Thursday, July 8, 2010

PBS siap sedia hadapi pilihan raya ke-13

http://www.pbs-sabah.org/pbs3/images/jpgs/pbslogo.jpgParti Bersatu Sabah (PBS) kini bersiap sedia memainkan peranan sebagai anggota komponen Barisan Nasional bagi memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang, kata Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah turut mengingatkan anggota parti berkenaan supaya mengambil ikhtibar di atas tsunami politik yang berlaku pada pilihan raya umum lepas.

“Sehubungan itu, Barisan Nasional (BN) harus bersedia menghadapi Pilihanraya Umum, dan kita di peringkat PBS telah dan sedang mengambil langkah-langkah bagi menghadapi pilihanraya Umum Ke-13 yang mungkin akan diadakan pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Khemah Kerja 1PBS Bahagian-bahagian Zon Utara di Dataran Bengkoka, di sini, kelmarin.

Pairin berkata, peringatan Perdana Menteri iaitu ‘BN harus berubah jika mahu terus mendapat sokongan daripada rakyat, atau rakyat akan mengubah kerajaan’ begitu memberikan kesan yang menjadi peringatan terhadap keinginan dan aspirasi rakyat.

“PBS adalah seperti dalam pasukan bola sepak Barisan Nasional yang bertanding dalam Piala Dunia dan matlamat kita adalah menjaringkan gol, dan untuk itu persefahaman di antara pemain harus ada dalam usaha mencapai kejayaan.

“Kita sudah memilih BN sebagai pasukan kita, dan BN lah pasukan yang kita sokong. Posisi ketua pasukan, penjaga gawang, barisan pertahanan pasukan Barisan Nasional sudah berganti dengan yang baru dan yang menggantikan itupun adalah yang kita sukai dan kita perlu setia serta memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi,” katanya.

Katanya lagi: “Najib adalah Perdana Menteri yang benar-benar prihatin kepada rakyat negeri Sabah dan Sarawak kerana sebahagian daripada program transformasi kerajaan adalah menumpukan kepada usaha mentransformasikan Sabah dan Sarawak sebagai negeri maju”.

“Ini dikuatkan lagi dengan penglibatan pakar daripada pelbagai bidang menerusi makmal yang diketuai oleh Datuk Idris Jala yang memperlihatkan kesungguhan Najib untuk mencapai objektif berkenaan, selain kerap kali turun padang untuk mendengar luahan hati rakyat,” katanya.

Pairin berkata, usaha itu haruslah disokong tanpa berbelah bahagi oleh rakyat bagi memastikan kesinambungan pembangunan di negeri ini.

Khemah kerja selama tiga hari yang berakhir kelmarin, diadakan bersempena sambutan Ulangtahun PBS Ke-25 yang dihadiri oleh 250 perwakilan daripada lapan Bahagian Zon Utara iaitu Bahagian Banggi, Tanjung Kapor, Pitas, Matunggong, Tandek, Tempasuk, Usukan dan Kadamaian.

Sementara itu, seramai 1,919 orang telah mendaftar sebagai anggota baru PBS daripada lapan Bahagian tersebut, manakala seramai 40 orang penyokong setia parti berkenaan turut menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pairin.

Turut hadir Timbalan-timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Maximus J Ongkili, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, dan Almudin Kaida, Setiausaha Agung PBS, Datuk Henrynus Amin, Naib-naib Presiden PBS, Datuk Herbert Timbon Lagadan, Pembantu Menteri Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Pengguna, dan Rakam Sijim, serta Adun Tandek, Anita Baranting, Adun Matunggong Sarapin Magana, Adun Kundasang, Dr. Joachim Gunsalam dan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Bolkiah Ismail. -NST

16 comments:
Write comments
  1. itulah yang sebaik-baiknya dilakukan jika ingin terus kekal sebagai pilihan rakyat.. lakukan perubahan sebelum rakyat yang melakukan perubahan.

    ReplyDelete
  2. Baguslah tu, persiapan yang lengkap perlu ada jika ingin mendapatkan keputusan yang baik bila pilihan raya nanti.

    ReplyDelete
  3. Jangan terlalu confident nanti kecundang macam Germany! Apa yang penting jalankan tugas dengan sungguh2, dan dengan jujur untuk tujuan pembanggunan bersama.

    ReplyDelete
  4. persediaan awal perlu ada, semgat berpasukan juga penting untuk memastikan matlamat tercapai. harap dalam pilihanraya nnti, ia memberi kelebihan kepada PBS-BN

    ReplyDelete
  5. semangat berpasukan perlu kuat bagi mencapai kejayaan dalam PRU..terus berkhidmat untuk rakyat dan menjaga kepentingan rakyat..

    ReplyDelete
  6. PBS-BN akan terus mendapatkan sokongan rakyat. rakayt akan terus mneyokong mereka jika mereka prihatin terhadap rakyat.

    ReplyDelete
  7. memang semua party bersedia untuk PRU13 yang dinantikan itu. harap PBS/BN menjadi pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  8. Parti kompenan BN harus bersedia lebih awal dari sekarang unutk menangi PRU13 ini. janga lalai dan leka dengan tugas yang diberikan.

    ReplyDelete
  9. saya setuju dengan komen 2718...seharusnya perubahan atau peningkatan kepada sesuatu yang lebih baik untuk rakyat harus dilakukan sebelum rakyat bertindak..

    ReplyDelete
  10. seruan Tan Sri Joseph Pairin haruslah diambil serius oleh semua ahli parti PBS agar pada PRU13 nanti, BN akan lebih bersedia...

    ReplyDelete
  11. I hope PBS has enough preparation for the coming GE13..

    ReplyDelete
  12. yang paling penting sekali kerajaan atau parti pemerintah dan parti2 komponen yang lain sentiasa berkerjasama secara berpasukan bagi memastikan kehidupan rakyat sentiasa berada dalam keadaan baik manakala ekonomi negara pula digerakkan bagi memastikan pertumbuhannya berada dalam keadaan sihat dan mapan.

    ReplyDelete
  13. Berkhidmatlah dengan sepenuh hati, rakyat pasti boleh merasakannya.

    ReplyDelete
  14. Penyediaan awal yang cukup merupakan salah satu faktor mendapat kemenangan.

    ReplyDelete
  15. Bau pilihanraya makin tebal dan boleh dirasai. Harap kali ini rakyat Sabah dapat membuat pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
  16. BUkan saja parti politik yang bersiap-sedia, rakyat juga harus berbuat demikian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.