Thursday, July 15, 2010

Pereka web dakwa 84 peratus Facebook miliknya

NEW YORK - Seorang pereka laman web, Paul Ceglia memfailkan satu saman di sebuah mahkamah di sini dengan dakwaan dia memiliki 84 peratus kepentingan dalam laman perkongsian sosial, Facebook, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Ceglia, dia telah menandatangani satu kontrak dengan pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg pada 2003 untuk memajukan dan mencipta satu laman web.

Menurut saman itu, berdasarkan kontrak itu, dia mendapat bayaran AS$1,000 (RM3,202) dan 50 peratus saham dalam produk tersebut yang pada akhirnya dilancarkan dengan nama thefacebook.com.

Kontrak itu turut menyatakan bahawa Ceglia akan memperoleh tambahan kepentingan satu peratus pada setiap hari sehingga laman berkenaan selesai disiapkan.

Setakat 2004 dan berdasarkan kontrak itu, dia sudah memiliki 84 peratus kepentingan dalam Facebook.

Namun, menurut pihak pengurusan Facebook, saman itu tidak mempunyai asas undang-undang.

Zuckerberg dipercayai memiliki 24 peratus saham dalam Facebook manakala bakinya dimiliki oleh pelabur dan pekerja.

Pada tahun lalu, Zuckerberg dilaporkan membayar AS$65 juta (RM208 juta) kepada dua bekas rakan belajarnya bagi menamatkan satu tuntutan undang-undang bahawa dia mencuri idea mereka untuk mewujudkan Facebook.

- Agensi

6 comments:
Write comments
  1. Mahu dakwa pun kenalah tunjukan bukti. Bukan suka-suka boleh dakwa.

    ReplyDelete
  2. tuntutan macam ni memang biasa berlaku juga..biasalah..soal duit..

    ReplyDelete
  3. biarlah mahkamah memutuskan kes ini!

    ReplyDelete
  4. Isn't the contract suppose to be a good evidence to sue that person?

    ReplyDelete
  5. kontrak itu lah bukti yang kukuh untuk Ceglia.

    ReplyDelete
  6. Jika ada bukti yang kukuh, perlulah tunjukkan. Biar peguam meganalisi adakah bukti itu mencukupi untuk mendakwa pemilik Facebook.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.