KOTA KINABALU: Polis akan menjalankan siasatan terhadap satu laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita yang mendakwa seorang bekas pegawai kanan polis dengan gelaran ‘Datuk’ telah mencabul kehormatannya dua tahun lalu.
Pesuruhjaya Polis (PjP) Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata demikian kepada New Sabah Times ketika diminta mengulas laporan wanita berkenaan setelah menyaksikan majlis serah terima tugas di Kepayan kelmarin.
Timabalan PjP Datuk Ab Razak Abd Ghani telah menyerahkan tugas kepada pemangku timbalan SAC II Tan Kok Liang yang merupakan Ketua Pengurusan Kontinjen Polis Kepayan.
“Polis akan menjalankan siasatan atas laporan yang telah dibuat oleh wanita berkenaan awal bulan ini,” kata Noor Rashid.
Wanita berumur 20 tahun itu membuat laporan polis pada 2 Julai lalu dan kemudian mengadakan sidang akhbar atas dakwaannya kepada wartawan pada 7 Julai.
Pengadu antara lain mendakwa ‘Datuk’ berkenaan telah memeluknya dari belakang, meraba buah dada dan pantatnya serta menciumnya dalam satu majlis hari jadi dalam sebuah pub di Hilltop pada 11 Disember 2008.
Pengadu memberitahu para wartawan dalam sidang akhbar pada Rabu lalu, dia tidak membuat laporan polis kerana tidak mahu merosakkan nama baik ‘datuk’ berkenaan.
Noor Rashid menasihatkan pengadu terutama wanita yang menjadi mangsa rogol atau pencabulan supaya membuat laporan rasmi pada hari kejadian jenayah untuk membolehkan polis menjalankan siasatan dengan segera.
Beliau berkata sekiranya kejadian tidak dilaporkan dengan segera, pegawai penyiasat polis akan menghadapi kesukaran untuk mengumpul bahan bukti dan mencari saksi atas jenayah yang berlaku beberapa tahun lalu.
Terdahulu, Noor Rashid mengingatkan semua ketua polis daerah (KPD), pegawai kanan polis dan anggota terutama yang bertugas dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), pegawai penyiasat dan pegawai pendakwa supaya terus berusaha meningkatkan pengetahuan, tanggungjawab dan keyakinan diri dalam menjalankan siasatan dan pendakwaan.
“Pegawai penyiasat dan pegawai pendakwa haruslah mengumpul bahan bukti secukupnya termasuk saksi sebelum kes pembicaraan di Mahkamah,” kata Noor Rashid.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) merupakan pasukan keselamatan yang telah diberi mandat dan kepercayaan oleh para ‘Pemegang Saham’ iaitu orang ramai untuk menjaga keselamatan dan keamanan serta memastikan harta benda mereka (Pemegang Saham) selamat dari penjenayah dan memastikan penjenayah menerima hukuman yang setimpal semasa pendakwaan di mahkamah.
“Saya amat sedih atas kelalaian beberapa pegawai penyiasat dan pegawai pendakwa yang kalah dalam perbicaraan disebabkan tidak cukup bukti,” beliau menambah.
Razak yang telah bertugas sebagai timbalan Noor Rashid selama tiga tahun lalu kini dinaikkan pangkat untuk menyandang jawatan baru sebagai Ketua Pengarah Unit Perlindungan Saksi di Putrajaya, beliau akan melaporkan diri untuk jawatan baru itu pada 9 Julai.
Unit Perlindungan Saksi baru sahaja ditubuhkan di Malaysia bertujuan untuk memberi perlindungan kepada saksi sehingga ke perbicaraan dibawa ke mahkamah.
Antara yang hadir pada majlis itu termasuk ketua jabatan, ketua polis daerah (KPD), pegawai kanan dan anggota. -NST
Saturday, July 10, 2010
Polis siasat laporan wanita dakwa dicabul 'Datuk'
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
diharapkan mana2 mangsa selepas ini dalam apa jua bentuk jenayah, tampil untuk membuat laporan tanpa rasa takut.. jangan berdiam diri kerana anda mempunyai tanggungjawab untuk menyekat perjalanan penjenayah itu dari terus melakukan jenayah.
ReplyDeletehal ini perlu disiasat ini bagi memastikan tiada lagi kejadian seperti ini berlaku
ReplyDeleteIf you were sexually assaulted or rape, please inform the authorities immediately. Don't keep it to yourself as it will only cause trauma and fear.
ReplyDeletediharap pekara seperti ini tidak serlaku lagi...mangsa memang sepatutnya membuat laporan..
ReplyDeletehal seperti ini sebenarnya perlu disiasat dengan teliti dan tidak semestinya dakwaan tanpa bukti boleh dipercayai bulat-bulat. nama baik seseorang boleh terjejas sekiranya perkara ini ditelan tanpa usul periksan
ReplyDeletesebenarnya saya agak pelik kenapa wanita tersebut boleh berada dalam pub bersama dengan datuk tersebut? adakah dia ada motif lain? kenapa majlis harijadi diadakan di pub? samada datuk tersebut sudah pasang niat atau wanita itu sendiri yang pasang niat untuk menjerat datuk?
ReplyDeleteVictim of sexual assaulted or raped should immediately inform the officers so it would be easy for the polices to capture the rapist.
ReplyDeleteIn my opinion, this woman should had just rushed out from the pub and quickly inform the authorities. Don't wait too long to make a report. So what if he is a "Datuk". If there someone who witnessed the assaulted, he/she should cooperate with the authorities.
ReplyDeleteI agree with Neorina. Somehow, I think there is a motive behind all this. She might be giving wrong signal (purposely,maybe??) to the dirty old "datuk" and provoked him to act pervertedly towards her. Women should take responsible of their action and always remember to have self respect.
ReplyDeletejangan kita takut untuk melaporkan kes sebegini. polis bersedia untuk menanganinya.
ReplyDeletePerkara yang berlaku dua tahun lalu, kenapa tunggu sampai sekarang baru melaporkannya?
ReplyDeleteSiasat perkara ini dengan terperinci dan setiap yang bersalah harus dikenakan tindakan sewajarnya.
ReplyDeleteSiasat dan dakwa penjenayah tidak kira apa latar belakang penjenayah tersebut.
ReplyDeleteWe hope justice will be serve for victim.
ReplyDeleteKalau sabit kesalahan, tarik balik gelaran Datuk berkenaan.
ReplyDelete