Sunday, July 11, 2010

RIAK KECIL MENUJU TSUNAMI POLITIK?

KUNJUNGAN Ketua dan Jawatankuasa Info & Komunikasi PKR Negeri bergabung dengan AJK PKR Cabang ke Estate Kemabong Tenom, nampaknya membuahkan hasil yang lumayan dengan kehadiran penduduk setempat yang berpusu-pusu hadir untuk mendaftarkan diri mereka sebagai ahli PKR Cabang Tenom.


Ketidak-percayaan mereka terhadap kepimpinan UMNO/BN telah menyebabkan mereka memberikan ruang seluas-luasnya kepada kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat untuk memimpin mereka.

Hadirin yang hadir dengan penuh semangat untuk menyatakan sokongan mereka terhadap Pakatan Rakyat dan menyerahkan nasib mereka untuk dipimpin oleh kepimpinan Pakatan Rakyat.

Keinginan penduduk setempat untuk berubah telah lama terpendam dan kini mereka merasakan inilah masanya untuk mereka bertindak dengan mengubah haluan dengan menyertai PKR.

Dalam pada itu, Zack Jaidie yang mewakili anak-anak muda menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan PKR kerana menurut beliau, anak-anak muda bukan lagi mudah untuk diperalatkan oleh sesetengah pihak.

“Kini banyak maklumat yang anak-anak muda boleh perolehi melalui media alternatif terutama, mengenai perkembangan politik tanah air dan kekejaman BN melayan rakyat Sabah,” kata Zack yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini berhubung isu semasa.

Begitu menakjubkan melihat penduduk di estate berkenaan bersabar menanti giliran untuk didaftarkan sebagai ahli PKR Cabang Tenom sekalipun terpaksa berbarisdan senarionya seolah-olah mahu membuang undi, ketika pilihanraya masih jauh.

Menurut seorang suri, Sarina, mereka sudah hilang sabar dengan Kerajaan UMNO/BN kerana tidak dapat menangani kos hidup yang begitu melambung tinggi. Sebagai kaum wanita yang terpaksa menanggung kenaikan kos hidup sudah bosan dengan janji-janji pilihanraya BN.

“Bila BN sudang menang kami terus dilupakan. Kami sudah bosan untuk percaya dengan BN. Sudah empat penggal pemerintahan UMNO/BN kami beri peluang, namun perubahan yang kami nantikan tidak kunjung tiba," kata Sarina lagi.

10 comments:
Write comments
  1. umno/bn perlu melihat kejayaan2 PKR ini sebagai saingan yang mesti dihadapi jika tidak mahu jadi pembangkang selepas PRU13 nanti. tunaikan janji, kerap turun padang dan beri penjelasan kepada rakyat untuk memperbetulkan keadaan.

    ReplyDelete
  2. Ketidak-percayaan terhadap kepimpinan UMNO/BN sabah telah memberikan ruang seluas kepada kepimpinan PKR dan Pakatan Rakyat untuk memimpin mereka. Perlukah perkara ini berlaku?

    ReplyDelete
  3. nampaknya PKR semakin mendapat sokongan daripada penduduk Tenom, BN tidak seharusnya mendiamkan diri, mereka harus membuat sesuatu untuk mendapatkan lagi sokongan penduduk Tenom.

    ReplyDelete
  4. BN perlu berusaha lebih gigih lagi jika mahu terus mendapat sokongan rakyat di Sabah. berikan lebih perhatian lagi tentang permintaan dan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  5. Hopefully PKR will CONTINUOUSLY help these people if they happen to win the election.

    ReplyDelete
  6. Persaingan sihat dan adil antara PR dan BN adalah diperlukan jika ingin mendapatkan sokongan rakyat. Kita tidak mahu sokongan dan undian kita didapati dengan taktik kotor.

    ReplyDelete
  7. Walauapapun, undi masih lagi rahsia, oleh itu jangan terlalu yakin, berbuat lah sesuatu untuk rakyat agar tidak kecundak pada hari pilihan raya yang akan datang.

    ReplyDelete
  8. sekiranya PR yang memimpin..adakah semua itu akan selesai atau lebih teruk pemerintahannya dari BN??adakah hak rakyat terjamin atau janji tinggal janji?? bukan senang untuk memimpin ini. PR nanti bolehkah mereka memberi apa yang rakyat mahukan. Mulut manis macam gula, habis manisnya hilang lagi janji kepada rakyat. sekejap saja kata yang PR itu katakan. lepas itu hilang tidak ada kesudahan. Rakyat FIKIR kan dan FIKIR lagi..

    ReplyDelete
  9. jangan terlalu yakin PKR dan PR..Rakyat masih ada pilihan. BN masih boleh berdiri untuk rakyat..

    ReplyDelete
  10. BN khususnya parti KDM dikawasan berkenaan harus menguatkan perkhidmatan di kawasan tersebut supaya tidak dipinggirkan rakyat pada pRU akan datang.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.