CERAMAH khas beberapa orang Majlis Pimpinan Pusat daripada Kuala Lumpur akan diadakan pada 17 Julai ini bertempat di Kuala Tomani, Tenom; diketuai oleh Chegubard (Badrul Hisham Shaharin) yang akan diiringi oleh Pengerusi Pimpinan PKR Negeri Sabah, Ahmad Tamrin Haji Jaini.
Dalam satu kenyataan kepada Sabahkini.Net, Ketua Biro Info dan Komunikasi, Halik Zaman mengatakan, "Namanya pun 'turun padang', rombongan mesti dibawa berjumpa penduduk-penduduk kampung dan menerangkan halatuju PKR di kampung-kampung serta melihat sendiri kedaifan orang kampung; agar PKR dapat merubah cara hidup mereka apabila Pakatan Rakyat memegang tampuk Kerajaan Malaysia kelak.”
Kata Halik lagi, besar kemungkinan ramai yang bukan ahli serta yang masih di atas 'pagar' akan turut hadir untuk mendengar penerangan dari para pemimpin Majlis Kepimpinan PKR Pusat kerana mereka ingin tahu halatuju PKR sebenarnya daripada pimpinan Pusat.
Bila diasak bertalu-talu oleh Krew Sabahkini.Net kepada Halik, adakah ceramah tersebut ada kena mengena dengan pemilihan Ketua dan AJK Cabang PKR Tenom, Halik menjawab ringkas bahawa isu pemilihan Ketua Cabang PKR Tenom itu tidak penting, yang penting rakyat Tenom faham hala tuju PKR dan Pakatan Rakyat.
Bila ditanya adakah beliau bercadang mahu jadi Ketua Cabang PKR Tenom? Halik menjawab, "Pentingkah perkara itu? Atau lebih penting memantapkan kepercayaan rakyat kepada PKR?"
"Penerangan yang akan dibuat oleh semua penceramah termasuk saya, tidak akan menyentuh atau berkisar tentang siapa yang mahu jadi Ketua Cabang, tetapi ia berkisar secara khusus untuk memberi kefahaman kepada rakyat tentang 'halatuju PKR' dan mengalu alukan ahli ahli baru menyertai PKR," terang Halik.
Halik yang merupakan tenaga penggerak Info dan Komunikasi PKR Negeri menerangkan, jangan tanya beliau perkara yang remeh-temeh, sebaliknya tanyalah kekuatan PKR di pedalaman.
“Saya akan jawab, sebelum ayam berkokok, para pemimpin PKR mesti bangun berkerja kuat untuk memantapkan kefahaman rakyat kepada perjuangan Pakatan Rakyat, insya-Allah kita akan berjaya memerintah," jelas Halik menguntum senyum.
Oleh : KREW SABAHKINI.NET
PR dan BN perlu mendapatkan penyokongan rakyat buat masa ini, tapi untuk keputusan muktamat, kenalah tunggu sehingga PRU-13.
ReplyDeletepara pemimpin perlu mendekati rakyat jika nak mendapatkan sokongan.
ReplyDeletekepada mana-mana parti, saya hanya harapkan yang terbaik untuk rakyat. rakyat tahu siapa yang berjuang untuk mereka dan rakyat akan membuat pilihan dalam PRU nanti.
ReplyDeletenampaknya PKR semakin aktif di Tenom, malah semakin ramai ahli2 baru yang menyertai PKR. tahniah dan teruskan perjuangan.. umno/BN perlu memberi respon kepada saingan ini dan lakukan usaha2 yang sama seperti PKR disamping menyelesaikan masalah2 rakyat sebelum tiba PRU13.
ReplyDeleteBN haruslah juga aktif untuk menemui rakyat. jangan berdiam sahaja.
ReplyDeletePKR semakin dpt sokongan rkyat di Tenom. BN jgnlah diamkan diri ja.
ReplyDeleteAktif tidak bermakna disokong kuat. Kalau ingin dapat sokongan padu, mesti kerja kuat. BN mesti juga bekerja kuat supaya tidak ketinggalan.
ReplyDeleteSiapa inginkan kejayaan dalam kareer politik, rajin turun padang dan tekun mendengar keluhan rakyat terus bantu rakyat menyelesaikan masalah. Rakyat sokong .
ReplyDeleteBN jangan terlalu yakin dengan kedudukan sendiri. Rakyat bila-bila boleh berubah. oleh itu, ambillah tindakan seharusnya janga biarkan PKR racuni fikiran rakyat.
ReplyDeleterajin juga pkr. bekerja sebelum ayam berkokok. masih gelap lagi, boleh nampakah? jangan terjatuh dalam parit.
ReplyDeleteI find this hard to believe. But if the BN boys doesn't buck-up, they will regret for being over-confident..
ReplyDeleteUntuk bersaing dengan PKR yang rajin dan sanggup bangun awal pagi, Bn kenalah bekerja 24 jam tanpa berhenti.
ReplyDeleteBetulkah begitu awal sudah ada yang keluar kerja untuk rakyat? Kalau benar, tentu dia banyak dapat sokongan.
ReplyDeletesebelum ayam berkokok, semua masih nyenyak tidur kecuali kelawar yang aktif memburu serangga.
ReplyDeleteSiapa dari PKR yang mendekati rakyat sebelum ayam berkokok? Dia bangun pagi tapi rakyat masih lagi tidur, itu nama menggangu!!
ReplyDeleteKena rajin turun padang, baru rakyat akan sentiasa menyokong. Jangan haraplah rakyat mo sokong kalo langsung tidak dipandang dan dibantu.
ReplyDelete@shahili: Yakan..memang menganggu tue namanya kalo mnedekati rakyat sebelum ayam berkokok..Hahaha..
Baik jangan ganggu saya sebelum ayam berkokok. Time paling syok tidur.
ReplyDeleteWork and work 24/7 and no play if you want to be the most supported leader..:)
ReplyDeleteJangan over konfiden ba... pelan2 lah babe, sama2 kitra tengok apa kejadian next GE nanti.
ReplyDeleteBetul Jonny, muktamadnya nanti time pru13.. sekarang ni boleh lah cakap besar. hehehe
ReplyDeleteSaya setuju para pemimpin harus mendekati rakyat, dengar setiap keperluan dan paling penting penuhi permintaan mereka seadanya. Cuma tak payahlah buat gimik sebelum ayam berkokok ba... alahai, masih lagi ramai yg tidur. hehehe
ReplyDeleteSetuju Ted Medresher. UMNO/BN juga harus berusaha buktikan pada rakyat bahawa mereka sememangya sentiasa mengutamakan rakyat bg memastikan rakyat terus memberi sokongan padu :)
ReplyDeleteApapun sama-samalah kita tunggu apa kejadiannya nanti k :)
ReplyDeleteSemoga semuanya baik-baik belaka.
Setuju pemimpin harus sentiasa mendekati rakyat tapi janganlah terlalu awal. Manalah dapat jumpa rakyat sedangkan semua tidur nyenyak.
ReplyDeleteKalau benar kerajinan ahli politik bekerja sebelum ayam berkokok, itu memang keberkatan rakyat.
ReplyDeleteKomponen BN harus berwaspada dengan perubahan pembangkang yang kian mendekati rakyat terutamanya yang di pendalaman.
ReplyDeleteSebelum dapat undi memanglah rajin. Tidak tahulah selepas itu.
ReplyDeleteSiapa yang rajin dia yang dapat habuan.
ReplyDelete“Saya akan jawab, sebelum ayam berkokok, para pemimpin PKR mesti bangun berkerja kuat untuk memantapkan kefahaman rakyat kepada perjuangan Pakatan Rakyat, insya-Allah kita akan berjaya memerintah," jelas Halik menguntum senyum.
ReplyDeleteJika pemimpin PKR benar kerja seperti apa yang dikatakan diatas, harap pemimpin BN juga dapat berbuat demikian.
Rajin rajin rajin. Bangun pagi kerja keras.
ReplyDeleterakyat suka maka dapat undi.