pembantu Tadbir Undang-Undang (Belip) Mahkamah Tinggi Sandakan, Mohamad Ismalie Yusop dalam affidavitnya mengakui telah menyempurnakan perintah berkenaan.

Kata Mohammad Ismalie, pada 13 Julai 2010, lebih kurang jam 11.30 pagi, beliau dan seorang lagi rakan sekerjanya, Rahayu Harun bersama-sama Wakil peguam Plaintif, Chong Ming Teck dan 6 orang pekerja dengan ditemani 7 orang polis dari Balai Polis Kinabatangan telah pergi ke rumah yang menduduk tanah NT 093102900 dan NT 093103014 di Sungai Koyah, Kinatabangan, Sandakan untuk menjalankan perintah mendapatkan pemilikan tanah ke atas orang yang telah menduduk tanah tersebut tanpa kebenaran atau lesen daripada pemilik asal.

Kata Mohammad lagi, ketika tiba di rumah pertama yang dihuni oleh Lanca Kace, beliau menerangkan bahawa kedatangan mereka untuk mengambil alih tanah berkenaan setelah tempoh secukupnya telah diberikan tamat dan meminta Lanca sekeluarga mengeluarkan barang-barang di dalam rumah sebelum diroboh.

Bagaimanapun kata Mohammad, Lanca menegaskan beliau enggan mengeluarkan barang-barang daripada rumahnya dan terjadi pertengkaran kerana Lanca telah menghalang tugas Belif.

Kata Mohammad Ismalie lagi, apabila kerja pemotongan tiang rumah hendak dimulakan, Lanca berdiri di tiang rumahnya dengan tujuan untuk menghalang perintah berkenaan dengan mengeluarkan kata-kata ugutan; "Kalau mahu potong tiang, biarlah potong badan saya sekali."

Anggota polis yang bertugas terpaksa bertindak menggari tangannya semasa kerja meroboh dijalankan dan gari hanya dibuka pada jam 5.30 petang setelah Lanca tidak lagi menunjukkan tanda melawan.

Memandangkan rumah tersebut masih ada talian elektrik, kata Mohammad Ismalie, pihak plaintif bercadang memotong dinding rumah tersebut supaya tidak berlaku litar pintas.

Setelah rumah pertama selesai dirobohkan, petugas bergegas untuk merobohkan rumah kedua yang didiami keluarga Alimuddin Lakkata, namun tiada penghuni dan setelah menunggu selama 15 minit, pemilik rumah tersebut memberitahu tidak sanggup melihat rumahnya diroboh dan membenarkan kerja perobohan rumahnya dilakukan tanpa sebarang tentangan.

Dalam pada itu, Agnes A Bungkak ketika dihubungi berkata, pihaknya terpaksa kembali lagi ke Mahkamah Tinggi Sandakan untuk memfailkan Perintah Menghina Mahkamah terhadap sesiapa sahaja yang masih berada di tanah berkenaan atau membantu para penceroboh.

“Kita tidak lagi dapat bertolak ansur tetapi kita masih percaya kepada undang-undang. Kita yakin hanya ‘Contemp Of Court’ sahaja yang dapat mengajar mereka memahami dan mematuhi undang-undang negara kita,” kata Agnes yang merayu agar penderitaan mereka disiarkan di Sabahkini.net untuk pengetahuan Kerajaan Malaysia dan rakyat Sabah amnya.

Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)

23 comments:
Write comments
  1. Itulah disebabkan pengawai immigresen yang mengeluarkan Mykad sesuka hati kepada PATI ini. Tengoklah, dah bermaharajalela di tempat kita sekarang.

    ReplyDelete
  2. setiap orang perlu menghormati keputusan mahkamah dan jangan menceroboh tanah individu lain dengan sesuka hati.

    ReplyDelete
  3. inilah sikap PATI, menceroboh tanah orang sesuka hati dan tidak patuh pada undang2.

    ReplyDelete
  4. sesuka hati lagi itu menceroboh tanah orang. setelah itu berani lagi itu melawan polis. betul-betullah PATI ini.

    ReplyDelete
  5. pihak berkuasa haruslah lebih tegas untuk menangani kes sebegini. jangan biarkan PATI berkuasa sesuka hati mereka.

    ReplyDelete
  6. The illegal immigrants numbers are growing and they are growing stronger.Deport them back!

    ReplyDelete
  7. Makin menjadi-jadi sudah PATI ini. Semoga masalah PATI ini akan cepat diselesaikan.

    ReplyDelete
  8. ya.. pihak berkuasa perlu bertindak lebih tegas, PATI ini semakin berani dan sesuka hati nak merampas tanah orang.

    ReplyDelete
  9. PATI tu ada mention yang tanah itu diberikan oleh wakil rakyat kepada mereka kan.. jadi siasat siapa wakil rakyat yang disebutkan itu dan siapa yang bertanggungjawab keluarkan MyKad kepada mereka.

    ReplyDelete
  10. Kejadian sebegini mesti diambil tidakan tegas dari pihak kerajaan supaya pencerobah di tanah-tanah peribadi yang lain dapat maklum bahawa undang-undang negara ini mesti dipatuhi dan dan tidak boleh dicabuli.

    ReplyDelete
  11. Isu PATI cuma ditangani secara hangat-hangat tai ayam. Berpuluh tahun isu ini menghantui rakyat Sabah dan sehingga kini tiada juga jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  12. pekara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. menceroboh tanah individu lain adalah pekara yang salah. berkenaan isu pati pula, saya harap isu ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  13. Siapa tidak mamatuhi undang-undang, tangkap dan dakwa dia di mahkamah.

    ReplyDelete
  14. Diharapkan isu PATI ini boleh diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  15. Bahana memelihara illegal immigrants dan membiarkan mereka bermaharajalela. Walk the talk politicians as this problem will not, i repeat, WILL NOT go away by itself.

    ReplyDelete
  16. Bahana memelihara illegal immigrants dan membiarkan mereka bermaharajalela. Walk the talk politicians as this problem will not, i repeat, WILL NOT go away by itself.

    ReplyDelete
  17. ini petanda bahawa PATI sudah mula naik kepala dan jika berterusan atau tiada tindakan untuk mengusir mereka, tidak mustahil PATI bakal mengambil alih Sabah. jadi pihak2 yang berkenaan wajib memainkan peranan.

    ReplyDelete
  18. Sekarang PATI semakin menjadi2, apatah lagi kalau diberi pendidikan.. mungkin keadaan semakin teruk...hmmmm...baru dapat IC palsu sudah memandai2...hmmm, tidak sedar diuntung betul!!!!

    ReplyDelete
  19. Jumlah pati sudah ditahap mangancam ketenteraman masyarakat. Tiadakan tegas dan segera perlu diambil kerajaan.

    ReplyDelete
  20. betul2 mengganggu keselamatan dan ketenteraman awam. diharapkan pihak berkuasa dapat menyiasat siapa yang memberikan mereka tanah dan kewarganegaraan.

    ReplyDelete
  21. Sudah tentu rakyat akan marah bila nampak Pendatang tanpa izin ini bermaharajalela di tempat kita. Malah diberikan MyKad serta hak sama taraf seperti bumiputra. Siapa tidak marah?

    ReplyDelete
  22. Pemimpin tidak marah... yang penting dapat undi... he he he...

    ReplyDelete
  23. Itulah kalau mereka terus dibenarkan bermaharajalela di sini.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.