KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) cawangan Sabah telah pun memulakan siasatan berhubung dakwaan wujudnya penyelewengan dalam pemberian kontrak oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Bagaimanapun, pengarahnya Jalil Jaafar berkata siasatan kes berkenaan masih di peringkat awal, dan belum ada individu tertentu yang dipanggil untuk memberi keterangan.
“Kita sudah mulakan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan seminar pengukuhan dan pemantapan tadbir urus terbaik sektor awam Sabah di sini kelmarin.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas status siasatan berhubung kes itu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengarahkan SPRM Sabah untuk menyiasat kes berkenaan.
Jalil berkata SPRM juga sedia untuk menyiasat kes pengambilan batu dari sungai di Kampung Mantob, Kiulu yang dikatakan digunakan untuk tujuan komersial atau pengaspalan jalan raya Pukak-Mantob di daerah Tuaran.
Sebelum ini, aktivis Sosial Pengguna dan Alam Sekitar Datuk Patrik Sindu meminta SPRM supaya menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dalam isu pengambilan batu dari sungai di Kampung Mantob itu.
Patrick berkata aktiviti pengambilan batu dari Sungai Mantob itu jelas tidak mendapat restu atau perakuan Jabatan Perikanan Sabah seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.
Isu pengambilan batu dari Sungai Mantob itu tersebar melalui Facebook baru-baru ini, dan rata-rata mereka yang membacanya merayu pihak berkuasa supaya mengambil tindakan terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti pengambilan batu dari Sungai Mantob.
Wednesday, July 28, 2010
SPRM mula siasat kes pemberian kontrak UMS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebaiknya SPRM melakukan siasatan dgn segera penyelewangan yang berlaku di Sabah. rasuah perlu dihapuskan.
ReplyDeleteharap siasatan dijalankan dan jika benar terdapat penyelewengan, tindakan perlu diambil.
ReplyDeleteDiharapkan SPRM menjalankan penyiasatan secara menyeluruh dan adil.
ReplyDeletepenyelewengan dan rasuah berlaku dimana sahaja. kegiatan inilah yang merugikan negara. banteras habis habisan
ReplyDeleteini memang patut di siasat oleh SPRM. harap dapat keputusan secepatnya.
ReplyDeleteperkara sebegini memang tidak boleh dibarkan saja. ini memang tidak adil kepada para kontartor yang lain. UMS sepatutnya berlaku adil dan tidak mengutamakan orang dalam dahulu.
ReplyDeletesprm wajib mainkan peranan lebih2 lagi kes tersebut telahpun diketahui umum. jangan tunjukkan kepada rakyat kegagalan, tapi tunjuklah kecermelangan.
ReplyDeleteRUBBISH........
ReplyDeleteBaguslah kala dah mula. Harap2 siasatan dapat dijalankan dengan telus supaya kebenaran dapat ditengakkan!
ReplyDeleteSetuju mandau. Rasuah harus dihapuskan supaya semua plan dapat dilaksanakan dengan jayanya. hehe
ReplyDeleteperkara seperti ini harus disiasat dengan teliti sebelum menuduh UMS terlibat dalam penyelewengan.
ReplyDeletekejadian ini sepatutnya dapat membuka mata semua pihak agar lebih telus dan adil dalam melaksanakan tugas
ReplyDeleteSPRM harus menunjukan prestasi yang lebih baik menangani gejala rasuah di negara ini dan bukan hanya mengeluarkan faktar yang diibaratkan syok sendiri tetapi tidak mendapat perestuan rakyak.
ReplyDeleteJika terdapat salah-laku dalam kes ini, jangan teragak-agak mendakwa pihak yang berkaitan tidak kira latarbelakang pesalah itu.
ReplyDeleteKami harap SPRM dapat mengupas segala salah laku dalam kes ini.
ReplyDeleteJika didapati tuduhan ini tidak benar, sekurang-kurangnya orang yang tidak bersalah dapat memulihkan nama baik mereka.
Harap SPRM dapat menyabitkan kesalahan jika terdapat salah laku dalam kes ini.
ReplyDeleteteruskan usaha dan jangan biar ada yang terlepas..
ReplyDelete