Thursday, July 15, 2010

CALON DE FACTO SEMAKIN DAPAT SOKONGAN

PENERAPAN isi kandungan ‘Pelan Transformasi PKR Tenom’ yang telah dilancarkan di Hotel Perkasa Tenom baru-baru ini, kini semakin rancak dijalankan sehingga ke pelusuk kampung di mana ternyata pelan itu mendapat sokongan positif yang amat menggalakkan di kalangan para ahli PKR di peringkat akar umbi.


Meskipun gerakan majlis penerangan itu dilaksanakan secara perlahan dan berkumpulan namun penerimaan masyarakat di peringkat akar umbi khususnya ahli PKR tetap jelas bagi mereka (akar umbi) bahawa keujudan PKR bukanlah semata-mata faktor Dato’Seri Anwar Penasihat PKR seperti dakwaan pihak tertentu sebelum ini.

Malahan perjuangan PKR adalah sebagai landasan alternatif pilihan rakyat bagi menggantikan kerajaan UMNO/BN yang sudah menyimpang jauh dari asas perjuangan asalnya. Rakyat tiada pilihan lain selain memilih PKR untuk menerajui kerajaan menggantikan UMNO/BN selepas PRU13 akan datang ini.

Jika UMNO/BN dibiarkan terus memerintah selepas PRU13, jelaslah kepada rakyat bahawa kenyataan Menteri di JPM, Dato’Idris Jala seorang tokoh korporat yang meramalkan negara akan muflis menjelang tahun 2019 jika keadaan kerajaan sekarang terus menerajui kerajaan akan menjadi realiti.

Penjelasan tersebut dinyatakan calon Ketua Cabang PKR Tenom dalam pemilihan parti itu pada September ini, Ambrose Mail Mathew (AMM) dalam satu pertemuan beberapa ahli PKR di Kg Kaparungan Kuala Tomani pada Rabu di kediaman mantan Kategis Roman Katholik, Daniel Kalingang.

AMM menegaskan bahawa, adalah menjadi sia-sia berjuang dalam PKR jika setiap pilihanraya calon parti itu sering mengalami kekalahan hanya kerana rakyat khususnya pengundi pengundi tidak faham mahupun mereka tidak jelas dengan matlamat perjuangan PKR sebelum ini sebagai punca mereka tidak mengundi PKR.

Lebih kesal lagi apabila mereka (akar umbi) hanya tahu dan menggambarkan bahawa PKR berjuang atas faktor DSAI semata-mata yang mereka anggap tidak begitu penting berbanding matlamat yang diperjuangkan UMNO/BN yang konon menfokus kepada kebajikan rakyat jelata.

“Inilah isunya yang perlu kita perbetulkan bermula dari sekarang, kerana jentera bahagian kita sebelum ini tidak cukup mantap, pemimpin (Ketua Cabang) tidak turun padang malah tiada perancangan langsung. Macam mana boleh menang dalam pilihanraya kalau mesej objektif parti kita tidak sampai ke kawasan akar umbi,” tegas AMM.

“Kita tidak mahu menerima pelbagai alasan yang berbelit-belit dari Ketua Cabang selepas tewas dalam pilihanraya konon UMNO/BN guna wang pancing pengundi, wujud pengundi hantu dan banyak lagi tetapi itu semua perkara ibarat dalam minit mesyuarat terkandung dalam minit ‘hal-hal lain’.” Tambahnya lagi.

Beliau mengaskan bahawa pemilihan PKR di sini yang dijangka pada september ini amat penting bagi para perwakilan agar memilih pemimpin yang benar-benar boleh menggembleng tenaga dan fikiran bagi merobah prinsip perjuangan PKR ke arah yang lebih dinamik supaya mampu bersaing dan merobek pertahanan UMNO/BN pada PRU13 kelak.

Dalam pada itu, Daniel Kalingang selaku wakil bagi rakan-rakan yang lain dari Kg Marais Baru, Angkarap Ambangok, 43; Pakot Tumuu, 55, dari Kg Kuala Tomani dan Ohoron Kayu, 65; berikrar akan tetap menyokong AMM untuk merebut jawatan Ketua Cabang PKR pada September ini.

“Kami mahu kemajuan dan kemenangan PKR pada PRU13 dan begitu juga saranan yang terkandung di dalam Pelan Transformasi yang dijelaskan AMM kami amat setuju dan menyokongnya,” tegas Daniel Kalingang sambil berjanji akan bergerak dari rumah ke rumah di kawasan di Mukim Kuala Tomani untuk menyedarkan ahli-ahli PKR.

Oleh: JACKSON LU (sabahkini)

17 comments:
Write comments
  1. Jangan mengabaikan harapan serta sokongan daripada rakyat jelata. Parti mana yang menang pilihan raya, diharapkan mereka akan berkhidmat pada rakyat dengan ikhlas.

    ReplyDelete
  2. harap parti yang memerintah dpt memberi pembangunan kepada rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  3. Mana-mana parti yang menang PRU13 harus sentiasa turun padang dan meneliti keperluan rakyat. Ia adalah penting untuk mengutamakan rakyat. Semoga pemimpin tidak akan mengabaikan tanggungjawab mereka.

    ReplyDelete
  4. jangan lepaskan tanggunjawab sebagai pemimpin yang dipilih oleh rakyat. PRU13 memnetukan siapa yang layak untuk menjadi pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  5. rakyat lebih tahu pemimpin yang mereka inginkan..pemimpin perlulah tahu memenuhi keperluan rakyat dan mampu memberikan pembangunan kepada mereka.

    ReplyDelete
  6. samada umno/BN atau pembangkang, masing2 mengetengahkan perjuangan untuk kebaikan rakyat dan negara. namun kesilapan atau kecuaian yang dilakukan bukanlah disebabkan parti, tetapi disebabkan oleh pemimpin2 yang telah menyimpang agenda politiknya untuk kepentingan diri sendiri. oleh itu sebelum meyakinkan dan menyedarkan rakyat, lakukan itu kepada pemimpin dahulu... berkempen untuk pemimpin sebelum berkempen untuk rakyat.

    ReplyDelete
  7. rakyat kena memastikan yang pilihan mereka benar2 tepat. jgn smpai tersilap pilih.

    ReplyDelete
  8. Soon it will be GE13th. I hope the people are well-ready and prepare..

    ReplyDelete
  9. Kedua-dua parti yang akan bersaing dalam PRU 13 nanti, teruskan usaha.

    ReplyDelete
  10. Jelas PKR sudah mengatur strategi untuk meraih sokongan rakyat dari kawasan pendalaman Sabah. Pekara ini tidak boleh dipandang remeh oleh BN kerana banyak kelemahan dalam pengagihan sumber kepada rakyat terutamanya di kawasan pendalaman.

    ReplyDelete
  11. Faktar apa yang menyokong kenyataan ini? Kadangkala ini tidak dapat dinilai dengan pandangan mata.

    ReplyDelete
  12. Keputusanya hanya dapat diketahui pada Pilihan Raya akan datang samada ia benar-benar dapat sokongan.

    ReplyDelete
  13. Kita pilih yang terbaik untuk kita, untuk negeri ini.

    ReplyDelete
  14. Jangan terlalu menwar-warkan terhadap seseorang pemimpin walaubagaimana ia berkemampuan. Tetap ada yang lebih baik akan muncul.

    ReplyDelete
  15. Rakyat yang akan memberi markah pada kedua barisan itu supaya yang terbaik akan dipilih.

    ReplyDelete
  16. Siapa calon de factor itu? Tak kenal pun macam mana mau sokong?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.