TULISAN ini saya buat sebagai mengingati sejarah Migrasi Masyarakat Bajau ke Daerah Semporna dan menjadikannya sebagai daerah yang amat SEMPURNA kerana berlatar belakangkan perbagai budaya di dalamnya; serta keunikan zaman bagi masyarakat Semporna.
Sebelum BNBC (Company) British tiba di wilayah itu, sudah terdapat masyarakat Bajau di kepulauan Semporna yang dikenali Bajau Omadal.
Bajau Omaddal sudah menjadi Penduduk asal di Kepulauan Semporna dan tidak berhijrah atau migrasi dari mana-mana kawasan di luar Malaysia atau Borneo kecuali dengan melalui perkahwinan campur.
Mereka telah berada di kawasan itu sebelum kedatangan BNBC ke wilayah berkenaan yang dikenali sebagai Daerah Magindora. Catatan dan buku-buku sejarah mengenai kewujudan mereka di kawasan itu ada dicatatkan oleh BNBC sejak kedatangan mereka ke wilayah ini. Di antara penempatan awalnya adalah Look di Pulau Bum Bum, Omadal dan Kulabebang di pesisiran.
Oleh kerana Bajau Omadal menentang BNBC (Company) British, maka altenatif mereka untuk menguasai wilayah itu adalah suku ‘Sama’ dari Filipina Selatan bagi melaksanakan misi mereka ke arah penjajahan setelah mendapat hak melalui Perjanjian Pajak daripada Sultan Sulu pada 1881.
Pekan Semporna telah diteroka oleh BNBC (Company) pada 11 Mei 1887 selepas 7 tahun mereka memperolehi hak Pajak dari Sulu. Sebelum ini tidak ada manusia di kawasan ini yang dikenali sebagai Tong Talun oleh Bajau Omaddal. (Catatan Ada Pryer, Isteri Gebenor British 1887).
Selepas BNBC berperang dengan Bajau Omadal 1884 dan 1885 BNBC mula menguasi kawasan ini, lengkaplah awal penguasaan mereka terhadap wilayah Magindora walaupun belum menguasai pulau-pulau lain di Semporna sehingga 1903.
British memulakan penggunaan terma ’Bajau’ di Borneo bagi masyarakat ini sejak 1876 sementara terma ‘Sama’ masih diguna di Filipina Selatan pada masa itu.
Bagi Masyarakat Bajau Zaman ini dipanggil ‘Zaman Kastilah’ atau Zaman Kedatangan Sepanyol.
Zaman Kastilah adalah zaman masyarakat Bajau bebas menjalankan aktiviti kehidupan harian mereka tanpa ganggauan penjajah; seperti aktiviti ‘Barter Trade’ atau tukar barangan berlaku seperti biasa di antara Sulu dan Bulungan di mana Pulau Omadal telah menjadi ‘Pusat Entreport’ di antara dua wilayah, Sulu dan Bulungan pada zaman tersebut. Sementara para Ulama dan mubaligh Islam terus bebas menyebarkan Islam di wilayah-wilayah ini.
Gelombang Migrasi Bajau Semporna Terbahagi Kepada 7.
1. Migrasi PERTAMA : BNBC (Syarikat Piagam BRITISH) 1887.
Bermula dengan Pembukaan Pekan Semporna 1887 oleh masyarakat Tawi-Tawi dan Suluk yang diketuai oleh si Toonah (Bangsa China) yang beristerikan dua orang wanita berketurunan Sulu. Mereka membuka Pekan Semporna dengan memulakan ‘wharf’ atau jambatan batu di Daerah ’Peaceful’ itu kerana tekanan Sepanyol di Jolo Filipina Selatan pada masa itu. Suku Tawi-Tawi yang dimaksudkan majoritinya dari Suku Bajau Simunul disertai masyarakat Bajau Sibutu, Bajau Sikubung, Bajau Balimbing, Bajau Bilatan Bongao.
Suku Bajau Simunul membuka perkampungan awal mereka di Pekan Semporna iaitu Kg. Simunul, Kg.Perigi, Bubul, Tampi-Tampi, Bugaya dan sebahagiannya ke Balung. Ada juga suku ini yang berhijrah ke Darvel Bay, Tambisan, Tg.Labian dan seterusnya ke Sandakan, Kudat dan Brunei seawal 1887.
Mereka telah menguasai Pentadbiran British dari perbagai jawatan dari Keselamatan, Polis, Marin, Pendidikan, JKR, Hospital, Kerajaan Tempatan atau Majlis Daerah dan Agensi lain di Daerah Semporna, sementara Bajau Omaddal terus memencilkan diri dari BNBC.
Kumpulan suku Bajau Simunul tidak bercampurgaul dengan masyarakat Bajau dari Pulau Omadal kerana mereka mempunyai komuniti sendiri dan tinggal di kawasan Pekan Semporna, sementara suku Bajau Sibutu, majoritinya adalah keturunan China Campuran atau dikenali di Semporna sebagai ‘Lannang’, berkerjasama dengan masyarakat Bajau Simunul di sana.
Zaman ini bagi masyarakat Bajau Simunul Sebagai ‘Peacetime’ atau Zaman aman.
‘Reverse Migration’ Atau Migrasi Terbalik
Berlaku satu migrasi terbalik oleh Bajau Semporna antara 1941-1945 di mana masyarakat Bajau Semporna majoritinya melarikan diri ke Filipina Selatan semasa penguasaan tentera Jepun di Daerah Semporna ke kawasan Tawi-Tawi, antaranya Simunul, Sibutu, Banaran, Balimbing dan Pulau Tawi-Tawi. Mereka tidak pergi jauh hingga ke Jolo kerana Tentera Jepun sudah berada di sana.
Zaman ini bagi masyarakat Bajau dikenali sebagai ‘Waktu Jepun’ atau Zaman Jepun.
2. Gelombang Kedua 1946-1951 : Pentadbiran Colony British
Selepas perang Jepun 1946, Penghijraan Gelombang kedua bermula yang membawa masuk Masyarakat Filipina Selatan terdiri daripada Suku Bajau dari Tawi-Tawi seperti Suku Bajau Banaran, Bajau Sikubung dan Suluk.
Perlu difahami bahawa Kumpulan Gelombang kedua mula bercampur dengan Bajau Omadal dan tinggal di kepulauan Semporna sebagai Nelayan yang mendapat kebenaran Khas daripada penduduk asal Bajau Omadal, di antaranya Kg.Muntai Muntai atau Labusai, Pantau-Pantau, Tabak-Tabak dan Gusung Melanta.
Manakala di Pulau Bum Bum terdiri daripada Suku Bajau Bannaran. Sementara Bajau Sikubung pula membuka penempatan di Kg.Terusan, Bajau Balimbing dan Bajau Malassa di Kg.Egang-Egang, akhirnya perkahwinan campur terjadi antara mereka dengan Bajau Omaddal.
Ada di antara mereka membuka penempatan di Pulau Bohey Dulang, Tatagan dan pulau-pulau lain di daerah Semporna, Sekolah British mula dibuka di kawasan berkenaan seorang guru terulung dari suku Bajau Simunul Haji Mohammad Dara Langpad telah menjadi guru untuk mengajar masyarakat Pulau-Pulau di Kepulauan Semporna.
Zaman ini bagi masyarakat Bajau Simunul dikenali Sebagai ‘Zaman Liberation’ atau Zaman Bebas.
3. Gelombang Ketiga 1951-1969 : Pasca Kemerdekaan
Kumpulan dari Filipina bertambah kerana menyertai kemerdekaan Sabah dan ada di antaranya kerana mengikuti saudara mara yang sudah berada di Semporna. Gelombang ke 3 juga memperlihatkan perpindahan masyarakat dari Indonesia kerana diburu oleh kerajaan Indonesia yang dilihat terlibat dalam gerakan bawah tanah di sana dikenali sebagai Gerombolan Kahar Muzakkar. Di zaman ini berlaku perkahwinan campur di antara masyarakat Indonesia, Filipina dan Bajau Omaddal.
Masyarakat Bugis adalah di antara masyarakat yang pindah ke Semporna pada gelombang perpindahan ini dan mereka telah diasimilasi sebagai suku Bajau Semporna.
Mesyarakat Semporna dari segenap lapisan Bajau dari Pulau Legasi Magindora dan Kumpulan Bajau Tawi-Tawi Simunul, Sibutu, Banaran, Sikubung, Balimbing, Malassa, Bongao, Bilatan serta Suluk telah bersatu untuk menyertai gabungan Malaysia semua suku kaum Bajau telah menyatakan sokongan mereka untuk Merdeka melalui Malaysia yang menjadikan mereka Bajau Semporna.
Zaman ini dikenali sebagai Zaman British dan Zaman Malaysia orang Bajau tempatan.
4. Gelombang Ke Empat 1970-1972 : Pelarian Politik
Zaman ini ratusan ribu masyarakat dari Filipina Selatan lari daripada peperangan saudara di negara mereka dan kumpulan ini dikenali sebagai Pelarian. Pada mulanya mereka dikuarantinkan di Balairaya Semporna yang terletak di pekan Semporna. Hari ini tapak itu telah dirobohkan dan menjadi Taman Kanak-Kanak seterusnya kumpulan ini diberikan kelonggaran dengan pemberian Passport IMM13 (Passpot Khas Pelarian Filipina).
Anak-anak Pelarian ini diberikan pendidikan oleh Kerajaan Negeri Sabah walaupun kerajaan Sabah masa itu memberikan ruang kepada mereka untuk tinggal dengan Status Pelarian yang dikawal khas oleh UN (United Nation) di bawah Program UNHCR Bangsa-Bangsa Bersatu. Kumpulan ini yang berjumlah ratusan ribu orang telah mengistiharkan diri dan identiti mereka sebagai Bajau Semporna.
Bagi masyarakat Bajau di Semporna Zaman ini dipanggil Zaman USNO atau pemerintahan USNO
5. Gelombang Ke Lima 1976-1981 : Pelarian Ekonomi
Hampir semua pelarian dari Filipina dan Indonesia yang ada di Semporna mendapat ‘Kad Pengenalan’ yang membolehkan mereka bebas bergerak ke segenap pelusuk Negeri Sabah. Operasi pemberian Kad Pengenalan melalui pintu belakang ini sukar diketahui kecuali mereka yang terlibat, namun perkara ini telah menyebabkan Masyarakat Bajau Semporna berada dalam dilema kerana kedudukan mereka telah menjadikan mereka memiliki status yang sama seperti Bajau Tempatan, Bajau Semporna menjadi menjadi ‘Bajau Rojak’ selepas kumpulan Gelombang ke 4 kerana mempunyai ‘Hak’ sama rata dengan penduduk tempatan.
Oleh kerana tempat masuk dan laluan mereka adalah daerah Semporna maka mereka menganggap diri mereka berasal dari Daerah Semporna wal hal mereka adalah ‘Pelarian Perang’ dan ‘Pelarian Ekonomi’ yang mendapat ‘Kad Pengenalan’ secara songsang.
Mereka telah menjadikan diri mereka sebagai penduduk Semporna dan Bajau Semporna bagi menjamin identiti mereka sebagai Bumiputera Tempatan Negeri Sabah.
Jesteru itu Daerah Semporna mula dihuni oleh ‘Kumpulan Bumiputera Songsang’ (KBS), sementara itu jumlah mereka hampir-hampir mengatasi jumlah penduduk tempatan yang menyebabkan ‘Krisis Kempimpinan’ kerena mereka mula berpuak- puak disebabkan berlatarkan budaya yang sangat asing antara satu sama lain.
Bagi mesyarakat Bajau di Semporna, Zaman ini dipanggi Zaman Berjaya atau pemerintahan kerajaan Berjaya.
6. Gelombang Ke Enam 1981-1990 : Kumpulan Pendatang Tanpa Izin (PATI)
Memandangkan kerancakan Ekonomi Sabah Zaman ini amat hebat di zaman Pemerintahan Kerajaan Berjaya, ramai masyarakat dari Mindanao yang datang menyusup masuk ke Sabah untuk mencari peluang pekerjaan.
Ketika itu pintu masuk yang menjadi sasaran mereka adalah daerah Semporna, kerana mereka juga berpeluang untuk mendapat KPT secara songsang. Puluhan ribu KPT dikeluarkan di mana rata-rata kampung halaman mereka diletakkan atas nama Semporna. Maka secara automatik mereka juga mengistiharkan diri mereka sebagai Bajau Semporna.
Kumpulan ini juga mendakwa diri mereka Bajau Semporna, walaupun mereka bukan Bajau dari daerah itu. Ada di antara mereka bukan Islam dan Bajau tetapi oleh kerana peluang menjadi penduduk tempatan adalah Bajau maka mereka istiharkan diri mereka sebagai Bajau dari Semporna.
Bagi mesyarakat Bajau di Semporna Zaman ini dipanggi Zaman PBS atau pemerintahan Kerajaan PBS.
7. Gelombang Ke Tujuh 1991-2000 : Semporna Era Melinium.
Pertambahan Penduduk Semporna berterusan kerana faktor politik dengan pengeluaran KPT BARU dalam Versi Baru yang bermacam-macam, KPT Lepa-Lepa, KPT Bajau Laut yang dikhaskan untuk Bajau Palau telah disalah gunakan.
Pertambahan ‘Bajau Plastik Semporna’ terus berlaku kerana kepentingan politik, Tagalog, Bugis, Jawa, Pakistan, Filipina dan Indonesia; kesemuanya menjadi Bajau Palau.
Oleh kerana mereka sudah mempunyai KPT dan layak menjadi pengundi serta jadi Bumiputera maka mereka melibatkan diri dalam politik dan mengistiharkan diri sebagai Bajau Semporna.
Akhirnya Bajau Semporna sudah menjadi ‘Bajau Rojak’ dan rosak oleh bermacam-macam latar belakang budaya. Pihak berkuasa Kuala Lumpur yang tidak mempedulikan apa bakal terjadi, terutama kesan jangka panjang terhadap Bajau Semporna yang dihimpit oleh kebanjiran ‘Bajau Plastik’ ini.
‘Bajau Plastik Semporna’ tadi telah menjadi alat orang politik yang berkuasa untuk menjadikan mereka sebagai ‘Fix-Deposit’ kepimpinan Semporna kerana sifat mereka yang tidak pentingkan tanahair.
Bajau Plastik menjadikan Daerah Semporna sebagai daerah Kotor, Rosak, berpecah dan tidak bermaya memartabat penduduk asal Bumiputera Semporna.
Kesimpulannya.
Bajau Semporna yang telah menjadi Bajau Rojak dan rosak angkara durjana pemimpin politik yang pentingkan diri, telah menyebabkan daerah ini menjadi masyarakat yang berpuak-puak dan berlatarbelakang budaya yang sangat aneh serta membawa kepada kehancuran daerah yang melahirkan ‘Legasi Magindora.’
7 Peringkat Migrasi ke Semporna telah menyebabkan berlakunya perpecahan Ideologi di antara Bajau Semporna dan menjadi mangsa ekploitasi kepentingan Politik berbagai pihak dan akhirnya menjadi sasaran semua kaum di negeri ini sebagai ‘Bajau The Trouble Maker’ atau ‘Bajau Tidak Sempurna’.
Amat unik masyarakat Bajau Semporna kerana mereka mengenali masyarakat mereka berdasarkan zaman masing-masing dan kenal antara satu sama lain.
Dari zaman berzaman, Bajau Semporna mempunyai zaman tersendiri bagi membezakan diri mereka antara satu dan yang lain.
1.Zaman Kastila - Zaman Penjajahan Spanyol di Philippines
2.Zaman Peacetime - Zaman sebelum peperangan Jepun
3.Zaman Jepun - Zaman Jepun menjajah Asia Tenggara
4.Zaman Liberation - Zaman Selepas Perang Jepun
5.Zaman British - Zaman kedatangan Koloni British
6.Zaman Malaysia - Zaman Kemerdekaan
7.Zaman Usno - Zaman Kerajaan Usno Tun Mustapha
8.Zaman Berjaya – Zaman Kerajaan Kerajaan Berjaya Pimpinan Harris Salleh
9.Zaman PBS - Zaman Kerajaan PBS Pimpinan Joseph Pairin
10.Zaman UMNO - Zaman kerajaan UMNO Pimpinan Mahathir
Bagi Bajau Plastik dari Filipina, mereka hanya mengenali dua zaman di Semporna iaitu Zaman ‘Si Harris’ dan Zaman Si Pairin sementara bagi masyarakat Indonesia di Semporna mereka hanya mengenali ‘Zaman Belanda dan Zaman Bung Karno’.
Sementara penduduk asal Semporna hanya sinonim dengan Zaman Malaysia.
Semoga tulisan ini akan memberikan kefahaman kepada kita semua dan menilai Dilema Bajau Semporna yang dianggap kumpulan berpuak-puak serta tidak akan dan pernah bersatu walaupun mereka semua menjadikan diri mereka sebagai Bajau Semporna.
Oleh : ASANI HJ. ASALLEH (Waris Legasi Magindora) -Sabahkini
Wednesday, July 28, 2010
DILEMA BAJAU SEMPORNA DAN SEJARAH MIGRASI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Sejarah yang menarik.
ReplyDeletecerita yang menarik. mungkin penulis seorang yang meminati sejarah.
ReplyDeletesya suka baca sejarah.
ReplyDeleteBegitu pula sejarahnya... sungguh menarik.
ReplyDeleteProud to be a bajau!
ReplyDeleteAgak panjang, tapi bagus juga lah baca utk tambah pengetahuan :)
ReplyDeleteMungkin juga lakan eika. Corak penulisannya pun teratur so tak juga la boring membaca. hehe
ReplyDeleteSejarah seperti ini boleh membantu kita mengenali dan memahami asal-usul serta budaya sesuatu bangsa.
ReplyDeleteArtikal ini sangat bernas dan dapat membantu kita lebih memahami asal-unsul suku kaum yang terdapat di Sabah.
ReplyDeleteTeruskan penulisan yang patut dipuji dan selamat berjaya pada penulis.
Tahniah da terima kasih kepada saudara Asani Hj. Asalleh kerana membekalkan bahan baca yang amat berharga ini. Dan harap semua makluman yang terkandung adalah sahih dan tepat.
ReplyDeletebegini rupanya asal-usul Bajau Semporna. Mujur ada saudara Asani membekalkan maklumat yang amat jelas di sini.
ReplyDeleteMungkin penulis ini bolehlah menuliskan asal-unsul kaum lain supaya kita boleh lebih memahami dan mendekati budaya mereka. Boleh juga mengeratkan hubungan, ini barulah satu Malaysia.
ReplyDeleteSaudara Asani digalakan menulis lebih banyak artikal umpama ini demi manambah pengetahuan pembaca blog ini.
ReplyDeletegreat..mcm mana soal kerakyatan??knp masih ada bajau semporna yg di anggap bukan warganegara..sedangkan mereka lebih lama bertapak di semporna..
ReplyDeleteoooooooooooo bgini sejarah bajau sampulna rupanya. Magsukul Asani. From Bajau KG Egang-Egang
ReplyDeletegood info... seperti yang selalu d sembangkan d kampung ni tentang asal usul bajau dan penduduk d semporna...
ReplyDeleteFakta sejarah yang menarik. Perlu ada kajian yang mendalam tentang kaum di Semporna. Masih sedikit lagi pengetahuan kita mengebai sejarah di Sabah
ReplyDeleteMenarik....
ReplyDeleteSaya juga serbah salah...saya ada saudara terdekat d selatan filipina...tp saya juga bajau semporna....pakcik3 sya berulang alik keselatan filipina atas urusan keluarga moyang saya meninggal d semporna tp saudara moyang saya meningal d filipina...huhuhuhu who m i...
ReplyDeleteSmua bjau dari filipina la bongok..kcuali bjau kb..
ReplyDeleteTp....... ndak tau lah betulka tidak, mungkin "penulis" sendiri berasal dr pulau omadal, dan telah menjadikan Palau itu sebagai titik mula penceritaan dan ingin membuktikan bahawa penduduk Palau omadal adalah penduduk asal semporna.. : )
ReplyDeleteNdak tau pula kan kalau "penulis" beasal dari kampung bangau-bangau atau dari kampung tagasan!
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya orang kampung sulabayan di Pulau bum-bum, saya punya datuk pernah cerita kalau mereka itu berasal dari pulau omadal, Artikel ini memang betul dan masuk akal..Kami orang bajau omadal memang asal dari omadal bukan dari pilipin..Arai aku maka panulis tu magkaki,arai la bang ni usul, apak setahuku bang saga ombo ta bai maka rahui kamemon taga hubungan sai-sai anu toongan min omaral hek,apa kubul ombok ku iluun ma omaral... :)
ReplyDeleteAsal na bajau semporna ilu min kapu'an tawi-tawi,. sai-sai na iya toggol mailu mag lahat,.mag anak umpu na, jadi na bumiputera lah..tak kisah lah bajau dari mana pun,.yg penting buat baik!..jgn jadi petualang negara!.. perihal ic tu,.boleh tau jg!.palsu ke,projek ke,..atau memang sudah layak(memenuhi syarat)mendapat taraf warganegara,penduduk tetap,penduduk sementara dsb.
ReplyDeletesaya bajau dari omadal, kenyataan ini memang tepat mengenai sejarah bangsa pribumi bajau semporna jati..tahniah tuan asani..
ReplyDeletesaya telah bertanya kepada orang2 lama dalam keluarga saya mengenai asal usul bajau semporna khususnya bajau omadal dimana moyang2 saya disemadikan sejak zaman berzaman serta berkurun-kurun lamanya. perkara ingin tahu ini timbul apabila saya seringkali dilabel sebagai bajau pilak atau bajau pilipin yg penuh dgn keganasan dan kekacauan oleh masyarakat pantai barat dimana tempat saya tinggal sekarang. ternyata kenyataan ini memang selari dengan apa yang diceritakan oleh orang2 lama di kampung saya. bajau pribumi semporna adalah dari omadal dan tidak semua bajau di semporna itu berasal dari selatan filifina apa lagi tawi-tawi..tahniah sekali lagi tuan asani.
ReplyDeleteDulu pernah pigi pulau omadal sebab kubur datuk disana..bapa memang cakap dulu semua mula dari sana sebelum membuka penempatan di kg2 lain..malah mcm di kwsn kg di pulau bum2 tu ada ja kaitan keluarga disana..jadi sntiasa dibawa pigi kalau ada kesempatan mcm kenduri khwin ka apa ka..supaya dpt kenal..tp bapa bilang zmn dlu beza dgn skrg..anak2 sdh tidak knal sepupu sepapat..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeletenampakY bajau ori yg bukn plastik skit shaja bilanganY.krna jika hnya bajau pulau omadal yg asli,ori bajau maka bilanganY tidklah sbarapa bnyak..pulau omadal hnya sbuah pulau yg keci hnya bebarapa jam brjalan kaki boleh klilingi.n jika mnggunakn bot hnya bebarapa minit shaja boleh klilingi pulau omadal.n knyataan d atas bajau omadal d tmbah lg bajau plastik dri slatan filipina ia itu mindanao.sbegitu skit bajau asli yg ori.dari mna ke awlY,lahirY bajau omadal ori ni yg hnya bilangan keci ini brbanding bajau plastik.n mngapa bajau semporna x boleh d pisahkn dngan mindanao kpulauan sulu.sntiasa ada kluar msuk ntk mnjiarahi kluarga.kdang2 klau skit ada yg kne knon dri ke omboan d tanah mindanao..datu shafie apdal pmimpin semporna jga prnah brkata.masyarakat bajau semporna tdk boleh d pisahkn ngan slatan mindanao.sbab2 hubngan kekluargaan n krja2 trtentu soal keomboan tntang nenek moyang kturunan,saga pngkat.jd apakh kbanyakn skrng bajau semporna trketegori bajau plastik...wallahualam..apakh keomboan nenek moyang,atuk nenek korng yg d makam kn d pulau omadal itu btul2 bajau ori omadal.ataupn bajau plastik dri slatan filipina mindanao yg brhijrah msa dhulu.sngt brbangga bila sjarah ini mbawa erti kgemilangan masyarakat bajau semporna..ttp sngat sakit jga bila d fkirkn dngan adaY prbezaan bajau ori n bajau plastik ini..wallahualam..
Deletesaya ingin bertnyakan soalan? kalau benar bahawa orang bajau Omadal itu penduduk asal di semporna,bagaimana pula agama yang diamalkan oleh suku tersebut di pulau Omaral?adakan kedatangan islam atau mana-mana agama yang lain dapat mempengaruhi kependudukan di pulau itu sendiri??maafkan saya kalau soalan ini pelik..
ReplyDelete