Aksi ‘Superman’ yang dipertontonkan dua samseng jalan raya di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) di sini, tidak bertahan lama selepas mereka ditahan pihak berkuasa dalam satu operasi, malam kelmarin.
Malah, kedua-dua Mat Rempit terbabit pada awalnya langsung tidak menyedari kehadiran beberapa anggota termasuk pegawai polis dari Unit Kuat Kuasa Khas (U3K) Trafik Kuala Lumpur yang berpakaian preman melakukan operasi.
Bagaimanapun, sebaik menyedari kehadiran polis, mereka yang menunggang motosikal Yamaha RXZ cuba meloloskan diri, namun ditahan berhampiran persimpangan Bandar Dalam.
Ketua U3K Trafik Kuala Lumpur Asisten Superintendan Azmi Wahid, berkata operasi itu dinamakan ‘Ops Samseng Jalan raya’ dan bermula kira-kira jam 11 malam.
“Dengan kekuatan 10 anggota termasuk pegawai dari U3K, kami menyasarkan lokasi sekitar lebuh raya itu bagi membanteras kegiatan tidak bermoral termasuk lumba haram selain mengesan pemandu yang memandu melulu.
“Sejumlah kenderaan diperiksa dan 26 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk cukai jalan tamat tempoh, nombor pendaftaran ‘fancy’ dan kesalahan lain,” katanya.
Azmi berkata, dalam operasi yang tamat kira-kira jam 1.30 pagi itu, dua lelaki berusia 22 dan 25 tahun terbabit ditahan kerana menunggang secara melulu dan berbahaya. “Kedua-dua mereka ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Trafik Jalan Bandar bagi siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -Hm
Saturday, July 31, 2010
2 'Superman' ditahan ketika beraksi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Diharapkan pihak polis akan terus memberkas Mat Rempit ini dan menjatuhkan hukuman berat ke atas mereka. Bukan hanya tindakan mereka ini membahayakan nyawa sendiri, tapi juga membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
ReplyDeletekegiatan mat rempit kini semakin berani dan menjadi jadi. pihak polis perlu membuat lebih byk operasi bagi membendung kegiatan yang membahayakan diri dan orang lain ini.
ReplyDeletetindakan tegas perlu dikenakan ke atas mat rempit berkenaan. aktiviti mereka menunggang motor secara berbahaya, mengancam keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
ReplyDeleteApalah mereka sedang buat? Malulah, hilang otak dah?
ReplyDeletekesian kepada para mat rempit sekarang ni. apa pun, pihak berkuasa harus menagani masalah ini.
ReplyDelete