SELEPAS PKR cabang Tenom dikatakan oleh banyak pihak sedang dalam gelombang kehangatan berkempen untuk merebut jawatan Ketua Cabang timbul pula satu cerita yang membuatkan para ahli dan perwakilan PKR disini dalam delima dimana kononnya Gonsubin dan Halik sudah meletakkan jawatan sekaligus bukan ahli PKR lagi.
Malah cerita tersebut turut disahkan oleh Adris Taripin Penolong Setiausaha Perhubungan MPN PKR Negeri Sabah ketika dihubungi mantan Setiausaha Cabang PKR Tenom Majiadih O.T.Matalih pada Rabu, iaitu sejurus beliau mendapat maklumat itu daripada ahli PKR Kuala Tomani.
Gambar – Majiadih O.T. Matalih, mantan Setiausaha Cabang PKR Tenom.
“ Kita pada mulanya tidak pasti maklumat itu benar atau tidak tetapi selepas Adris Taripin dihubungi beliau mengesahkan maklumat itu adalah benar malah surat pelepasan mereka daripada pusat (KL) ada pada Peter Lonok dan beliau sendiri (Adris) dimana mereka akan menimbulkan perkara itu ketika pemilihan berlangsung,” tegas Majiadih.
Peter Lonok yang menyatakan persetujuannya menyertai kumpulan Ambrose Mail Mathew beberapa minggu lalu agaimana pun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kepastian cerita tersebut kerana ramai ahli yang ingin tahu sekaligus menjadikan asas cerita itu sebagai bukti bahawa wujud ketidak telusan jenis pemimpin PKR seperti itu.
“ Kita tidak kisah sangat cerita itu kerana sekarang ini pun tiada seorang pemimpin boleh menggelar diri mereka sebagai Ketua Cabang selepas ia dibubarkan diseluruh negara berkuatkuasa pada Julai 6 tetapi persoalannya ialah benarkah Gonsubin sudah meletakkan keahliannya dalam PKR?” tanya Majiadih.
Dalam pada itu, seorang penyelaras kumpulan AMM Mukim Tomani Daniel Kalingang tidak terkejut dengan berita tersebut dimana beliau mendakwa bahawa sebelum ini pun ahli ahli PKR disitu berniat sangat mahukan pemilihan untuk memilih pemimpin bahagian yang baru dan benar benar boleh memimpin untuk melakukan pembaharuan berbanding sebelum ini hanya sekadar ibarat ‘tin kosong’ semata mata.
“ Kita jangan membuang masa mendengar cerita itu sebaliknya kita sudah tidak sabar melaksanakan Pelan Transformasi PKR Tenom supaya perjuangan kita benar benar bererti daripada asyik menyokong perjuangan yang sekadar berangan angan dan syok sendiri tapi kampong tergadai,” jelas Daniel sambil disambut ketawa oleh rakan rakannya disebuah kedai kopi disini.
Daniel seterusnya menyambung perkataannya dalam bahasa Murut, “ Ai inah sumukung taka ra ikaa napandaian taka intaran ulun giayoh…kaa maan taka iyak ulun sandiri..ikaa onsoi hino kamu,” .
Oleh: SUNARNO WIRO
Thursday, July 22, 2010
Benarkah Gonsubin dan Halik sudah meletakkan jawatan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Entah betul atau tidak. Mungkin ini salah satu mainan politik yang sengaja digunakan untuk mengkaburi atau mengelirukan rakyat dan para pengundi.
ReplyDeletetak tau benar atau tidak dia nak letak jawatan ni.
ReplyDeletepersoalannya kenapa mereka mahu letak jawatan?? adakah tidak mendapat ganjaran atau perjuangan PKR semakin rapuh? apa2pun hal atu konflik seperti ini patut dielakkan kerana rakyat mahukan parti yang benar2 kukuh..
ReplyDeleteBaik kita tunggu laporan seterusnya.
ReplyDeleteBelum berperang dengan musuh, sudah lawan sendiri. Macam-mana mau tawan Tenom?
ReplyDeleteSiapakah Gonsubin dan Halik ini?
ReplyDeleteAda tidak mereka dua, tidak bawa banyak perubahan.
ReplyDeleteSaya rasa tidak besar impak pada PKR walau mereka sudah letak jawatan.
ReplyDeletePemimpin harus berjuang demi rakyat dan bukan untuk manfaat peribadi semata-mata.
ReplyDeleteSemangat berjuang tidak cukup kuat. Secubis rintangan sudah cukup menghalang mereka dari medan berjuang.
ReplyDeleteTiada pendirian yang jelas dan kukuh.
ReplyDelete