Sunday, July 11, 2010

FREESABAHKINI vs SABAHKINI.NET?

SABAHKINI.NET yang mendakwa mereka sebagai laman web bebas sebenarnya tidak bebas kerana kini berada di bawah telunjuk Musa Aman yang telah membeli laman web berkenaan sehingga tidak lagi melaporkan kebiadapan Musa Aman yang rakus kuasa.

Sedarkah Anda bahawa Sabahkini.net enggan mendedahkan jenayah rasuah yang dilakukan Musa Aman iaitu dengan mengarahkan pemegang konsesi kayu balak, Michael Chia Tien Foh membayar wang setiap bulan ke dalam akaun anak Musa Aman yang ketika itu belajar di Perth Australia melalui Standing Instruction (SI) yang merupakan sumbangan tetap setiap bulan.

Bukankah ini rasuah? Kenapa SPRM berdiam? Kenapa Sabahkini.Net menyorok jenayah berkenaan? Bukankah bukti ini cuba disembunyikan Sabaahkini.net semata-mata untuk membantu Musa Aman yang bakal kecundang pada bila-bila masa saja.

Kenapa Michael Chia membiayai anak Musa Aman, dengan memasukkan wang sejumlah antara $4,000 hingga $8,000 dollar Singapura setiap bulan ke akaun Wespac Bank Perth, Australian untuk dua orang anak Musa Aman iaitu, Mohammed Hayssam dan Hazem Mubarak?

Bukankah RM10 juga rasuah? Apatah lagi dengan wang begitu banyak selama lebih lima tahun namun SPRM hanya tutup mata kerana hampir semua pegawai SPRM menerima imbuhan termasuk pangkat daripada Musa Aman.

Wahai rakyat Sabah, bukalah mata seluasnya kerana Musa Aman adalah 'Perasuah Tegar' dan sepatutnya sudah meletakkan jawatan kerana terbukti sebagai seorang penjenayah dengan tidak menjawab Surat Pengisytiharan Harta yang dikemukakan SPRM sebanyak dua kali dan sewajarnya waran tangkap dikeluarkan kepada beliau?

Bukankah menjadi kesalahan menyimpan wang di luar negara tanpa keizinan kerajaan Malaysia, apatah lagi kedudukannya sebagai Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah?

Jika Ketua Menteri ialah Ketua Perompak, layakkah lagi Musa Aman memerintah Sabah? Di manakah maruah semua menteri kabinet Sabah dan Adun serta Ahli Parlimen Sabah yang masih menyokong Musa Aman?


FREESABAHKINI PLAGIAT SABAHKINI.NET?

Saudara pengarang,

TAHNIAH kerana Sabahkini.Net telah menjadi bacaan rakyat Sabah walaupun sejak akhir-akhir ini kurang menyengat, apatah lagi terdapat dakwaan bahawa Sabahkini.net kini di bawah telunjuk Ketua Menteri Sabah, Musa Haji Aman seperti mana yang didakwa oleh blog http://freesabahkini.blogspot.com

Bagaimanapun saya agak kesal kerana pihak yang mendakwa berkenaan gagal menyediakan sebuah media yang benar-benar bebas dan hanya berpihak kepada seorang pemimpin sahaja berbanding Sabahkini.net yang masih mengekalkan status bebasnya selama ini.

Saya ingin bertanya apakah blog Freesabahkini ada kena mengena dengan www.sabahkini.net walaupun secara jelas ianya seolah-olah meniru gaya FreeMalaysiatoday dengan nama Freesabahkini dan tidak mempunyai kepelbagaian tema seperti Sabahkini.net?

Untuk makluman saudara, saya amat tertarik dengan dakwaan blog Freesabahkini berhubung kes ‘Musa Aman Kencing Mahkamah Tinggi’ kerana blog berkenaan memetik artikel ‘Musa Aman Hina Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu’ daripada Sabahkini.net dan kenapakah ianya tidak disiarkan di Sabahkini.net?

Bagaimanapun, syabas dan tahniah kerana Sabahkini.net telah membawa banyak suara rakyat pedalaman dan mereka yang teraniaya yang tidak mampu dilakukan oleh laman web atau blog lain.

Salam Hormat,

ZAINURDIN ZAKARIA

20 comments:
Write comments
  1. FreeSabahkini jugalah kecendurungan kepada Shafie Apdal bukan? Sebab mereka mendakwa diri sendiri sebagai Pro Shafie, jadi sama jugalah bias.

    ReplyDelete
  2. freesabahkini adalah plagiat sabahkini, ia adalah anti Musa Aman. nampaknya Freesabahkini adalah berat sebelah dan tidak bebas.

    ReplyDelete
  3. freesabahkini tidak bebas kerana mereka anti Musa Aman.....berat sebelah lah tu..

    ReplyDelete
  4. semua pihak berkuasa tidak akan berdiam termasuklah SPRM. SPRM akan menahan tidak kira orang itu berpangkat. oleh itu, jangan salahkan mana-mana pihak. Sabahkini.net mungkin mempunyai sebab tersendiri, jadi janganlah menbuat andaian sendiri mengatakan ia dibawah telunjuk Musa Aman. hanya orang yang ingin menjatuhkan Musa saja yang akan berbuat begitu.

    ReplyDelete
  5. saya akui, antara FSK dan SK, SK jauh lebih baik dan merupakan media bebas. jika dibandingkan dengan FSK yang hanya bertujuan melindungi seorang dan memburukkan yang lain. sedangkan dalam FSK tidak ada isu2 yang ditimbulkan yang boleh memberikan manfaat kepada rakyat dan negeri Sabah. diharapkan FSK keluar daripada pendirian itu jika ingin membina masyarakat dan negara.

    ReplyDelete
  6. jika FSK boleh kata SK tidak bebas kerana berada dibawah telunjuk Musa Aman, bagaimana pula dengan FSK yang terang2 dibawah telunjuk Shafie Apdal????

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. sabah kini adalah laman web bebas, berbeza dgn free sabah kini yang anti Musa Aman dan Pro Shafie Afdal, nampaknya kita boleh nampak mana satu laman web bebas. sabahkini juga telah digodam oleh pihak yang tidak diketahui. siapakah penggodam itu?

    ReplyDelete
  9. Selesaikan masalah dengan cara baik. Kalau perlu disiasat maka jalankan siasatan dan sebagainya.

    ReplyDelete
  10. FREESABAHKINI vs SABAHKINI.NET? Sebenernya sama saja. Mereka memainkan peranan penting dalam menerbitkan artikel. Bagaimanapun sejauh manakah kebenaran artikel itu? Fikir-fikirkan lah..

    ReplyDelete
  11. janganlah para pembaca tertipu dengan semua ini. mungkin sama saja kedua-dua ini.

    FKS cakap media bebas, tapi tengok artikel semua untuk membantu orang yang penting baginya. itu bukan media bebas namanya, itu media untuk kekasih ku saja lagi sesuai.

    ReplyDelete
  12. Satu cakap pro-Musa Aman, satu cakap pro-Shafie Apdal. Ini blog satu nei pun mcm kena bayar support SA..kereks betul..

    ReplyDelete
  13. Yang penting dua orang ini tidak bergaduh sesama sendiri. Mungkin yang buat2 blog semua fanatik dengann kedua2 mereka. Apa yang saya lihat tidak ada tanda2 yang kedua2 mereka mempunyai masalah! Secara kesimpulannya, janganlah kita berkata sesuatu jika hanya melihat luaran dan juga tidak mengenali salah satu dari mereka ini. Hal ini kerana, kadang2 apa yang kita lihat tidak mencerminkan apa sebenarnya yang berlaku!

    ReplyDelete
  14. rasanya laman web freesabahkini sengaja dibuat untuk melaga-lagakan Musa Aman dan Shafie Afdal ni. apapun kita jgnlah muda terpengaruh dgn penulisan yang terdapat dalam laman web tersebut.

    ReplyDelete
  15. Hopefully the authorities will investigate FreeSabahKini blogger and bring him/her/she-male to court for defaming our CM reputation, making false accusation, and being disrespectful by editing our CM pic into an obscene one.

    ReplyDelete
  16. Harap kedua blog ini berala bebas dan adil, telus dan jujur.

    ReplyDelete
  17. We wish two blogs will carried out the accurate and correct information for the readers.

    ReplyDelete
  18. Pembaca harus bijak menilai kebenaran artika dalam blog-blog. Jangan mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
  19. kenapa perlu wujudkan blog2 untuk memburukkan orang lain? gunakanlah ia untuk kebaikan.

    ReplyDelete
  20. tak patut ada blog yang diwujudkan untuk memburuk-burukkan orang lain. ini hanya boleh mencemarkan nama baik seseorang..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.