Ontario - Pusat Sains Ontario (OSC) di sini, menyiasat satu klip video  menunjukkan seekor kuda berwarna putih yang bertanduk satu berlari di  sebuah hutan di Lembah Don, Kanada yang dihantar oleh sekumpulan  penyiasat, lapor sebuah akhbar semalam.
Haiwan itu mendapat  perhatian kerana di Barat terdapat kisah kuda yang memiliki tanduk di  kepalanya dan berwarna putih yang digelar sebagai unikorn.
Klip video itu turut disiarkan di laman web YouTube.
"Setakat  ini, pusat sains masih meneliti rakaman itu bagi memastikan sama ada  haiwan tersebut benar-benar seekor unikorn," menurut satu kenyataan OSC.
Kenyataan  sama turut memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dan  tidak menggunakan lampu kilat untuk merakamkan gambar haiwan itu jika  mereka terserempak dengan seekor unikorn.
"Walaupun terdapat  legenda yang menyatakan unikorn merupakan haiwan yang baik,  saintis-saintis bimbang haiwan itu akan mencederakan tubuhnya atau orang  lain jika ia menerpa ke jalan raya atau lebuh raya," tambah kenyataan  itu
Satu talian perkhidmatan pelanggan turut diwujudkan bagi menyalurkan maklumat berhubung unikorn kepada orang ramai. - Agensi
Wednesday, October 20, 2010
Kuda Bertanduk Ditemui Di Kanada?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




HEBAT ALLAH TUHAN YANG MAHA PENCIPTA
ReplyDeletesaya dah tengok klip video tu tapi sgt jelas cuma gunakan teknologi komputer saja. pergerakan kepala kuda tu langsung tak sepadan dgn pergerakan tanduk. cuba korang tengok betul2 klip ni mmg dibuat buat saja. org yg buat klip ni rasanya belum berapa cun lagi.
ReplyDeletebenarkah kuda ni wujud, entah2 video tu palsu.
ReplyDelete