Gara-gara tidak mampu menanggung hutang yang menimbun, seorang suri rumah nekad membunuh diri dengan mengurung diri di dalam kereta yang dipenuhi asap ekzos kenderaan berkenaan di sini semalam.
Koh Guat Suan, 42, dari Taman Intan di sini ditemui mati di tempat duduk pemandu kereta Ford Laser dipercayai milik suaminya oleh orang awam yang berjoging di taman rekreasi berhampiran pada pukul 7.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Teluk Intan, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian setelah dimaklumkan orang awam mendapati wanita itu sudah tidak bernyawa.
"Enjin kenderaan tersebut masih dihidupkan dan terdapat paip getah di bahagian tempat duduk belakang yang disambungkan dengan ekzos kenderaan itu.
"Sepucuk surat dalam bahasa Cina yang meluahkan kekecewaan mengenai masalah kewangan kronik yang ditanggung turut dijumpai di dalam kereta itu," katanya kepada Kosmo! semalam.
Sehubungan itu, Kok Liang berkata, pihak polis percaya kematian Guat Suan bermotifkan bunuh diri dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Teluk Intan di sini untuk dibedah siasat.
Menurut beliau, pihak polis percaya kematian mangsa disebabkan terhidu gas monoksid dari ekzos kenderaan terbabit dan bukan mati dibunuh. -Kosmo
tak perlulah nak membunuh diri kerana berhutang.
ReplyDeletepekara ini menjadi pengajaran agar kita semua bijak dalam mengurus kewangan sendiri. jangan sampai menyusahkan diri kerana bebanan hutang yang melampau..
ReplyDeleteCommitting suicide will not resolve anything. Such a waste to just die like that leaving behind all her love ones. She should had talk to her family about her financial problems and get some help from them. The moral here is people should learn to plan their financial properly to avoid being in debt and learn to appreciate their life. You only live once so don't screw it up!
ReplyDeletePasal apa hutang bertimbun? Hutang sendiri tapi tidak berani menanganinya, sekarang dah meninggal, sampailah ahli keluarga yang perlu menanggung hutang dia.
ReplyDeletekesian juga dengan isu ini. jadi berhutang itu agak-agaklah. ukur baju di badan sendiri.
ReplyDeletethe moral here is, jangan biasakan diri berhutang walaupun dalam jumlah yang sedikit.. dan jangan terburu2 mengambil tindakan yang diluar kewarasan fikiran.
ReplyDeleteJadikan ini sebagai ajaran ataupun amaran, janganlah berhutang.
ReplyDelete