IDRIS Panglima Siat yang beberapa minggu lalu menggemparkan kaum Anak Negeri Sabah dengan tindakan beraninya menyita tanah yang dipohon olehnya bersama rombongan tetapi kesemua gerannya telah dipindahmilik kepada seorang taukeh, kononnya melalui penipuan; telah mendedahkan kepada krew Sabahkini.net satu lagi tindakan beraninya yang selama ini dirahsiakan olehnya.
Menurut Idris, sebelum menyita tanah yang dipindahmilik dengan cara penipuan dia memaklumkan krew Sabahkini.net bahawa lebih awal dia telahpun membuat laporan kepada pihak Polis tentang jenayah Dato’ Hon Chung Lip yang didakwa olehnya sebagai dalang yang telah memindahmilik tanah dipohonnya bersama keluarga, menggunakan satu Sijil Anak Negeri palsu.
Idris menambahkata bahawa, di samping menyerahkan Notis Keluar kepada penceroboh-penceroboh dan penghuni-penghuni yang berada dalam kawasan tanahnya, dia telah menuntut Dato’ Hon Chung Lip supaya menyerahkan balik salinan asal geran tanahnya kepada Peguam yang telah dilantik olehnya.
Idris dipetik berkata bahawa Dato’ Hon Chung Lip yang memiliki Sijil Anak Negeri kononnya dikeluarkan daripada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu asalnya adalah seorang warganegara dan lahir di negara China; kemudian mendapat status Warganegara Malaysia melalui kuatkuasa undang-undang. Kedua ibu bapa Dato’ Hon Chung Lip adalah warganegara China.
Oleh kerana mengetahui etika kerja kakitangan Mahkamah Anak Negeri yang sewenangnya sesuka hati memberi pengiktirafan kepada orang luar seperti Dato’ Hon Chung Lip yang tidak ada setitikpun mempunyai darah keturunan Anak Negeri tetapi diberikan status anak negeri semata-mata bagi membolehkannya membeli dan memiliki tanah dibawah syarat NT; maka Idris mengambil tindakan sendiri dengan masuk dan merampas pentadbiran dan menyita tanah yang telah dikeluarkan geran atas namanya tetapi dipindahmilik kepada nama Dato’ Hon Chung Lip.
Siasatan krew Sabahkini.net mendapati penama Hon Chung Lip, taukeh dengan gelaran ‘Dato’ telah banyak membeli tanah NT sekitar Daerah Sandakan, Kinabatangan dan Labuk Sugut menggunakan Sijil Anak Negeri tersebut.
Di samping menjadi Pengarah kepada beberapa buah syarikat yang berkecimpung dalam bidang pertanian, Dato’ Hon Chung Lip juga adalah pemaju harta tanah.
Antara syarikat berdaftar miliknya adalah Golden Apex Sdn Bhd., Syarikat Pertama Kayu Balak dan Melangking Oil Palm Plantation Sdn. Bhd.
“Saya amat hairan bagaimana Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri di Kota Kinabalu boleh keluarkan Sijil Anak Negeri kepada Hon Chung Lip sedangkan dia lahir di negeri China dan kedua ibubapanya bukan orang Malaysia,” ujar Idris dengan nada penuh kesal.
Thursday, July 22, 2010
LAPORAN POLIS ‘DATO’ GUNA SIJIL ANAK NEGERI PALSU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Macam pernah dengar pasal ini tidak lama sebelum ni.
ReplyDeleteharap pekara ini dapat diselesaikan..
ReplyDeletehal ini perlu disiasat dgn teliti.
ReplyDeleteMARI KITA SAMA SAMA BERHARAP. BERHARAP SAJALAH YANG KITA BOLEH BUAT. TIDAK ADA YANG TIDAK BERHARAP MELAINKAN BERHARAP HARAP BELAKA .....
ReplyDeleteTapi apa-apa pun, diharapkan pihak berkaitan akan menyiasat kes ini dan bertindak terhadap mereka.
ReplyDeletejika benar Mahkamah Anak Negeri memberikan pengiktirafan status tersebut, tidak mustahil banyak kes2 seperti ini telah berlaku tapi tidak dilaporkan.
ReplyDeleteAnother SAN story? Oh my god..How many are they having obtained Sijil Anak Negeri back door? This should be investigated with immediate effect.
ReplyDeleteSelepas Hon, entah siapa lagi akan dilibatkan???
ReplyDeleteIsu SAN lagi, tiada lain ceritakah?
ReplyDeleteKalau benar palsu, harap pihak berkenaan cepat bertindak.
ReplyDeleteApakah keputusan siasatan polis berkaitan laporan ini?
ReplyDeleteSekarang kita hanya boleh tunggu penjelasan dan siasatan lanjut.
ReplyDeleteBanyak laporan berkenaan SAN tetapi semua laporan yang dibuat macam layang-layang putus talinya tiada penjelasan berlanjutan.
ReplyDeleteSijil anak negeri palsu? Macamana boleh palsu? Kalau palsu kenapa boleh digunakan untuk membeli tanah NT?
ReplyDeleteAsyik isu yang sama disebut-sebut.
ReplyDeleteBagaimana transaksi penjualan tanah boleh dilakukan dengan sijil anak negeri yang palsu? Jb Tanah tidak memeriksa kesahihan sijil sebelum tanah ditukar milik?
ReplyDeleteIni bukan sijil palsu tetapi sijil yang dikeluarkan dengan cara tidak sah.
ReplyDeleteSijil Anak Negeri pun boleh dipalsukan? Teruknya.
ReplyDeleteBerbulan-bulan pekara ini diungkit dan belum nampak cara penyelesaian.
ReplyDeleteBenarkah dato tersebut diatas berasal dari China?
ReplyDelete