MOSCOW - Sebuah akhbar ternama Rusia, Komsomolskaya Pravda semalam mendedahkan, sotong psikik sensasi Piala Dunia 2010, Paul telah pun ditugaskan untuk membuat ramalan siapakah bakal presiden baru negara itu baru-baru ini.
Namun, keputusan daripada hasil tilikan sotong itu yang dijalankan oleh pihak berkuasa Rusia secara rahsia di akuarium Sea Life di Oberhausen, Jerman diarah untuk tidak didedahkan kepada umum sehingga selesai Pilihan Raya Presiden pada 2012.
Akhbar itu melaporkan, Paul seperti dilakukan ketika memilih pemenang antara dua pasukan bertanding, turut diminta memilih antara dua bekas tertera nama calon iaitu Perdana Menteri, Vladimir Putin and Presiden Dmitry Medvedev.
Rakyat Rusia sehingga kini masih keliru dengan keadaan politik negara itu apabila Putin dan Medvedev dilihat sama-sama berkuasa sebelum dua pemimpin itu mengarahkan pilihan raya dibuat bagi menyelesaikan kemelut itu. - Agensi
nampaknya sotong ni dah mula meramal bakal presiden pla, dah bersara dari meramal bola sepak ke?
ReplyDeletehai..dengar cerita si paul ni memang dah bersara dari meramal keputusan bola sepak..tak sangka sekarang ni dia meramal bakal presiden la pula..
ReplyDeleteramalan yang berisiko besar sudah ini sotong. memilih siapa presiden rusia..
ReplyDeleteNampaknya Paul semakin popular di kalangan ahli2x politik.. Semoga tilikan Paul adalah tepat.
ReplyDeleteHaha, macam ini ke? Baik kita juga menjemput Sotong Paul untuk meramal siapa pemenang PRU-13.
ReplyDelete