Thursday, July 29, 2010

Waspada kegiatan curi e-identiti

Orang ramai diingatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap percubaan kumpulan tertentu mencuri e-identiti (phishing) dengan mengambil kesempatan daripada langkah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengembalikan lebihan bayaran cukai ketika ini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan semalam memberitahu, mangsa akan menerima e-mel tidak diundang (spam) kononnya daripada LHDN yang mengatakan mereka berhak mendapatkan pengembalian wang berjumlah RM700.

Mereka kemudian diminta mengklik logo sebuah bank tempatan yang disediakan di laman web palsu LHDN untuk meneruskan proses selanjutnya.

"Jika arahan ini diikuti, orang ramai tanpa disedari akan mendedahkan maklumat kewangan peribadi mereka," kata kenyataan itu yang memberi gambaran ringkas tentang modus operandi percubaan mencuri e-identiti oleh pihak tidak bertanggungjawab itu.

Sehubungan itu, MCMC mencadangkan orang ramai agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti menggunakan browser laman web terkini dengan penyaring e-mel phishing tersedia bina.

Selain itu, mereka juga tidak perlu mudah mempercayai e-mel yang mengumumkan kejayaan memenangi hadiah wang tunai atau pengembalian wang yang meminta maklumat perbankan di Internet.

Orang ramai juga dinasihati supaya tidak menjawab e-mel sedemikian dan menghubungi bank masing-masing jika ragu-ragu.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam LHDN, Masrun Maslim berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai e-mel palsu tersebut pada 21 Julai lalu dan siasatan terhadap perkara itu sedang dilakukan.

"LHDN menerima laporan mengenai aduan tersebut dari 37 cawangan LHDN di seluruh negara dan kami dapati e-mel tersebut sememangnya mempunyai unsur jenayah iaitu mencuri identiti serta maklumat akaun individu lain.

"Ini kerana LHDN tidak pernah menghantar sebarang e-mel atau pemberitahuan kepada pembayar cukai melalui e-mel. LHDN hanya menghantar surat rasmi kepada pembayar cukai berdaftar," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam. -Kosmo

6 comments:
Write comments
  1. Kita kenalah sentiasa berhati-hati semasa mengunakan internet. Terutamanya pengguna yang kurang fasih dengan komputer, kenalah berwaspada. Laman web yang tidak dikenali ataupun kurang meyakinkan, baik jangan melayarinya.

    ReplyDelete
  2. semua kena berhati-hati selepas ni. jangan sampai maklumat kewangan terdedah kepada pihak yang tidak brtanggungjawab.

    ReplyDelete
  3. mcm teknik penipuan sekarang ni. kita harus berhati2 dan berwaspada, jgn dedahkan maklumat sulit kepada org lain, terutamanya maklumat perbankan anda.

    ReplyDelete
  4. jadi berjaga-jagalah kepada semua orang daripada menjadi mangsa keadaan kelak. janganlah mudah percaya dengan sesuatu yang tidak pasti.

    ReplyDelete
  5. It's better to be very careful and cautious than be sorry after that.

    ReplyDelete
  6. Walaupun teknologi kini dah semakin canggih, tapi ia juga membenarkan orang yang tidak bertanggungjawab untuk menjalankan penipuan atau pencurian data.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.