Wednesday, July 14, 2010

Sabah : Ancaman La Nina

KOTA BELUD: Fenomena La Nina yang diramal melanda Sabah mulai bulan ini hingga September memberi tekanan kepada lebih 10,000 penduduk di sini yang dilanda banjir paling besar, Januari lalu, terburuk dalam tempoh 47 tahun.

Sebahagian penduduk yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara masih trauma dan tidak mahu kejadian rumah hampir dihanyutkan arus deras, perahu dinaiki terbalik dan tanaman serta ternakan mati berulang.

Tinjauan Berita Harian mendapati, masalah pengairan dan saliran yang dikesan menjadi punca banjir luar biasa terutama di kawasan Jalan Lintas Kudat-Kota Belud belum diselenggara dan tiada pembinaan terusan baru untuk mengalirkan air di kawasan terjejas.

Keadaan itu membimbangkan penduduk berikutan kekerapan hujan pada waktu petang ketika ini dengan paras sungai serta paya air tawar semakin meningkat.

Sekurang-kurangnya 500 penduduk yang terjejas teruk akibat banjir di Kampung Tawadakan, Kotabungan, Tambilaung dan Wakap susulan kejadian Januari lalu. Mereka dipindahkan ke Dewan Masyarakat Kota Belud dan Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi.

Penduduk Kampung Lebak Engad, Awang Samad, 46, mendakwa tindakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) membina benteng konkrit merentasi Sungai Tempasuk di Kampung Bobot menyumbang kepada banjir besar di kampung mereka ketika ini.
Katanya, sungai akan melimpah dan gagal dialirkan ke Laut China Selatan seperti sebelum ini yang dengan sendirinya akan menyusahkan rakyat kerana rumah mereka mungkin ditenggelami.

"Apabila ada berita menyebut mungkin La Nina melanda, pembinaan benteng tambah merisaukan kami kerana akan menanggung kerugian besar akibat kawasan pertanian musnah manakala ternakan mati.

"Pada musim tengkujuh lalu, benteng itu menyebabkan banjir besar kerana Sungai Tempasuk melimpah, manakala ketika kemarau penduduk kehilangan bekalan air kerana aliran air dari hulu Sungai Tempasuk tersekat di kawasan pembinaan benteng di Kampung Bobot," katanya.

Pada 25 Jun lalu, Berita Harian melaporkan kenyataan Pengarah Jabatan Meteorologi negeri, Abdul Malek Tussin, mengenai petunjuk fenomena La Nina akan berlaku dan pihaknya sentiasa memantau perkembangan berkenaan.

Hujan lebat di Sabah hampir setiap hari sejak sebulan lalu adalah disebabkan peralihan Monsun Timur Laut kepada Monsun Barat Daya.

Bagaimanapun, penduduk daerah ini lega apabila Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Khirudin Derahman memberi jaminan pihaknya bersedia menghadapi fenomena La Nina menerusi latihan mencari, menyelamat dan memindahkan mangsa banjir menggunakan bot, jet ski dan selam skuba.

Ketua UMNO cawangan Kampung Wakap, Arif Sionggong, 50, berkata pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan perlu bersedia menghadapi banjir besar kesan fenomena La Nina dengan memastikan mangsa terdedah kepada bahaya dapat dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

Katanya, mangsa banjir besar di kampungnya awal tahun ini bimbang sekiranya mereka tidak sempat bersedia dalam menghadapi gelombang kedua.

“Ketika bencana banjir besar awal tahun ini melanda, ada penduduk terjejas di kawasan berbahaya gagal dipindahkan ke pusat pemindahan sementara berikutan kekurangan kemudahan logistik seperti bot dan anggota penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat, polis dan Pejabat Daerah Kota Belud.

"Kita tidak mahu masalah sebelum ini berulang terutama dalam keadaan ramalan banjir lebih besar berbanding awal tahun ini. Kita harap persediaan dilakukan lebih awal," katanya.



FLASH FLOOD HAPPENS AGAIN

A SHORT few hours of rain is causing serious flood again in Kota Kinabalu, with Inanam, Menggatal, Kolombong, and with many other area under deep flood water.

The situation is real bad on the stretch of road along Mile 6.5 Tuaran Road. The road surface is filled with 3feet deep of water, while low laying areas where the workshops are located is under 5 feet of water.

The property lost is hard to assess and especial business lost.

The government is not doing anything in spite of many complaints had been made, and personally I have even highlighted in Parliament concerning the urgency to solve the flood problems in Kota Kinabalu. It is a true demonstration that the government couldn’t border about the well-being of the people. For many years under BN rule now but we see problem becoming worst day by day. The simple flood problem also can’t get solved, how to solve other bigger problem.

Dr. Hiew demands the BN government to tell us on what they want to do on the flooding of the Kota Kinabalu City. May be the Mayor of Kota Kinabalu City should put some serious action to ensure that the flood mitigation system are implemented.

The excuses we always got from the government is ‘no money’ and yet we continue to get ‘soaking wet’. I propose to get proper records of the victims of the flood and claim the government accordingly. If not we shall claim the BN government for the losses.

15 comments:
Write comments
  1. penduduk tempatan perlu membaut persediaan bagi menghadapi ancaman La Nina ini.

    ReplyDelete
  2. semua pihak perlu melakukan persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan ancaman la nina. sama-samalah kita berdoa agar tiada sesuatu yang buruk akan berlaku.

    ReplyDelete
  3. jika benar ancamannya lebih teruk dari sebelumnya, saya harap pihak yang berkenaan dapat mempersiapkan diri dan mempertingkatkan kecekapan mereka serta tidak mengulangi kegagalan atau kelemahan seperti sebeblum ini.

    ReplyDelete
  4. harap ancaman La Lina tak berlaku di KB.

    ReplyDelete
  5. diminta pihak berkaitan haruslah bersedia pada bila-bila masa. Begitu juga dengan masyarakat bersedia dari masa ke semasa.

    ReplyDelete
  6. Ancaman La Nina adalah ancaman semulajadi bagaimanapun sistem pengaliran harus sentiasa diselenggarakan denga baik bagi mengelak banjir yang lebih teruk.

    ReplyDelete
  7. Persediaan awal perlu dilakukan bagi mengurang kerosakan harta benda, ternakan dan pertanian di daerah ini.

    ReplyDelete
  8. perkara sebegini susah untuk diduga, "sediakan payung sebelum hujan"..bersedia selalu dan jangan leka.

    ReplyDelete
  9. siasatan dan kajian haruslah dilakukan punca penyebab utama kenapa banjir ini boleh berlaku.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan disaran mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  11. Pembangunan sistem penyaliran air negeri ini tidak setanding pembangunan terutamanya bidang perumahan salah satu faktor banjir kilat kerap berlaku selepas hujan lebat.

    ReplyDelete
  12. Kerajaan harus pantas bertindak menangani bencana ini. Bagi pihak yang berkenaan kamu juga menetap disini, kesenangan orang juga kesenangan kamu. Kesulitan orang juga kesulitan kamu juga.

    ReplyDelete
  13. Rakyat-rakyat haruslah bersiap-sedia sebelum Banjir ini dilanda.

    ReplyDelete
  14. I am sure the government will find a way to solve this mess. Then again, better keep those properties properly.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.