Friday, July 9, 2010

SUPP di dalam delima?

Beberapa pemimpin dan aktivis Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) didakwa mula mengasingkan diri mereka daripada cengkaman parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang diterajui oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Ia berikutan kegagalan beberapa menteri Sarawak dari SUPP menghadiri dua majlis besar dengan tema yang sama - 'SeNada SeJiwa' yang dirasmikan oleh Taib di Bintulu dan sebelum itu di Sibu, baru-baru ini.

Setakat ini, belum ada reaksi berhubung keengkaran itu yang jelas membuktikan mereka mula tidak sehaluan dengan Taib yang telah memegang kuasa di Sarawak selama lebih 30 tahun.

Selain dua majlis besar itu, program anjuran Taib yang kecil juga kurang mendapat sambutan daripada perwakilan SUPP. Inidikatakan amat ketara di kalangan ahli dan pemimpin belia serta veteran parti itu.

Penyokong Taib di PBB, khususnya di kalangan Melanau Dayak ternyata berang. Mereka gusar nasib yang menimpa bekas ketua menteri Tun Abdul Rahman Ya'akub yang juga bapa saudara Taib akan berulang.

Rahman, yang mengetuai Sarawak selama 10 tahun ditumbangkan oleh kerajaan persekutuan pada awal 1981.

Ia berikutan selepas SUPP memberi amaran akan meninggalkan kerajaan negeri dan membentuk kerajaan baru dengan Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) tanpa penyertaan PP.

Mereka juga menuntut agar polisi ekonomi pro-Islam yang diterajui Rahman dibubarkan.

Dengan campurttangan perdana menteri ketika itu, Tun Hussein Onn, Rahaman digugurkan tetapi berjaya menuntut dua perkara.

Pertama, melantik anak saudaranya, taib sebagai ketua menteri yang baruu dan kedua- menjadikannya sebagai tuan yang dipertua Sarawak. -MK

4 comments:
Write comments
  1. Jika suatu parti berniat untuk berkhidmat untuk rakyat, tidak perlu sering melompat ke sini, sana ataupun menubuhkan parti baru. Tengoklah Jeffrey Kitingan, lompat sini sana dan membuat parti baru, akhirnya balik ke PR juga, tidak nampak pun apa apa perkembangan yang dia lakukan.

    ReplyDelete
  2. ahli2 parti seharusnya bersatu, apa2 permasalahan hendaklah diselesaikan dg ncara baik.

    ReplyDelete
  3. jika ada peselisihan pendapat ianya boleh diselesaikan melalui rundingan..apa yang penting adalah memperjuangkan hak rakyat...

    ReplyDelete
  4. cuba untuk lebih matang dalam hal politik. bersatulah untuk menjadi negeri yang kuat dibawah kepimpinan bersama.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.