TAWAU: Jabatan Pelajaran Sabah dipuji kerana bertindak tegas mengeluarkan surat tunjuk sebab ke atas 117 guru di negeri ini ekoran pelbagai kesalahan tatatertib yang dilakukan mereka.
Pengerusi Exco Pelajaran Pemuda Umno, Malaysia Mohd Gasing Saling berkata, tindakan tegas itu menunjukkan jabatan terbabit bersikap profesional dalam menangani kes salah laku guru.
“Kita pada mulanya terkejut kerana jumlah guru yang dikenakan tindakan itu bukanlah sedikit. Apatah lagi apabila 150 guru lagi disenaraikan untuk dikenakan tindakan yang sama.
“Bagaimanapun, saya percaya ramai pihak yang lega kerana Jabatan Pelajaran Sabah ternyata serius bagi memastikan setiap guru melaksanakan tugas mereka dengan sempurna,” katanya.
Tindakan itu juga ujarnya, diharap menjadi pengajaran kepada guru-guru lain untuk menjalankan tugas dengan penuh komited dan amanah.
Beliau berkata demikian dalam kenyataannya kepada New Sabah Times, kelmarin.
Dalam pada itu, Gasing yang sebelum ini pernah mencadangkan agar wakil dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) diberi ruang meninjau proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, mengulangi semula saranannya itu.
“Perkara sebegini sebenarnya sudah dipraktikkan di negara-negara luar. Ia sebenarnya memberi ruang yang lebih kepada ibu bapa untuk melihat sendiri proses pembelajaran anak-anak mereka.
“Setelah itu, wakil dari PIBG ini mungkin boleh menghantar laporan yang terkandung saranan dan cadangan hasil tinjauan mereka. Ini semua adalah untuk kebaikan generasi pelajar kita,” katanya.
Dalam hal berkaitan, beliau berharap cadangan tersebut tidak dipandang sepi sebaliknya dilihat secara positif demi memartabatkan lagi penjanaan modal insan negara. -NST
Tuesday, July 6, 2010
Jab. Pelajaran Sabah buat tindakan terhadap 117 guru
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
memang patut guru2 yang terlibat dengan salah laku dikenakan tindakan sebagai pengajaran.. Golongan guru sepatutnya memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati selaras dengan tanggungjawab mereka dalam pembangunan manusia, masyarakat dan negara.
ReplyDeleteDiharapkan semua guru akan melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sepenuh hati.
ReplyDeletemana2 guru yang membuat kesalahan tatatertib mharus diambil tindakan tegas, mereka inilah yang akan mencemarkan nama baik guru.
ReplyDeleteini merupakan tindakkan yang sangat baik kepada guru-guru yang melanggar tatatertib. oleh itu, guru lain harus ambil ini sebagai pengajaran.
ReplyDeleteSangat tepat tindakan itu, yang mana akan menyelesaikan pelbagai kesulitan, bukan sahaja kepada murid akan juga terhadap taraf pendidikan kita.
ReplyDeleteTeacher should shown the good image to student. I agree that an action need to be taken.
ReplyDeleteJabatan Pelajaran Sabah berhak dipuji kerana bertindak keras terharap guru2x yang tidak berdisplin itu. Saya berharap cadangan Gasing diambil perhatian oleh Kerajaan kerana dengan cadangan tersebut guru2x akan lebih serius dalam kerja mereka.
ReplyDeleteguru-guru haruslah menjalankan tugas yang telah diamanahkan sebagai seorang guru. jangan guru lupa akan tanggungjawab tersebut.
ReplyDeleteguru seharusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai pengajar dgn baik, mana2 guru yang melanggar tatatertib perlu diambil tindakan disiplin
ReplyDeleteguru seharusnya menunjukkan contoh yang baik terhadap pelajar.
ReplyDeletejabatan pelajaran Sabah wajar bertindak tegas terhadap mereka, walaupun prefesion guru sentiasa mendapat perhatian kerajaan dan banyak menerima insentif, tidak bermakna mereka boleh terlepas dengan tindakan disiplin.. diharapkan tidak ada lagi kes2 seperti ini berlaku dimasa2 akan datang.
ReplyDeletebagus laitu....ada banyak lagi guru makan gaji buta...cari diurang...
ReplyDeletejika pakatan memerintah, 117 orang guru inilah yang akan mendapat elaun rm500..
ReplyDelete